Auction and Wedding

      4 Comments on Auction and Wedding
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Hujung minggu lepas ada dua “event” menarik yang telah berlaku. Pertama, isteri saya telah menang auction sebuah kondominium di Gurney Heights. Kedua, rakan sepejabat saya iaitu Encik Roime telah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Puan Zaiton.

Auction yang kami masuk tu takde lah dirancang pun. Kebetulan saya dapat maklumat mengenai hartanah yang akan dilelong dalam bulan Mei. Belek punya belek, ada dua hartanah di kawasan Datuk Keramat – area yang memang kami tau sebab mak dan abah isteri saya tinggal kat sini. Jadi, bila tengok reserved price dia pun masih di bawah market value, kami pun cubalah nasib. Alhamdulillah dapat reserved price.

Kami gunakan khidmat agen hartanah Satu Solution untuk bid bagi pihak kami. Kebetulan memang kenal dengan salah seorang orang kuat Satu solution, so saya mintak diaorang bid untuk kami. Lepas menang saja bid tu, kami terima sms “RP. Tahniah”. Maksud dia, menang reserved price, tahniah ler.. hehe.

Ni gambar kondo yang dimaksudkan. Kebetulan dah ada penyewa yang baru masuk 2 minggu menyewa unit tu, so lepas ni diaorang boleh continue sewa terus.

Hari ahad pulak, Roime kahwin. Since saya, Asnawi dan Azmi dah plan untuk konvoi sama-sama. Kami set untuk berjumpa di stesen Petronas dekat rumah Azmi di Lavender Heights Senawang. Perjalanan dari Senawang ke Batu Kikir ada lah dalam 2 jam gitu. Sampai di rumah pengantin agak lewat, dalam pulul 2.00pm rasanya. Dah tak ramai orang masa tu. Sempat bersalaman dengan Roime dan terus cari makanan untuk alas perut yang dah mula lapar.

Tahniah buat Roime & isteri. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Terima Kasih

4 thoughts on “Auction and Wedding

  1. tuanbri

    Satu Solution memang the best aa..
    hehe..

    Setakat ni Area tu memang kurang menjadi tumpuan orang disebabkan harganya agak mahal sedikit drpd tempat lain.

    tatepi bagi mereka yg tau potential area tu, memang boleh buat duit.
    Tahniah Uncle!

Comments are closed.