Archive

Posts Tagged ‘smart investor’

Modal dan Usahasama

November 10th, 2009 md 13 comments

Semalam aku jumpa pie, fizal, tuah, wan azmi dan sorang kenalan baru, Badrul di Bangi. Pie ajak sembang-sembang pasal idea nak buat budget hotel. So, kitorang datang kononnya macam nak bagi idea lah hahaha.. macamlah ada pengalaman pun, yang tahu lebih aku tengok si fizal, sebab memang profession dia ada sangkut paut sikit, contohnya nak convert title tanah kediaman kepada komersil dan hal-hal berkaitan dengan urusan merancang tanah.

Borak punya borak, sampai pukul 1 pagi jugaklah kitorang sembang. Banyak jugak topik-topik lain yang takde kena mengena dengan budget hotel kitorang cerita. Ada cerita macam mana 3 sahabat kumpul modal beli tanah  dan buat keuntungan berlipat kali ganda.

Ada juga cerita pasal kumpulan sahabat yang lain pulak, kumpul modal dan ambil alih perniagaan stesen minyak dengan teknik yang agak menarik tanpa perlu modal yang terlalu besar. Ada jugak yang cari partner untuk sediakan modal buat bisnes kereta sewa sampai berpuluh-puluh bijik. Macam-macam benda orang dok buat bila ada modal.

Modal tu pulak, jadi banyak dan besar bila dikumpulkan bersama-sama kawan-kawan yang boleh dipercayai. Lepas tu, mereka akan mula cari peluang untuk beli aset dan perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan yang tinggi selepas diuruskan mengikut kaedah dan strategi pemasaran masing-masing.

Kat sini yang kita perlu belajar dan peka. Mungkin di awal penglibatan kita dalam bidang pelaburan, semua modal kita usahakan sendiri. Jumlahnya terhad, jadi portfolio pelaburan juga terhad. Pilihan yang ada mungkin tidak membolehkan kita menjana keuntungan yang tinggi.

Bila kita wujudkan networking dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, lama kelamaan, satu jalinan persahabatan dan kepercayaan akan terbentuk. Dah tentu kena uji dan test macam-macam dulu baru boleh diajak bekerjasama. Sebab banyak jugak kes, kawan makan kawan. Kita tak tau, kena tawakkal saja lah bila dah berJV nih. Satu cara nak elak risiko kawan makan kawan ialah dengan ambik masa untuk kenal hati budi dan kesanggupan kawan kita tu untuk berkorban baik dari segi wang ringgit, masa, kudrat dan juga kesabaran.

Sebab apa, dengan adanya rakan kongsi yang mencukupi, kita akan dapat kumpulkan modal yang besar untuk meneroka peluang-peluang pelaburan yang lebih hebat. Tambahan pulak, bila kita nak venture dalam satu-satu pelaburan, kita akan bermesyuarat untuk kaji dan buat keputusan terbaik. Inilah berkatnya berjemaah.

So usahasama atau JV dengan modal yang besar ni kalau kena gayanya boleh bawak kita pergi jauh lagi. Yang personal investment still kita maintain, JV ni adalah option tambahan untuk kita explore lebih banyak peluang-peluang pelaburan yang masih banyak depan mata.

Jangan pandang belakang, terus melangkah ke depan :)

Smart Investor vs. Hardworking Investor

October 20th, 2009 md 7 comments

Hari ahad lepas, sekali lagi rutin hujung minggu time-time beraya ni, pegi open house. Walaupun jemputan tak sebanyak minggu sebelumnya, tapi waktu dia hampir sama. So, belah pagi sempat aku ke pasar dulu cari lauk stok seminggu.

Aku suka pegi pasar Sungai Besi berbanding pasar borong Selangor kat Puchong, sebab saiz dia yang lebih kecik memudahkan aku bergerak untuk beli barang-barang yang diperlukan. Cuma satu je masalah pasar sungai besi, iaitu parking. Memang susah nak dapat parking sebab dia  pekan lama. Jalan sempit, muat2 je satu kereta sebab ramai orang dok parking kiri-kanan jalan. So elok pegi naik motor je lah. Nasi baik aku ada “jetski” hehehe.

Biasanya, sejam sebelum aku pegi pasar, aku dah start call penjual ikan yang biasa aku beli tiap-tiap minggu. Jimat masa sikit. Dulu rajin jugak aku gi belek-belek ikan, tengok segar ke tak sebelum beli. Tapi lepas dah bertahun dah rutin tu kita buat, lama-lama penjual pun dah tahu kehendak kita, dan akan tolong pilih yang terbaik untuk kita. Bila sampai saja, aku gi check ikan aku dah siap packing belum. Biasa main signal jari thumbs up atau thumbs down je dari jauh sebab orang ramai berkerumun kat gerai dia.

OK, abis cerita bab gi pasar hehehehe.. kita masuk bab apa beza pelabur bijak dan pelabur yang rajin. Sebenarnya dua-dua berkait rapat. Susah jugak nak bezakan. Sebab kalau rajin saja tak bijak, pun tak bagus. Kalau bijak pulak tapi tak rajin pun tak bagus.

Tapi biasanya, yang bijak walaupun kurang rajin masih mampu mendapat hasil yang baik berbanding rajin sahaja tetapi tidak bijak.

Contoh hardworking investor ialah mereka yang membuat part-time job dengan tujuan untuk mendapat upah atau pendapatan tambahan. Mereka perlu bekerja keras untuk membuat kerja tambahan seperti berniaga di pasar malam, membuka gerai, membawa teksi, mempromosi pakej-pakej percutian, direct selling dan sebagainya.

Kita ambil contoh senario hari ini. Aku jamin, korang biasa kena approach dengan kawan-kawan atau orang yang menceburi bidang MLM. Mereka ni adalah hardworking investor. Mereka invest masa dan tenaga (juga wang ringgit) untuk mengembangkan bisnes dan rangkaian perniagaan mereka untuk mendapat pulangan yang besar.

Bila time ekonomi tak berapa baik, MLM adalah antara bisnes yang banyak diceburi oleh orang ramai sebab modalnya tak berapa besar, tidak memerlukan pengetahuan perniagaan yang terlalu tinggi dan boleh dilakukan hampir semua orang. Orang biasa pun boleh berjaya asalkan rajin berusaha atau hardworking.

Kategori pelabur atau investor kedua ialah pelabur bijak (smart investor). Pelabur jenis ini suka membuat kajian, menambah pengetahuan tentang ilmu dan teknik pelaburan, membina rangkaian rakan pelaburan, mengikuti seminar dan kursus bimbingan, membuat perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang, serta bijak mengenal pasti peluang dan ganjaran. Smart investor akan tahu bila untuk membuat keputusan bila kriteria-kriteria tertentu dipenuhi.

Pelaburan yang diceburi oleh smart investor pula biasanya memerlukan capital (modal) yang lebih besar sebab ganjarannya juga besar. Kerja yang dilakukan mungkin tidak memenatkan pun, hanya perlu monitor progress dan tahu membuat keputusan bila diperlukan.

Disebabkan modal yang diperlukan lebih besar, tidak semua orang mampu menjadi smart investor. Namun begitu, tidak mustahil untuk orang biasa turut mendapat ganjaran seperti yang dilakukan oleh smart investor.

Macam aku kata dari awal tadi, susah nak pisahkan antara hardworking dan smart investor. Sebabnya, hardworking investor kalau kena gaya, once dah cukup capital, boleh bertukar jadi smart investor yang paling berjaya sebab dia ada gabungan kedua-dua ciri hebat seorang investor – bijak dan rajin. Jadi, kita kena cuba untuk upgrade status dari hardworking investor kepada smart investor dengan mendisiplinkan diri dalam pengurusan dan perancangan kewangan kita (syarat asas yang perlu dipenuhi).

Pelaburan hartanah adalah satu contoh smart investment. Dengan kadar susut nilai yang hampir tiada (jika lokasi dan pasaran adalah betul – sebab tu kena pandai), hasil yang bakal diperolehi berlipat ganda berbanding dengan kerja yang dilakukan tidaklah seberat mana pun. Banyak contoh dan cerita dah diberikan untuk dijadikan panduan.

Bila kita mempunyai pengalaman membeli dan menguruskan hartanah yang dimiliki, kita akan nampak lebih banyak peluang yang menarik yang tidak memerlukan banyak keringat dicurahkan. Ini yang paling seronok. Kerja tak banyak, pulangannya hebat!.

Masa yang terluang boleh digunakan untuk mengkaji, belajar dan bereksperimen dengan portfolio pelaburan lain pulak. Di tambah pulak dengan jaringan rakan pelaburan yang semakin berkembang, smart investor akan melompat dengan lebih tinggi melalui kecairan modal yang mereka ada di tangan.

Apa yang boleh kita ambil iktibar?. Mulakan langkah dari sekarang untuk mengumpul modal, belajar cara-cara bagaimana untuk meningkatkan pasif income, ketahui teknik dan tools pelaburan yang boleh kita ceburi dan buka hati dan minda untuk meneroka cabaran baru untuk lebih berjaya iaitu dengan menjadi smart investor!

Ada beberapa case study yang akan dibongkar sedikit masa lagi…tunggguuuu……. :)