Kisah Sawit Dulu dan Kini

      15 Comments on Kisah Sawit Dulu dan Kini
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Cerpen hari ni, aku nak cerita pasal kelapa sawit pulak hehehe..

Kelapa sawit ni memang ada kena-mengena rapat dengan aku. Lepas aku lahir je ke dunia ni, 6 bulan lepas tu ayah dan mak aku dapat offer masuk rancangan Felda di Bukit Kuantan, Pahang.

Memandangkan masa tu pun, ayah aku hidup susah kat kampung. Keje tak menentu, bak kata orang, kais pagi makan pagi. Musim bersawah, dia ambik upah kerjakan sawah, kadang tu sanggup naik keretapi dari Kelantan ke Kedah semata-mata nak ambik upah banting padi. Berapa sen sangatlah upah dia dapat, tapi dari pada poket kering, gagahkan jugaklah merantau cari rezeki.

Kalau takde keje sangat pun, dia akan bantu ayah dia jaga kerbau ngan lembu. Itu aje lah kerja di kampung untuk sara anak yang dah masuk 4 orang masa tu. Resmi orang susah, asyik kena sindir dan dihina sebab selalu mintak bantuan dan ihsan keluarga dan saudara mara.

Terdesak dengan kesempitan hidup, offer masuk Felda diterima walaupun terpaksa tinggalkan kampung halaman. Sanggup masuk hutan yang baru diteroka bagi tanaman kelapa sawit. Antara inisiatif Allahyarham Tun Abdul Razak dulu.

Aku yang masih baby ni dikendong bersama-sama masa pindah dari Kelantan ke Pahang.  Seriau gak dengar cerita masa awal-awal duduk Felda. Apa binatang buas yang takde, semua masih ada lagi merayau-rayau dekat hutan berdekatan. Malam-malam lagi la binatang2 tu merayau2 dekat tepi rumah. Tambah pulak ayah aku antara batch pertama ditempatkan kat situ, basically binatang buas lagi banyak dari orang. Kalau korang penah tengok filem Lurah Bilut, cenggitu la senario dia.

Fast forward. Hari ni, ayah aku masih lagi dengan sawitnya. Ada kebun 10 ekar, dah dapat geran atas nama dia dah, dan dapat lagi suku ekar tanah tapak rumah. Not bad kan, at least berbaloi jugaklah dengan penat lelah dia selama ni. Aku tak cerita lagi kat dia, camne dia boleh “buat duit” dan passive income dari semua tanah2 tu tanpa perlu jual pun. Nak cerita pun kena tengok time jugak, kang tak pasal2 dituduh nak exploit rete mak bapak hahaha…

Yang aku nak relate sekarang ialah hari ni aku pun dah mula berkecimpung dengan sawit.. hehehe.. tapi bukan usahakan kebun ayah aku atau kebun sawit sendiri, aku belajar trading minyak sawit mentah.

Pernah dengar kan, FCPO (future crude palm oil)? Kira macam main stock market biasa jugak, tapi yang ni produk dia minyak sawit. Shariah compliant, so tak perlu was-was pasal halal haram. Ada sikit perbezaan dengan stock market di Bursa Malaysia. Kita kena cekap buat Technical analysis (TA) dan Fundamental analysis (FA).

Penghujung tahun lepas (tak silap aku), sifu Putra dibantu sifu Hanan buat kelas FCPO untuk member2 PMC. Ekslusif kelas ni sebab hanya terbuka kepada mereka yang follow blog pie2020 aje. Aku kira antara yang bernasib baik masuk batch pertama kelas FCPO dengan sifu Putra.  Sekarang ni dah beberapa sesi telah dijalankan. “Graduan” kelas tu pun dah start real trade FCPO.

Apa yang aku belajar dalam kelas tu memang banyak. Sampai ke hari ni, tak semua aku reti apply pun. Belajar nak tengok graf. Pahamkan candlestick, gunakan indicator, analisis fundamental news dan macam-macam lagi. Tapi yang paling penting ialah macam mana nak park order bila semua indicator dah confirm ikut trend dan momentum semasa. hahaha.. yang ni lah paling susah nak apply.

Sifu putra cakap, kena “main” atau real trade baru dapat “feel” dia.

Lepas abis kelas tu, modal takde lagi, so setakat apply “paper trade” saja lah. Margin untuk 1 lot masa tu lebih kurang RM8,000. Margin tu boleh naik dan turun ikut keadaan. Biasa FBR (future broker representative) akan maklumkan kalau ada perubahan.

Nak main FCPO ni takleh main belasah aje. Kena paham hakikat “spend the money that you’re willing to lose”. Elok kalau kita guna lebihan duit (samada dari bonus ke, dividen ke, profit pelaburan lain ke, etc.) untuk jadikan modal FCPO. Kalau guna duit gaji, takut nangis je bila loss huhu..

April 2009, aku start bukak akaun FCPO dengan FBR Apex Securities Berhad. HQ dia kat Kajang, so senang la nak pegi situ. Aku letak modal untuk 1 lot je dulu plus sedikit “buffer” untuk margin call. Proses dia tak susah mana pun, isi borang, transfer duit masuk akaun, dapat trading ID, dah boleh trade dalam masa seminggu dua gitu.

Lepas account dah aktif, aku tak terus trade sebab tak berapa confident nak park order hahaha.. ye la, buatnya salah park selamba loss. 1 point = RM25.00, kasi kira sendiri la kalau hilang 50 points ka..heheh.. sapa yang tau, tentu paham kan perasaan loss berpuluh-puluh point dalam 1 trade session saja.

Ni contoh cara nak park order FCPO yang aku praktik hasil tunjuk ajar sifu putra lepas dah confirm dengan semua indicator yang kita guna pakai:

Aku: “Hallo this is <nama aku>. I want to place an order. Sell stop @2100 limit 2099. Buy back at @2090 (10 points profit). Cut loss @2110 (10 points)” — Ni kalau kita nak park Jual dulu, Beli kemudian kalau market trend tengah bearish (harga sedang jatuh).

FBR: “wait a moment. OK your order has been keyed-in.”

Aku: “Call me once my order triggered. TQ”

FBR:“OK, I’ll call you”.

Lepas je park order, bolehla buat kerja lain. Sekali-sekala boleh jenguk chart tengok trend dan indicator. Kot2 order tak trigger lagi, boleh cancel atau ubah order. Kalau order triggered, masa ni lah yang berdebar tunggu FBR call balik. Samada kita akan dapat profit or loss. FCPO ni zero-sum game, takde win-win situation. Either you win or lose. Sebab tu kena belajar dari yang mahir teknik dan disiplin masuk pasaran.

Sekarang ni, kalau ada masa dan sempat monitor chart, aku memang akan masuk pasaran bila confident dengan all indicators. Ambik profit pun kecik je, dalam 3~6 points. Target aku tahun pertama just nak maintain RM500~RM1000 sebulan melalui FCPO. Still dalam stage belajar.

So, kalau ayah aku jual buah sawit kat kampung, aku plak jual sawit virtual (pasaran hadapan). Kira bapak borek anak rintik lah ni..hehe..

Kepada yang masih blur ape kebende FCPO ni, nanti aku share website2 yang korang boleh get some idea on this thingie. Lepas tu boleh pujuk sifu Putra buat kelas special untuk korang. Biasa offer kelas sifu putra ni limited saja. Rajin-rajin la masuk forum PMC 🙂

Terima Kasih

15 thoughts on “Kisah Sawit Dulu dan Kini

    1. md Post author

      fizal, betul tu. senaman jantung, senaman mata, senaman otak, senaman telinga dan macam2 anggota badan lagi..hahaha.. saspen tuuu..

  1. amilin14

    Salam uncle dodi,

    Nk trade CPO ni mmg kena call eh? ade trading platform tak macam metatrader yg trade forex tu? Interested to know further.

    Right now, sy actively involved in Forex je..tgk konsep sama je..

    so kl ade link psl nak trade CPO ni, share la ye..:)

    1. md Post author

      amilin, setakat ni FCPO takleh online trading lagi. kena call FBR untuk place order. Saya tak penah main forex, tapi ada kawan kata asas dia lebih kurang sama, bullish ke bearish ke, dua2 boleh buat profit kalau betul kita punya analysis.

      Nanti saya share link2 berguna pasal CPO.

    1. md Post author

      OK.. boleh mulakan berkenalan dengan CPO melalui blog Encik Kamarruzaman http://malaysianfutures.blogspot.com/ (lama dah dia tak update tapi masih banyak info berguna dia share). Baca dari posting pertama sampai habis.

      Lepas tu, boleh baca artikel2 lain dari web/blog berikut (ada juga cerita tentang FKLI):
      http://www.popui.net/
      http://motintin.blogspot.com/ (yang ni best..untuk tengok fundamental news & technical analysis)
      http://www.mpoc.org.my/Palm_Oil_News.aspx
      http://pasaransaham.blogspot.com/
      http://www.palmoilhq.com/
      http://www.analystpalmoil.com/
      http://www.futures2118.blogspot.com/
      http://futurestraders.blogspot.com/

      Ni pulak nak tengok Live Quotes:
      CPO Live quotes – http://www.geocities.com/f_cpo/
      ECBOT (minyak soya) – http://data.tradingcharts.com/futures/quotes/ZL.html
      NYMEX (minyak mentah) – http://data.tradingcharts.com/futures/quotes/CL_.html
      CPO charting – http://futuresource.quote.com/charts/premium.jsp (klik je dekat premium link tu, register kalau dia suruh, nanti boleh pilih macam2)

      Cukup tak?.. hahaha.. bagi khatam tu semua, nanti ada lagi..huhu

  2. MattDemon

    uncle Dodi…memang menarik la cerita uncle…leh wat drama bersiri…suka-duka anak peneroka felda yg akhirnya cargass ngan saham hadapan kelapa sawit…hehe..

    semoga berjaya n jgn lupa update kisah trade CPO nanti..:)

  3. md Post author

    Saya petik kata-kata dari sifu Putra di forum PMC:
    “cpo.. main dgn bdisiplin, ikut market, korg bleh dpt untung equal to unlimited dividen..
    kalu just nk untung skit (x tamak) n nk play safe, stkat nk 2%-6% sbln tuh insyallah.. <--- first year trade, kena aktif la tp, learn feel the market kalu rase confident skit, bleh set 7%-14% sbln, insyallah.. <---- start second year n above kalu dh betul2 expert dgn TA n FA n biasa dgn market, 15%-30%-60%-infitnity sbln, insyallah.. <---- ni mahu lebih 4 thn pengalaman aktif nih.. cth: xnak tamak, skadar untung, low risk low gain modal rm10k (bleh main 1 lot).. shari amik untung rm20-rm70 shj.. sbln ade 18-23hari trade.. katakan average rm45 shari untung.. 15 hari untung, 5 hari rugi.. 15-5 = 10 hari untung rm45x10 = rm450... wow rm450 sbln 4.5% dividen sbln, sama dgn sewa tratak muhibah.. modal rm10k jer tp.."

  4. peruzz

    waah.. menarik citer uncle ni.. bappak uncle mmg cekal la orgnye.. sanggup pi kedah naik ketapi tuh…carik rezeki.. terharu wa dengar..
    pasal gune tanah2 wat jadikkan duit tuh.. hehe.. sm cam wa gak.. wa bajet mau refi rumah yg family wa duduk ni.. rase2 kalo refi.. mau dapat 200k-300k.. tp silap2..tak kene care.. mak wa ingat mau makan rete die lak… bahaya2.hehehe

  5. krigg5

    uncle boleh jadi penulis skrip/penulis cerpen … pengolahan ayat membuatkan ramai yang boleh tersangkut untuk baca setiap nukilan dari mula sehingga abis….;)

    1. md Post author

      dalam apa2 investment, yang penting sekali ialah pengetahuan asas dan kemahiran menggunakan tools membuat pelaburan. Sama jugak dengan FCPO nih, elok attend training atau belajar dulu selok-belok urusniaga FCPO sebelum invest. FCPO ni zero-sum game, ada rugi, ada untung, takde average out.

  6. MD Salim

    Saya baru nak amik tahu pasai CPO nie.. teringin benar belajar
    kalo, ada buku rujukkan. boleh share tak sesiapa….tolonglah sya
    sya betui2 nak belajar…

Comments are closed.