Projek Juta-Juta

      8 Comments on Projek Juta-Juta
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

2-3 minggu ni aku sibuk nak uruskan few things yang pending. Selagi kita masih kerja makan gaji dan ada komitmen dengan majikan, memang itulah yang patut kita siapkan.

Dalam pada tu, sempat jugak jenguk kawan2 yang tengah buat projek juta-juta (rupiah! huhu..). Ada tu  yang dah bertahun aku tak jumpa. Bukan taknak jumpa, tapi takde masa (alasan) nak lepak sama-sama. Maklumlah dah berfamily nih, hujung minggu je aktiviti keluarga dah penuh jadual dari siang sampai malam.

Kawan pertama yang aku jumpa 2 minggu lepas terlibat dalam projek IT. Projek dia juta-juta (to be exact contract yang dia dapat worth RM5 million untuk tempoh 5 tahun, kira sejuta setahun lah dalam tangan). Handle portal komuniti seluruh Malaysia. Selain dari projek tu, dia jugak jadi consultant beberapa projek lain. Dah pakai Mercedes E Class Kompressor!. Sempat la aku merasa jadi “boss besar” duduk kat belakang masa dia jemput ajak pegi lunch makan nasik Arab…hahaha..

Banyak jugak la yang kitorang sembang. Tapi aku yang lebih banyak tanya dia pasal projek-projek yang dia tengah dok buat. Dia cakap, sekarang ni dia dah tak boleh focus pada teknikal job saja, dia dah move to the next level – solution architect. Banyak main dengan requirement analysis, identifying appropriate technology and skill sets required to deliver a project.

Dia dok cerita tengah cari solution untuk future project yang orang nak bagi dia buat. Since aku pun dah tak ramai contact member2 yang free macam 10 tahun dulu, susah aku nak recommend sapa-sapa yang available. Ye lah, masing2 dah ada stable career, mana ada nak buat freelance job lagi. Ada member aku dah jadi board director dah pun, gaji jangan tanya la, boleh beli rumah cash je kalau dia mau..haha..

Minggu ni pulak, aku sempat lepak dengan kawan yang jadi contractor bangunan. Kebetulan ada small renovation job yang aku hire dia, so sempat jugaklah sembang2 pasal bisnes dia. Dia cakap, one day dia nak jadi developer. Aku pun heran gak, apsal pulak dia cakap macam tu. Contractor dengan developer (pemaju) tak sama ke?. Rupa-rupanya ada beza. Nak jadi developer, kena apply lesen lain. Sekarang ni dia ada lesen contractor kelas F saja.

Dia pun cerita la panjang lebar pasal impian dia untuk buat projek perumahan sebab boleh dapat untung banyak. Setakat buat renovation work atau buat banglo sebijik-sebijik, tak sebesar mana pun untungnya (ratus ribu jugak tak besar pun….). Dia cakap, lagi best kalau kita boleh beli tanah, convert kepada komersil atau kediaman, then apply kelulusan untuk develop perumahan. Kencang woo return dia.

Yang best dia cakap, one day dia nak buat konsep usahasama je macam koperasi. Funder yang dia trust akan campak modal dalam RM500K to RM1 million sorang, lepas tu dia uruskan projek sampai siap. Funder automatic akan jadi director kepada joint venture project tu dan dapat elaun director tiap2 bulan.

Bila projek tu siap dan semua rumah terjual (kira-kira dalam 2~3 tahun tempoh dia), untung akan dibahagi ikut percentage modal. Dia cakap kos untuk buat 1 rumah teres 2 tingkat bersaiz 20×70 untuk projek perumahan dalam RM75K sebuah (sebab bahan mentah dibeli pukal dan banyak, so kos dia jadi murah). Dia boleh estimate macam tu sebab dia tau selok belok harga barang-barang dan setiap keperluan projek hartanah.

Bayangkan kalau buat 100 bijik, kos kasar dia jadi RM7.5 juta. Kalau harga jualan pulak @ RM150K sebuah. So untung kasar kita dapat RM75K x 100 bijik = RM7.5 juta jugak… hahahah.. best ke tak best?.. 100% profit tuuu..

Bayangkan  modal asas yang kita ada untuk JV dalam projek ni ialah RM500K, dalam masa kurang dari 3 tahun kita boleh dapat return dalam RM500K lagi,  dah jadi RM1 million modal terkumpul. Wow!!.. next project lepas tu dah boleh dump RM1 million sorang… huhuhu… kelabu mata beb…

Rupa-rupanya banyak peluang untuk dapat rezeki cara halal dan mudah kalau kita kenal kawan-kawan yang best camni. Tambah pulak, kita ada advantage untuk beli hartanah Malay reserve. Bila ada gabungan usahasama macam ni, jauh kita boleh pergi.

Peluang macam ni susah nak dapat kalau kita jadi kera sumbang atau tak suka campur orang. Tapi, kita kena ada kualiti dan dipercayai rakan yang nak “tarik” kita jadi rakan kongsi. Sebab tu penting untuk jujur dan ikhlas, insyaAllah rezeki akan datang.

So, perancangan aku lepas ni ialah untuk kumpul modal RM500K dalam masa setahun dua ni… insyaAllah kalau ada rezeki.. mungkin kena “cair”kan few assets. Kena  get prepared untuk jadi rakan kongsi projek juta-juta lepas ni hehehe… kena set objektif tinggi sikit, baru ada motivasi untuk ke arah tu ye tak?..

Terima Kasih

8 thoughts on “Projek Juta-Juta

  1. MattDemon

    wow..teruja saya baca cerita uncle..memang developer untung juta-juta la…n rumah dah sold out walaupun projek tak start lagi. So, kalu nak dikirakan modal sebenar berapa agaknya yang diorang keluarkan yee…best kalu ader capital nie…wat platform n then tarik investor dan dapatkan sales..wow..OPM..

  2. peruzz

    wahh.. takut tgk angka juta2..kumpul setengah juta dalam 2tahun jerk…mmg pawer tahap gaban laa.. lepas 3tahun dah leh jadi jutawan…besh.. besh

  3. faizal

    menarik untuk dibaca dan lebih menarik jika dicuba…kalau sudi tu roger2 lepak mamak kita cite pasal masa depan.ok? 012 330 5445 Faizal.

Comments are closed.