Biar Papa Asal Bergaya?

      3 Comments on Biar Papa Asal Bergaya?
Share this..
  • 1
    Share

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Biasa dengar kan kata-kata musibah hikmat kat atas tu?.. hehe.. memang best bergaya nih. Toksah kata korang, aku pun suka hahaha.. walaupun tak ensem, tapi kalau pandai bergaya boleh tahan gak kembang lubang hidung bila orang tengok kita atas bawah…wahahaha..

Cuma satu je yang tak berapa nak best, asyik nak bergaya punya pasal, lama-lama boleh jadi papa (bukan paparock!, ini papa kedana wei!). Hoh, ramai dah terkena dah sindrom papa ni. Dari sekecil2 kepapa-an, sampailah papa tahap Godzilla terbang! (godzilla boleh terbang ke?, aku tak tau..haha)

Kadang-kadang, bukan tak tau akibat dan malapetaka yang boleh menimpa bila “over” bergaya. Kalau duit berkepuk dalam poket, membuak2 dalam bank, emas pulak berkilo2 dekat bawah katil, suka hati korang lah nak bergaya sakan pun. Ini tidak, sesetengah tu lebih rela makan maggi (dapat iklan percuma Nestle hari ni) daripada tak dapat beli gincu (akak, jangan marah saya, saya tak sengaja bagi contoh ni).

Akibatnya, duit takde, hutang melambak. Cukup bulan, orang lain seronok bawak anak-anak atau boipren/gelpren jenjalan, ahli persatuan papa seMalaysia (APAM) dok garu kepala tak gatal nak bayar hutang lapuk. Lagi parah kalau ada yang terjebak dengan AhLong bukit beruntung!.

Sampai bila kita nak ikut nafsu berjoli sakan tanpa perancangan. nak berjoli boleh, tapi biarlah kita dah siapkan peruntukan “dana joli”  dari apa yang kita usahakan selain dari duit gaji bulanan – passive income la tu, apa lagi.

Nak create dana joli ni macam-macam cara dah orang dok buat sekarang. Korek2 lah cerita lama dalam ni atau blog2 geng PMC yang lain. Bersepah2 dah diaorang dok cerita. Macam-macam versi dan skrip dah diolah untuk sampaikan cerita yang hampir sama. Tapi kalau mata dok terkatup taknak bukak jugak, sendiri mau ingatlah tuan-tuan yang mulia sekelian.

Kalau korang naik kereta, sure suka bukak radio kan (ye lah, ada orang suka bukak VCD!, kete aku takde VCD player! haha). Aku suka dengar radio IKIM.fm, pasal dia ada borak2 pagi yang boleh tahan bestnye. Kadang2 awal pagi lagi dia dok siar ceramah atau tazkirah. Apa pasal orang bagi ceramah dan tazkirah topik dia hampir sama dan berulang?. Aku rasalah, tak lain tak bukan sebab nak ingatkan kita betapa peri pentingnya perkara tu untuk kita amalkan, ye tak?.

Begitu jugaklah dengan perancangan kewangan kita. Bukan matlamat utama nak jadi jutawan dan mewahwan (maaf DBP, tak sengaja merosakkan bahasa) pun. Sekadar nak elak dari masalah terjerumus dalam kancah hutang tak berkesudahan. Walaupun, kadangkala kita terpaksa “create” hutang untuk melabur, hutang untuk pelaburan ni dikategorikan jenis “hutang baik”. Hoh!, ada pulak hutang baik, hutang jahat?.

Harap-harapnya, korang takdelah masalah jadi papa sebab nak bergaya. Kebanyakan yang aku kenal, memang pandai2 semuanya dalam bab uruskan kewangan.

Aku saja je nak share benda ni untuk ingatkan diri sendiri. Sebab kadang2 “teruja” jugak nak merasa pakai BMW GS1200! wahahahhaa..

Terima Kasih

3 thoughts on “Biar Papa Asal Bergaya?

  1. tuanbri

    wahh..mau GC ke uncle…?

    saya cuma mau Home Theater Bergerak saje…
    kalau pergi auction, pakai jersey Malaysia je..

    Hutang tetap hutang, baik atau jahat, semua kena bayar balik.
    Tapi pernah dengar x , “with money, make money” ????
    apa agaknya maksud ayat ni?

    renung-renungkan lah…

Comments are closed.