Tuan Rumah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera para pembaca yang budiman.

Laman Rumah Kecil Tiang Seribu dikendalikan oleh Tuan Rumah iaitu saudara md atau juga dikenali Dodi. Ianya diwujudkan sebagai wadah perkongsian bicara dan idea yang diharapkan menjadi pencetus perbincangan maya berkaitan teknik pelaburan, pengurusan kewangan, dunia perniagaan dalam bidang hartanah dan sebagainya bersama khalayak pembaca.

Konsep “Rumah Kecil” dengan “Tiang Seribu” memberi gambaran pentingnya kita berusaha secara berdikit-dikit untuk menjana pendapatan dari pelbagai sumber (yang halal lagi bersih) agar ianya dapat menampung kelangsungan hidup kita secara bebas (financially free) tanpa perlu bergantung dengan bantuan orang lain. Usaha ini, jika dilakukan secara bersungguh-sungguh, insyaAllah akan membuah hasil yang berganda dan menjadi penentu kejayaan kita di masa hadapan.

Semua tulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya (melainkan jika dinyatakan secara terang sumber rujukan) dan tidak mewakili pandangan syarikat atau mana-mana organisasi yang tidak dinyatakan secara langsung dalam artikel yang dihasilkan. Jika ada mana-mana bahagian tulisan ini menyentuh pandangan atau tulisan rasmi dari mana-mana penulis, blog, laman web, dan apa-apa tulisan dalam media cetak dan elektronik, sila maklumkan kepada saya jika pihak anda ingin diberi kredit atau rujukan.

Sekiranya ada apa-apa komen, cadangan atau teguran, silalah berhubung dengan penulis di alamat email tuan[a] rumah.net

Semoga kejayaan dan keberkatan hidup milik kita bersama, insyaAllah.

Wassalam dan salam hormat.

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

10 Responses to “Tuan Rumah”

  1. zimah

    salam tuan rumah.terima kasih atas info yang diberikan.tengah2 google topik ‘beli rumah atau kereta dulu’ tiba-tiba terbukak blog ni.suka baca artikel2 dalam blog ni.dapat banyak ilmu dan pengetahuan.syabas tuan rumah.teruskan usaha berblog!

  2. abe

    Salam Tuan Tanah,

    Leh berkenalan tak?……….:p

  3. MD Salim

    Salam, Bro tq very much, banyak ilmu sya dapat kat sini….Ilmu bak laut, memeang dalam nak selam, tapi kalo ada orang2 mcm bro, insyallah lebih senang…. teruskanlah ngan banyakkan lagi info menarik…..

  4. Assalamualaikum…blog yg menarik,byk info mengenai ‘bijak wang’.

  5. anuar

    salam,

  6. hafiz

    tq bro for the advice..i guess i have to start with area that i familiar with….rajin rajin tulis blog k bro..i will keep on reading it. again TQ

  7. md

    w’salam bro hafiz. First and foremost, you need the knowledge to invest. Be it small or big, knowledge is vital. You can ask the tips and method to start investing from friends, seminar, books or other literature like blogs and forums. Like myself, I find a group which talks and involve in property investment (pie2020/PMC2020 group). Whenever I have doubt, the team members will enlighten me with guidelines.

    To start small, I guess you need to study good location and current market value of the property in that area, then, set your budget (say less than RM100K property with RM450~RM550 monthly rental). Then, you can start analysing the requirements like financing option, rental, maintenance, etc..etc.. like what I’ve discussed in my blog. Good luck!

  8. hafiz

    salam bro, i was refered by some1 to read your blog. i like what u write. but i just dont know how to start in making money thru property. need some advice in starting small. love to know some of your suggestion and ideas. tqvm – hafiz

  9. saladin291

    Terima kasih..
    Sama kt membina networking dpat menjaga bumi malaysia didiami oleh khususnya
    orang MALAYsia

  10. ren

    salam ramadan sdr. md yang dihormati. tahniah dengan kehadiran laman ini. doa saya semoga sdr sihat dan dapat terus berkongsi ilmu kewangan dan berkaitannya dengan pengunjung laman ini.


Leave a Reply