Rumah Pencen

      5 Comments on Rumah Pencen
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Baru lepas balik dari TT PMC di Ramal Junction.

Macam biasalah, sure heboh.. eh.. sure ramai je yang datang. Aku plak, singgah on the way balik dari opis. Mulanya nak balik rumah dulu, tapi takut terlekat terus malas nak keluar rumah balik.

Macam-macam topik diskas tadi.. ada yang diskas pasal nak masuk auction hari esok, ada yang diskas projek limau kasturi lah, ada yang diskas pasal kelas Kumon lah.. macam2 ada hahaha..

Aku plak, dok sebok tanya Hafizal (Juruukur) boleh tak tanah lot banglo kita pecah lot kepada 2 bahagian. Fizal cakap boleh!.. wow!.. ini sudah bagus. Since tanah aku kat teras jernang tu pun tak buat apa pun. Dah masuk 5 tahun dah bayar loan buta camtu aje. Kalau nak buat full settlement dalam RM60K lagi kot. MV sekitar RM130K gitu.

Kalau jual tanah kosong, boleh la dapat profit dalam RM50K gitu tolak itu ini. Tapi kan lagi best kalau kita “up”kan value dia jadi 2 kali ganda. Best kan?. Camne nak buat tu?. Itu pasal aku dok sebok tanya Fizal pasal pecah lot jadi 2.

Mula-mula katakan kita develop 2 bijik rumah semi-D setingkat atas lot banglo tu (lokasi tanah ni di Desa Bukit Sentosa, Teras Jernang, Bangi. Infrastruktur semua ready, tepi jalan je). Takyah buat mahal2, bajet dalam RM140K cukup. Basic finishing saja.

Sebelum bina rumah tu, kita sukat siap-siap tanah bersaiz 5500kps tu (kena serah pada Juruukur la nak buat). Bahagi dua tanah tu (atas kertas pun takpe), yang satu  biar besar sikit dari yang satu lagi. Ada sebab buat camni.

Lepas dah siap bahagi dua, cari modal sendiri (duit simpanan ke, profit daripada jual rumah lain ke, personal loan ke, apa2 lah) bina 2 pintu rumah semi-D atas tanah tu. Bahagian tengah rumah semi-D kan bercantum dekat tengah, so bahagian yang bercantum tu biar kena atas border pembahagi tanah yang bakal dipecahkan lot.

Step seterusnya, kita makan duit sewa dulu bila rumah tu dah siap. Satu pintu sewakan RM650 (ni agak-agak je, maybe murah ni)  so dapat RM1300 sebulan. Kalau ada buat personal loan untuk buat rumah tu, dah boleh service loan dah, siap ada +CF lagi.

Next, kita mintak Fizal sukat tanah dan apply untuk pecah lot kepada 2. Lepas dah setel tu, ada dua option untuk kita make profit. Yang pertama, boleh jual unit pertama (yang saiz tanah dia kecik sikit) semi-D tu dengan harga RM300K (minima). Unit kedua kita hold dulu, dalam setahun dua gitu, lepas tu boleh jual lagi mahal dari unit pertama sebab saiz tanah lebih luas dan MV dah naik. Katakan RM400K untuk unit kedua.

Mari kita kira berapa profit kasar kita dapat kalau ikut option Bina->Pecah lot->Jual Lot1 + Jual Lot2.

KOS:

Beli tanah lot banglo = RM130K (*baki loan tanah = RM60K)

Buat rumah = RM140K

Upah ukur/pecah lot/etc = RM20K (ni aku agak je, Fizal akan bagi figure sebenar)

Total = RM270K (*210K saja, kalau buat full setelment loan tanah dahulu)

JUALAN:

Semi-D #1 = RM300K

Semi-D #2 = RM400K

Total = RM700K

Profit = RM700 – RM270K = RM430K (katakan keseluruhan proses makan masa 3 tahun). So kalau jual tanah kosong je sekarang just dapat RM50K je, tapi kalau ikut teknik ni, lepas 3 tahun dapat RM430K. Itu belum dicampur dengan sewa bulanan yang RM1300 sebulan kedua2 unit Semi-D tu sebelum ia berjaya dijual (sewa geli-geli heheh). Mana satu lagi berbaloi? 🙂

Option kedua kita tunggu sambungan kisah Rumah pencen ni.. jeng je jengg.. hehehe..

Idea ni aku sembang ngan Fizal tadi. So kalau salah tu, kita sama-sama check kat mana kena betulkan.

Terima Kasih

5 thoughts on “Rumah Pencen

  1. juruukur

    wow uncle.. sudah pandai kira untung.. ha ha ha.. bagus bagus, tahniah

    teknik uncle kira tuu.. memang ngam dah tuu

  2. Wida

    Bagus idea ni uncle.. selalu dengar cerita tanah berekar2 je buat duit.. lot banglo pun dapat buat duit banyak ye..

    Anyway.. best domain uncle ni..

  3. min

    salam uncle…TQ bagi banyak idea mengenai pelaburan dan kewangan…dan sewaktu dengannya…memang betul2 dapat memberi panduan untuk hidup yang lebih bermakna…TQQQQQQ,,…..

Comments are closed.