How to become Rich in Malaysia?

      Comments Off on How to become Rich in Malaysia?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Tertarik dengan tulisan P. Guna dari The Star (http://thestar.com.my) hari ini. Artikel beliau yang saya fikir lebih kepada kritikan membina – menyingkap bagaimana seseorang boleh kaya (cepat?) di Malaysia iaitu dengan mempunyai hubungan baik (connection) dengan mereka yang berpengaruh.

Berikut ialah petikan tulisan beliau: “…..take an example you want to help the country by building a power plant. But look, you need land too and not only that you need the power to be sold. So you want an agreement โ€“ an iron-clad one to sell the power to Tenaga Nasional and to pass through all costs.

You see, thatโ€™s your reward as an entrepreneur โ€“ you get someone else to build the power plant, they guarantee the performance of the plant and someone else guarantees to buy your power and pay for all your costs. Nice deal? You bet. Billionaires have been made that way.” ~ P.Gunasegaram, The Star

Ironinya, ramai yang ingin jadi kaya secara mudah dan menggunakan “jalan pintas”. Maka, ramailah orang yang cuba mencari “kabel” atau “orang dalam” yang berpengaruh untuk menjayakan projek mega mereka. Ini sudah tentu tidak sihat kerana persaingan sebenar antara usahawan yang benar-benar ingin maju ke depan akan terbantut bila bersaing dengan usahawan yang mempunyai “orang dalam”.

Sebab itu, saya lebih suka meneliti dan belajar teknik untuk mendapat kebebasan kewangan (tak perlu kaya raya pun) tanpa melibatkan politik dan pengaruh orang dalam untuk kita mencapai kejayaan. Antara pilihan yang ada ialah menceburi pelaburan hartanah dan pasaran saham.

Namun, kedua-dua portfolio pelaburan ini ada risikonya. Itulah tujuan kita diminta membaca, menganalisa, membuat perancangan dan menetapkan matlamat. Barulah ampuh perlaksanaan yang ingin dibuat, berjaya atau tidak, itu cerita lain. Yang penting kita berusaha dengan keupayaan dan kudrat diri sendiri tanpa perlu mengikut “jalan belakang”.

Biarlah kekayaan diperolehi secara halal dan terhormat ๐Ÿ™‚

Terima Kasih