Passive Income

      Comments Off on Passive Income
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Kegawatan ekonomi dunia kian terasa. Saban hari, makin banyak berita dan cerita yang kita dengar tentang syarikat-syarikat yang cuba mengurangkan kos operasinya dengan mengurangkan jumlah pekerja.

Lambat laun, permasalahan ini bakal melanda negara kita dan seterusnya memberi kesan secara langsung kepada diri kita dan keluarga. Bagaimana cara untuk kita menghadapi situasi tidak menentu ini?.

Tentu anda pernah terbaca dan mengetahui tentang “passive income” (pendapatan sampingan).  Passive income secara umumnya ialah pendapatan yang dijana hasil usaha kita membuat kerja-kerja sampingan atau “part time” dan jumlah bayarannya bergantung kepada kekerapan tugasan yang diterima atau jenis tugasan tersebut. Adakalanya, pendapatan passive income seseorang lebih besar dari gaji kerja hakiki mereka.

Bila kegawatan ekonomi melanda, passive income boleh dijadikan sebagai satu instrumen untuk mengurangkan kesan kegawatan ekonomi. Persoalannya, apakah jenis pekerjaan atau tugasan yang boleh kita lakukan untuk menjana passive income?. Ianya boleh dijawab oleh anda sendiri. Biasanya, kita boleh mulakan dengan menyenaraikan kebolehan, kepakaran dan minat mendalam kita dalam sesuatu bidang. Fikirkan bagaimana perkara-perkara tersebut jika sebelum ini hanya dibuat sekadar hobi, boleh ditukar menjadi pekerjaan berbayar.

Setelah anda memperolehi apa yang boleh dicuba untuk dijadikan sumber passive income, lakukan promosi perkhidmatan/pekerjaan tersebut. Di mana boleh anda promosi secara percuma?. Ada banyak tempat, contohnya forum, facebook, mailing list, iklaneka percuma di Internet, meletakkan iklan di tempat awam dan juga secara terus kepada pelanggan berpotensi.

Kepada yang berminat untuk memperolehi passive income dari Internet pula, anda boleh mencuba melakukan Internet Marketing (pemasaran Internet). Contoh paling mudah ialah menjadi “channel” perkhidmatan pengikalanan seperti Google, nuffnang, dan lain-lain. Jika trafik ke laman web anda tinggi, peluang anda untuk mendapat pulangan terhadap iklan-iklan yang dipaparkan juga tinggi. Jika tidak, anda perlu mempromosi laman web/blog anda dengan lebih giat lagi. J

ika anda “malas” untuk mempromosinya, anda boleh tumpukan kepada memperbanyakkan kandungan yang berkualiti dalam laman web anda agar ianya dapat ditemui oleh “web crawler” seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya. Search engine tersebut akan mengindeks kandungan laman web anda dan apabila pengguna Internet melakukan carian terhadap katakunci tertentu, kemungkinan besar laman web anda akan tersenarai.

Selain dari pemasaran di Internet, anda juga boleh menceburi perniagaan di Internet. Tahukah anda, ramai yang telah berjaya menjual pelbagai barangan dan memperolehi pulangan menguntungkan menerusi Internet. Contohnya perniagaan menerusi laman web lelongan awam seperti di lelong (http://www.lelong.com.my) dan eBay (http://www.ebay.com)

Sumber ketiga ialah menerusi “affiliate marketing”. Anda cuma perlu mempromosi produk/perkhidmatan orang lain dan setiap jualan yang berjaya dihasilkan, anda akan dibayar komisen. Saya akan bincangkan topik “affiliate marketing” ini dalam tulisan akan datang, insyaAllah.

Selamat menjana passive income! 🙂

Terima Kasih