Business as usual

      1 Comment on Business as usual
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Minggu ni kembali sibuk dengan kerja-kerja di pejabat.  Kalau dah nama bekerja, datang kerja kena buat kerja lah kan.. haha..

Perasan tak sekarang banyak gerai jual jambu kat tepi-tepi jalan?. Macam franchise punya bisnes. Ada dua jenama yang biasa saya jumpa. Satu Pak Cu 916 (macam emas pulak hehe) dan satu lagi De’Rezeki. Dua-dua jual produk yang hampir sama, jambu potong dan air jambu.

Bagus lah, ada semangat nak berniaga. Rata-rata yang jaga stall tu pun budak-budak remaja (harap-harap tak ponteng sekolah). Muda-muda dah pandai cari duit.

Saya tertarik jugak dengan usahawan yang mulakan idea jual jambu cara franchise ni (saya main agak je ni). Sure ada rangkaian lengkap dari ladang jambu, petik buah jambu, bersihkan, packing, delivery dan jualan oleh franchaisor.

Cuma yang saya musykil dengan orang kita ni, sorang jual jambu, semua pakat jual jambu jugak. Dekat taman perumahan saya saja ada 3 gerai jual jambu hahaha.. sama lah macam kalau kita tengok tepi lebuhraya Karak dulu (sekarang dah dipindahkan ke hentian sebelah Gombak), semua orang pakat jual lemang dan petai. Kalau dekat area Marang (Kuala Terengganu), semua orang pakat jual jagung rebus.

Fenomena tiru meniru ni mungkin dah sebati dengan masyarakat kita. Tapi kalau sekadar berniaga tepi jalan dan meniru jenis produk yang orang lain dah jual, saya was-was kalau mereka dapat pergi jauh.

Tak bolehke variasikan sikit produk tu, kalau jual jagung, janganla semua jual jagung rebus. Jual la jugak jagung bakar ke, pop-corn ke hehehe.. takpun bubur jagung ke.. kan best tu. Kalau yang lagi kreatif, dah tau situ ramai orang jual jagung, cuba jual cendol jagung pulak ..wow!!.. saya musti pilleyyy 😀

Saya tau ramai kawan-kawan kita yang ada side business ribu-riban, tapi maintain low profile. Time duit tengah masuk, jangan pulak lupa nak menyimpan. Time sesak-sesak nanti takde lah pening kepala nak berhutang ye tak. Apa pun, tahniah pada yang gigih berusaha melawan demam gawat nih. Tak kiralah buat kerja apa pun asalkan halal dan mendatangkan keuntungan.

Terima Kasih

One thought on “Business as usual

  1. pokli77

    yezaaa….lepas ni boleh la kita tambahkan bidang perniagaan yg kita minat….
    1)rumah….samada flip/sewa/homestay
    2)emas….agen/flip/rempit/trader
    3)tanah…pecah lot/jual/majukan/usahakan/tanam limau/projek ayam/bina rumah & sewakan
    4)IT….buat blog/bina webpage/jual ebook/affiliate/ebay/hardware/leasing
    5)macam2 la…tambah skitttt

Comments are closed.