Geran dan Dana Kerajaan

      13 Comments on Geran dan Dana Kerajaan
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Semalam kawan aku Bob ajak minum2 di Taman Melati. Mula tu ingat nak ke TT PMC, tapi sebab dah lama Bob dok  ajak nak minum, next time lah join korang kat Ramal Junction.

Kitorang gerak dari rumah aku agak lewat jugak, pukul 11.30pm dari Cheras. Jalan memalam ni best jugak, traffic dah tak sesak dan dapat nikmati keindahan KL waktu malam. Tapi kalau terlalu lewat, naik menyampah pulak sebab ada pemandu dan penunggang kenderaan yang dah “weng” main-main atas jalanraya.

Sampai di Tmn Melati, kitorang lepak kat restoran D’Mamak, port biasa bebudak ERU (geng motor). Order air dan mula lah start borak-borak. Mulanya cerita pasal motor, lepas tu slow-slow masuk pasal investment.. hahah takleh lari dah kalau borak ngan aku sekarang ni.. mesti terjah jugak nak cerita pasal investment.

Bukan apa, kadang2 kita nak dengar jugak cerita orang berniaga macam Bob kawan aku tu. Dia contractor binaan kelas F. Dah berpuluh tahun dah dalam dunia contractor nih. Macam-macam projek dia dah buat. Jatuh bangun, untung rugi tu semua dia dah rasa. Orang macam aku yang dok makan gaji ni memang takde pengalaman cenggitu.

So, bila dia bukak cerita macam mana dia survive dalam meniaga ni, aku pun pasang telinga dan cuba kutip maklumat-maklumat yang berguna sebagai panduan. Mana tau, kot-kot aku nak ceburkan diri dalam fulltime business ke nanti, ada jugak tips yang boleh diguna pakai.

Tak lama lepas kitorang dok borak-borak tu, dad (abang Baha) pulak sampai. Kebetulan dia pun dalam bidang sama dengan bob, contractor.  Makin rancak lah borak kitorang pasal pengalaman diaorang buat projek.

Tiba time aku pulak, dad tanya, apa yang paling hebat dalam bidang IT. Spontan aku jawab – Software!. Sebenarnya banyak lagi benda yang hebat dalam bidang IT, tapi yang paling power nak buat duit ialah kalau korang pandai buat software atau application.

Sebab apa aku cakap macam ni?, tengok saja Bill Gates, contoh popular manusia terkaya di dunia (aku tak sure tahun ni dia masih no #1 dalam list Forbes atau tidak).  Dia kaut untung melalui penjualan operating system Windows dan juga aplikasi-aplikasi lain yang dikeluarkan Microsoft Corporation.

Sejarah asal Microsoft memang menarik untuk dijadikan contoh bagi mereka yang nak berkecimpung dalam industri perisian (software). Lepas beberapa tahun ditubuhkan, Microsoft dapat first big commercial job masa IBM nak keluarkan personal computer mereka yang pertama – IBM PC sekitar tahun 1980 menggunakan microprocessor Intel 8088.

Selepas mereka berjaya membekalkan MS-DOS (Mircosoft Disk Operating System) kepada IBM, perjalanan business software mereka mula berkembang dengan pesat. Bayangkan semua PC di dunia ni majoriti menggunakan operating system dan software yang dihasilkan Microsoft. Memang senang je diaorang ni buat duit berjuta-juta setahun.

Di Malaysia, kita ada MSC (multimedia super corridor) project di Cyberjaya. Macam-macam geran dan dana yang kerajaan sediakan untuk syarikat-syarikat IT di Malaysia untuk keluarkan produk mereka untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Kebanyakan geran dan dana tu diaorang gunakan untuk fund R&D projects.

Yang best pasal geran ni, tak perlu bayar balik. Just make sure project proposal power gila, make sure project  is commercially viable dan ada contribution pada negara dan masyarakat, insyaAllah ada peluang untuk strike peruntukan dari TechnoFund, ScienceFund, dan macam-macam fund lagi yang diwujudkan.

Ada jugak fund dalam RM50K tak silap aku (lama dah tak check) untuk orang perseorangan yang ada aplikasi atau projek yang nak dikomersilkan. Kalau under company pulak, boleh apply bigger fund kalau ada projek yang powerful dan ada potensi besar untuk berjaya.

Sebab tu aku cakap, sapa yang power dalam programming, memang boleh buat duit. Bukan di Malaysia saja, seluruh dunia memang cari very good programmer (must be very good! not an average Joe punya programmer la.. hehe..).

Aku dah terjebak jauh dalam dunia networking dan system integration, so nak patah balik buat program ni agak “masak” jugak lah hehehe (alasan). Tapi bagi adik-adik yang masih tertanya-tanya apa kebenda yang patut korang apply masuk ke course IT atau computer science, aku suka galakkan korang focus dalam software engineering. Besar potensi kerjaya dan business pada masa depan.

Aku tau, ramai student IT/CS yang tak suka programming subject sebab nak kena buat coding yang susah-susah. Rugi woooo… korang belajar la betul2.. kalau ada cita-cita nak jadi kaya raya. Bayangkan boleh kerja freelance saja, tapi boleh buat projek worth RM50~RM100K kalau kena gaya. Dapat secure 2 job je setahun, dah boleh lepak goyang kaki. Of course, network korang kena power jugak untuk dapat job-job dari pasaran.

Biasanya orang-orang yang “power” ni, orang yang cari dia, bukan dia cari orang. Itu tak masuk lagi kalau korang pandai apply geran dan fund dari kerajaan. Dapat duit free lagi.

Kadang-kadang info-info macam geran dan fund ni tak sampai kepada kita sebab kita “malas” nak cari (hahaha.. Fizal mesti tak setuju aku cakap orang kita malas, pasal dia cakap sebenarnya orang kita “tak tau”).

Ish.. jom kita buat software!..hehehe

Terima Kasih

13 thoughts on “Geran dan Dana Kerajaan

  1. kelang

    respek aku kat bill gates, masa mula2 dulu, confident2 je tipu orang IBM cakap dah ada OS yang sesuai utk IBM… lepas tu baru nak gi carik… ngeh3..

    1. md Post author

      IBM ingat microsoft yang buat CP/M.. itu yang dia deal ngan Bill Gates.. apa pun, kalau dia tak berjaya “beli” developer CP/M (Tim Patterson) tu, hancus gak deal dia dengan IBM masa tu..hehe smart dude.

  2. MattDemon

    Kalau business consultant termasuk audit consultant, keje diorang ialah memaksimumkan keuntungan client ngan pengurangan kos serta mendapatkan fund-fund dari SMIDEC, MATRADE serta kemudahan potongan cukai dua kali dari LHDN. Best kan…apply fund dari gomen, caj atas client…padahal apply fund tue customer leh wat sendiri..:)

  3. joy

    tadi aku ada bc yg kalau nk geran tu cuma kena ada proposal yang ok tp masalahnya xtau cara nak mohon

  4. pie2020

    geran msc mmg bykk tak apply … tugas awkk utkk abis kan dana gerann tu …
    apa lagii .. buat lee company it…. bumi … apply gerann utkk develop softwaree…

    1. md Post author

      @En Kassim.. wow!.. saya mau try apply lah pre-seed fund.. boleh jumpa encik kassim to get more info ka?..

  5. Kassim Hashim

    md :@En Kassim.. wow!.. saya mau try apply lah pre-seed fund.. boleh jumpa encik kassim to get more info ka?..

    kalu u nk more info u bleh RSVP pd Invitation to attend Nationwide Programme briefings. Please email to clic@mdec.com.my to RSVP. Admission is free. u try tgk link ni: http://www.technopreneurdevelopment.net.my/cms/AllProduct.asp?CatID=122

    diaorg akan wat 1-1 session utk u lbh understand psl pre-seed fund ni…sy under division lain drpd division yg handle fund ni so sy rasa u patut wat RSVP cpt2 as the programme brifing akan dwat pd 1 sept ni…

    1. md Post author

      @encik Kassim.. thanks for the info, nanti saya tengok itu link.. ada apa2 yang best do share with us 🙂

Comments are closed.