Pakcik Jual Pucuk Ubi

      24 Comments on Pakcik Jual Pucuk Ubi
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku teringat cerita Fizal masa sesi teh tarik dengan rakan-rakan bloggers PMC bulan lepas.

Fizal cerita pasal ada orang kampung yang buat kerja simple je, kutip pucuk ubi, jual kat restoran dan kedai makan yang nak bekalan ulam kampung. Katakan seikat pucuk ubi (agak2 segenggam diameter) dia jual RM1.00. Kalau sehari boleh jual 100 ikat, dah dapat RM100. Kalau 30 hari dah RM3,000.

Huhu, itu baru pucuk ubi. Kalau dia jual jantung pisang jugak, pucuk paku, kangkung, daun limau purut, bunga kantan, kunyit, lengkuas, serai, daun kesum dan macam-macam lagi sayur-sayur kampung, cuba darabkan berapa sebulan boleh dapat..hahahaha silap gaya gaji eksekutif pun kalah bang.

Betul la pepatah melayu ada menyebut, berbudi pada tanah takkan rugi. Nak tanam pokok ubi bukan susah mana pun. Pacak aje, pastu tunggu dia besar dan keluarkan daun. Pastu dah boleh petik pucuk dia. Sekarang trend orang dah kembali suka makan ulam dan sayur kampung. Restoran masakan kampung pun memang ngetop dan dapat sambutan hangat kat bandar-bandar.

Pasaran yang banyak macam ni memang sesuai dengan usaha pakcik-pakcik penjual sayuran kampung. Itu pun stok masih tak cukup. Demand melebihi bekalan. Cuba bayangkan kita export pucuk ubi ke luar negeri pulak. Pakej sekali dengan sambal belacan cantik-cantik dalam pek sejuk beku..hahahah.. Pak Arab pun silap-sila suka makan pucuk ubi cicah sambal belacan bila kita demonstrate cara makan kat diaorang.. huhu..

Kita ni bertuah sungguh. Bumi Malaysia ni hampir semua pokok boleh hidup subur. Tapi tak ramai yang sanggup berjemur tengah panas, bermandi peluh dan bau ketiak masam untuk usahakan tanaman untuk tujuan komersil. Abis kuat pun, menanam setakat nak makan sendiri. Tak cuba kaji prospek pasaran yang masih belum diteroka.

Kalau orang Jepun yang kurang tanah tu pun macam-macam teknologi yang diaorang reka nak tanam sayur secara komersil, kita yang berlambak-lambak tanah terbiar, tak diusahakan. Nak harap orang kampung, mungkin sebab pendidikan dan pendedahan mereka kurang, so takleh salahkan mereka.

Alangkah bagusnya kalau graduan2 Universiti yang keluar takde kerja tu cuba komersilkan sayur kampung ni.  Memang dah ada yang mulakan, tapi berapa kerat je sanggup. Ramai yang lebih suka apply masuk maktab atau kursus KPLI. Berebut2 isi borang dan pergi temuduga dengan harapan dapat jadi cikgu sebab dah takde kerja lain. Matlamat apply jadi cikgu sebab nak gaji, bukan sebab minat mendidik. Kesian anak murid terpinga2 dapat cikgu takde motivasi.

Kalau betul nak cari duit, apa kata explore benda yang orang tak buat pulak. Bukan benda haram pun, benda halal. Pajak la tanah orang ke, sewa tanah TNB ke (dekat area menara pencawang tu, bukan dalam pencawang! cari nahas apa..ahaha), tanah tepi rel keretapi ke (kat Kajang aku tengok penuh je orang tanam sayur, sah2 bukan orang kita tu), tanah tepi paya ke (tanam kangkung boleh hidup) dan macam2 tanah lagi. Takkan nak tunggu orang gali tanah kubur baru nak explore… huhuhu.. innalillah…

Aku rasa lah, paling sengkek pun boleh dapat RM2,000 sebulan. Boleh la tu. Kerja sendiri, pastu masa terluang boleh explore buat benda lain lagi. Peram tempe ke (best apa tempe, ada orang cakap kulit muka boleh putih, takyah cucuk botox hahhaa..) income lagi.. ish.. aku rasa lah, kalau orang pemalas je takleh buat duit kat Malaysia ni.

So kepada adik2 yang dah nak abis belajar kat Uni tu, toksahlah berebut2 gi mintak borang KPLI lagi. Bagi lah peluang kepada cikgu cikgi yang benar-benar layak dan minat nak jadi cikgu apply. Korang merosakkan masa depan anak bangsa je nanti kalau jadi cikgu hahahaha… Baik korang jual pucuk ubi, lagi loaded!.

Terima Kasih

24 thoughts on “Pakcik Jual Pucuk Ubi

  1. MattDemon

    betul uncle…setuju sangat2…cuma kadang2 peluang yg anak bangsa kita tak nampak…sbb FQ tidak setinggi IQ…bagusla teguran uncle…thanks

  2. peruzz

    stuju ngan uncle pasal chekgu kpli nih.. kawan2 aku ramai yg jadik chekgu nih skrg.. aku tanye nape jaaadik chekgu.. dier cakap.. ni jerk yg senang n leh kasik duit.. aku bukan minat ngan ngajo budak sgt pun… aduss.. patut la skrg banyak kes..chekgu pukul muridd.. tolong lah.. kalo sesape yg rase takder jiwa pendidik..tolonglah jgn jadik chekgu..sian anak2 yg nak belajo tuh…. sesape yg terasa tuh.. i,m sorrii

  3. juruukur

    uncle.. saya setuju ngan uncle.. niaga benda2 yang mudah jee.. pun bole buat duit gak kan..

    katakan hasil dari pucuk ubi sebulan : RM200.00
    dari ulam raja sebulan : RM100.00
    pucuk pegaga sebulan : RM100.00
    limau kasturi sebulan : RM200.00
    jantung pisang sebulan : RM50.00
    JUMLAH : RM650.00

    bukanlaa banyak sangat RM650 tuu kan.. kalo dibandingkan ngan gaji kita.. tul tak?

    sebaliknya bagi mereka yang bijik financial.. mereka boleh turn RM650 tadi.. jadi RM100K.. kalo kita ada RM100K.. banyak tak?

  4. Malaysia Boleh

    Betul tu ape yg uncle citer ni ..but unfair laa kalo kate graduan just worth utk jual sayur jer…dorang belajar penat2 wish to stay in the office, earn good salary but maybe takder rezeki kot..Just to tell you the truth orang yg tak educated jer sebok2 utk suruh orang buat itu ini ..cakap itu ini …but then if we have good education we dont have to go thru all these…just makan gaji jer dah cukup..most graduan kuar U (professional degree) masuk private sector…gaji at least 3-4K sebulan..not to mention yg get to joint a good company…5-6k memang tak lari…tuh fresh graduate tu …kesimpulannyer..kite as a malaysian jgn laa buruk2 kan graduan or educated people …seharusnya kita kena support dorang …harumkan name msia..takkan nak famouskan msia dengan ulam pegaga n ubi kayu…negara lain semua dah naik kebulan …..
    that is just my 2 cents..

    cheers

    1. md Post author

      Encik Malaysia Boleh. Good point. aku cuma bagi pendapat, tak semestinya betul. Nak kata orang tak educated bagi pendapat bodoh camni, tak jugak kot.

      Aku tengok senario sekeliling, ada graduan yang masih tak dapat kerja yang diharapkan. Apa kata sementara nak tunggu kerja makan gaji yang dapat 5-6K sebulan tu, buat dulu simple work (macam tanam sayur ke, MLM ke, apa2 lah) janji dapat jugak hasil bulan2..

      Memang tak dinafikan, orang2 yang educated macam graduan Uni tak sepatutnya buat kerja murahan macam jual sayur. But, there is nothing wrong to apply their intelligent in different domain such as agriculture. We were taught at Uni how to survive and solve problems using our brain (intelligent) and will power (daya usaha), so that we can survive in the real world once graduated.

      Kalau kita tau macam mana nak gunakan anugerah akal, fikiran dan daya usaha dengan betul, insyaAllah macam2 benda kita boleh buat.

      Tak hairan kalau graduan2 Uni pun dapat fikirkan sesuatu yang lain jika dicampak di mana-mana sektor pekerjaan sekali pun. matlamat kita memang nak ramai yang jadi knowledge workers. Tapi kalau pintu pekerjaan dah takde, kena pulak ambik course yang susah nak dapat kerja, aku fikir lebih baik usahakan apa yang nampak depan mata, boleh dapat hasil jugak dari dok menganggur tunggu kerja yang best-best.

      Apa2 pun thanks for the opinion, point taken dan bagus untuk didiskusikan. Cheers mate 🙂

  5. topeq10

    graduan melayu ramainye nak jadi staff kerajaan je..senang..retire pon dapat pencen..[aku le tu…hahahah]

    to malaysia boleh..ade ke org da smp ke bulan?neil amstrong pn ad org pertikaikan bulan rekaan amerika tu…hehehe..org zaman y2k++ pon xde yg smp ke bulan lg..

    lg satu..belanda pon popular dengan bunga2an dieorg..mesia skrg pn da popular ngn sawit..x salah la kalau malaysia nk popular ngn ulam2..perlu ke malu kalau mesia popular ngn ulam2(hasil pertanian)?
    kalau boleh jual ulam ke seluruh dunia lagi popular dari jadi eksekutif dengan “first class degree(hons)” kt MNC,GLC,etc kot…kelulusan tu bukan ukuran utk so called “educated people”….lim goh tong ade degree ke ek????tolong jawab skek…
    terpanjang plak komen..bahase pon tunggang langgang..im sori…

  6. pie2020

    topeq….
    yg ada degreee pun belum tentuu leh berjaya…
    semua tu terpulang pada diri sendiri … culture orang melayuu .. mmgg lainn ..
    anak tak pandaii sekolahh.. di paksa nyee belajaarr …
    tapi kalau orang cina … diaorg dah di train berniaga darii kecikkk ….
    berkalii jatuh bangun pun tak kisahh …cuba kasi pikir kann ..kalau kita bukann darii family yg ada business … kena llakkk takde qualificationn…. boleh survivee ker…..

  7. topeq

    pie..aku x nafikan yg qualification tu penting tuk survive..terutama yg dok area bandar..tp x berape nk setuju utk mengatekan “takkan nak famouskan msia dengan ulam pegaga n ubi kayu”…org kampung aku kaye gak jual kelape sawit je pn…hehehe..keinginan tu ade..tp sebab malu tu yg membantutkan org melayu[termasuk la aku]..

  8. shah

    Eh jadi cikgu KPLI okey jugak….keje half day…petang leh gi kebun….petang sikit leh jual pucuk ubi kat pasar mlm or pasar tani….so dah ada 2 active income… =) jgn lupa mlm buat tuisyen….3 active income untuk graduan muda yg baru membina asas kewangan ok lah tu….. apply jgn tak apply…

  9. md Post author

    wakata..apa awak bikin di luar negara?.. wow!

    sapa tau daun tenggek burung?.. sejenis ulam premium class..hahaha.. seikat mahal tuuu

  10. krigg5

    daun tenggek burung?? x penah dgr.. wahh rugi2… camne rupe daun dia… kena cari n try ni nanti…

  11. sitisafrina

    @md

    tapi encik makan la ye daun ni?

    sy sebenarnyer tgh buat research pasal daun ni.boleh x bg alamat email encik yg senang untuk saya hubungi.

    sbb sy rasa encik boleh membantu sya dalam research ini.sy harap encik sudi membantu.

    thanks,
    safrina

  12. dodi

    @siti. saya tak makan hari2, kalau pegi gerai atau restoran yang ada ulam je, kalau ada tenggek burung saya ambik. Memang daun dia ada rasa kelat sikit macam daun gajus muda.. tapi sedap.

  13. pon

    salam.. skg ni saye keje sbg food & beverage manager di sebuah hotel 4 bintang.. time keje kul 9am to 5pm.. kadang2 sampai mlm gak.. tp x selalu.. dlm masa yg sama saye ade 500 pkok getah.. upah budak burma toreh.. saye pun wat tanam pegaga n serai.. hasil getah je sehari leh dpt dlm 80-100kg.. kalu 80kg x rm4 = rm320.00/day x 20 hari = ????.. dlm perancangan nak berenti keje nak jadi peraih getah dan petani bersistem… jadi yg lepasan “u” tu jgn nak belagak.. saye dah biasa pegang gaji lebih 7k sebulan.. bertani pun leh wat duit.. lg banyak…

Comments are closed.