ASB – Halal atau Haram?

      1 Comment on ASB – Halal atau Haram?
Share this..
  • 1
    Share

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Saya fikir ramai di antara kita yang berminat untuk “membebaskan diri” dari masalah kewangan. Ramai juga yang mengikuti pelbagai kursus dan seminar tentang teknik-teknik untuk keluar dari masalah kewangan.

Yang terbaru saya temui ialah menggunakan ASB dan kemudahan Overdraf (OD) untuk merancang kebebasan kewangan peribadi. Saya ambil masa kira-kira 2 minggu untuk mengkaji dan mempelajari dari rakan-rakan yang mahir dalam hal ini untuk mengetahui teknik yang mereka gunakan. Memang tidak dinafikan, pakej ASB/OD ini sangat-sangat menggamit nafsu.

Apa tidaknya, simpanan anda dalam akaun ASB tidak terusik, namun anda diberikan “instant fund” yang boleh digunakan untuk menguruskan kewangan anda, baik untuk melangsaikan hutang, membuat pelaburan jangka pendek (seperti membeli saham, membeli benih tanaman, dll.) juga sebagai cara untuk membayar pinjaman ASB yang baru!. Semuanya dibuat menggunakan wang dari akaun OD anda. Bagaimana pula ianya menguntungkan?.

Atas perkiraan mudah dividen dan bonus ASB setiap tahun mencapai 8% berbanding dengan kadar faedah Overdraf sekitar BLR (Base Lending Rate semasa 6.75%) + 0% (tawaran terbaik dari sebuah bank merah-biru) maka secara congaknya, anda akan mempunyai margin keuntungan sekitar 1~1.50 % untuk tempoh 1 tahun. “Keuntungan” ini digunakan untuk membayar kembali kadar faedah tahunan overdraf yang telah digunakan sebelum ini.

Banyak forum dan blog yang menceritakan secara terperinci langkah-langkah bagaimana anda boleh gunakan teknik ini untuk memenuhkan akaun ASB anda (RM200K) dan dalam masa yang sama dapat membina kekayaan melalui pelaburan hartanah, perkhidmatan, pertanian dan perniagaan yang anda ingin ceburi. Ada juga yang menggunakan “keuntungan” ini untuk membeli kenderaan idaman mereka. Mereka akan tersenyum lebar membayar ansuran bulanan yang kurang dari jumlah dividen ASB atas pelaburan RM200K (sekitar RM16K setahun jika dikira atas dividen 8%)

Namun persoalan utama yang menjadi faktor penghalang saya meneruskan kaedah ini ialah berkenaan fatwa ASB itu sendiri adakah pelaburannya menurut syariah atau tidak. Carian ringkas (quick search) menemui beberapa jawapan yang cukup untuk memberi panduan untuk saya:

Persatuan Ulama’ Malaysia

Fatwa Negeri Selangor

Forum ustaz Zaharuddin

Forum Darulnuman

Perbincangan Isu ASB di Bicarajutawan

Forum perbincangan Sambest

Setelah membaca ulasan-ulasan dan pendapat-pendapat dari mereka yang arif, saya fikir bolehlah kita “Tepuk dada tanya Iman” 🙂

*** KEMASKINI ***

Majlis fatwa kebangsaan memutuskan Hukum melabur dalam ASB/ASN ialah Harus – rujuk posting ini (klik) dan juga Makluman berikut dari laman web JAKIM

Email yang dihantar kepada Khidmat Pelanggan PUNB untuk meminta agar PUNB segera berusaha membersihkan pelaburan mereka agar menepati “shariah compliance”. Berikut ialah email balasan:

From asnbcare@pnb.com.my
to “M.D” <XXXZZZ@gmail.com>
date Wed, Nov 18, 2009 at 8:16 AM
subject SC Shariah Compliance
mailed-by pnb.com.my
Tuan,

Email tuan mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman tuan, maklumat lanjut mengenai hukum melabur di dalam ASB juga boleh diperolehi di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di pautan berikut: http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2925

Laporan Pengurus setiap produk yang terdapat di laman web kami di pautan berikut:-

http://www.asnb.com.my/LaporanTahunanASB_2008.pdf
http://www.asnb.com.my/ASN_Interim%20Report2009.pdf

Untuk mendapatkan keterangan selanjutnya mengenai perkara di atas, tuan boleh menghubungi pegawai kami di Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur di talian 03-2057 3000/03-2057 3111.

Sekian, terima kasih.

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220

Terima Kasih

One thought on “ASB – Halal atau Haram?

  1. Jebon

    Tak makan riba pon … yang makan riba bank. 8% tu cuma cover interest OD. Principal masih kita punya.
    Kalau tak nak pakai ASB, pakai instrumen kewangan Islamic yang lain.
    Contoh Mudarabah GIA cert boleh dicagarkan kepada Islamic OD.
    Untung ke ? Kaji sendirilah ye …

Comments are closed.