Cerita Pasal Batu

      5 Comments on Cerita Pasal Batu
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Last week, kawan aku, bob ajak ikut dia pegi beli batu..hahaha.. bukan sebarang batu.. ini batu granite, yang dah siap canai dan di pollish macam tiles tu..

Dia nak beli beberapa keping je untuk job ganti tiles granite yang pecah. Yang bestnya, bob ajak pegi terus ke kilang batu granite tu di Semenyih.

First time aku masuk kilang batu granite. Ingat macam kilang kuari, tapi lain. Banyak mesin pecah batu dengan mata gergaji gergasi berdiameter 10 meter gitu.. huh.. kalau kita rebah kat bawah gergaji tu, sekejap je putus dua.. ngeri..

Kilang batu tu duduk terceruk jugakla dari jalan besar. Power betul diaorang ni berniaga. Bukak kilang besar gedabak jauh dari main road. Kilang proses batu pulak tu. Ye lah, kalau dekat dengan main road sure bising pulak kan, tu tak termasuk habuk dan kotoran lain lagi. Bob cakap, batu-batu granite tu ada yang diimport terus dari Afrika dan India.

Biasanya orang Cina suka pakai granite tiles ni sebab dipercayai ada Fengshui. Harga granite tiles ni jauh lagi mahal dari tiles biasa. So, kalau projek yang nak guna granite tiles ni, sure owner tu ada bajet besar. Contoh projek kilang ni ialah granite yang dipasang di dataran Putra, Putrajaya (depan masjid Putra).

Rasa-rasa orang kita ada tak buat kilang proses batu ni. Kalau ada pun, maybe kuari yang produce batu-batu kerikil untuk buat konkrit tu. Orang kita lebih suka bukak kilang yang simple-simple, macam proses makanan, buat ubat makjun, buat kopi tongkat ali atau buat teh kempis perut.. huhu..

Tapi modal nak bukak kilang ni pun bukannya kecik, hanya usahawan tegar dan ada modal banyak je boleh ceburi bisnes ni. Mungkin itu antara faktor tak ramai orang kita nak bukak kilang. Kalau dah masuk tahap ada kilang, pehh.. itu dah kategori dewa usahawan dah tu..huhu.. revenue tahunan main puluh-puluh dan ratus-ratus juta..

Nak bukak bisnes manufacturing ni, aku rasa bukan setakat modal je kena kencang. Ilmu, kemahiran, contact, pasaran dan macam-macam lagi pun kena mendalam. Tak boleh main redah macam bukak gerai roti canai je.

Tapi, ada banyak jugak bisnes hiliran yang boleh kita buat dengan kilang-kilang ni. Kalau ada contact yang baik, kita boleh deal untuk dapatkan barangan dari pengilang pada kadar harga yang murah. Lepas tu, kita boleh produce produk kita sendiri guna bahan mentah dari kilang tersebut.

Contoh yang aku terfikir masa melawat kilang batu granite tu. Since bob dah establish good contact dengan kilang granite tu dan bob juga ada bengkel buat wrought iron, dia boleh kembangkan sikit kreativiti untuk hasilkan produk baru yang menggabungkan antara granite dan wrought iron. Contoh macam buat coffee table, produk hiasan  dan macam-macam lagi. Memang eksklusif hasilnya.

Aku respek pada mereka yang pandai tukar benda yang tak terfikir oleh orang biasa, menjadi business juta-juta. Contoh macam business batu granite ni lah, sapa sangka boleh import batu dari Afrika, kerat di Malaysia dan jual balik as finish product macam tiles, table top dan macam-macam lagi.

Itu gunanya otak dalam kepala kita, untuk berfikir dan berusaha, bukan untuk dibiarkan jadi batu… hehehe.. selamat berpuasa!

Terima Kasih

5 thoughts on “Cerita Pasal Batu

  1. Wida

    Jual batu.. jual pasir.. jual besi.. hehe.. agak2nya ada ke orang kita jual?

    Uncle.. nak mintak tolong tukar kan link ke blog saya ke emasdantanah.com boleh ke?

    TQ..

  2. juruukur

    uncle.. orang melayu ada gak jual batu.. import dari cina bongkah2 besar.. pastu kasi buat tiles

    main batu nii.. untung besar.. projek juta juta.. kaya kaya

  3. dodi

    semalam aku gi beli decorstone dekat Jln. reko.. gila betul, batu serpihan reja yang dah disusun cantik2 pun boleh jual RM13.99 sekeping!.. power lah tokey batu ni.. huhu.. ingat tokey air batu je kaya..

  4. shada

    salam.. sy br kt sini.. emm.. nk tanye pndapat la.. plan nk mozekkn kt garaj tu, ade jugak rase xnk gune tiles, nk gune batu.. tp malangnyer x tau nk gune batu ape… u rase batu ape yg sesuai ea.. n yg pntg cost nyer ok.. hehe

    1. md Post author

      pebble wash pun OK untuk buat corak.. or semua sekali porch tu. Biasa porch guna heavy duty tiles je, then nak nampakkan corak, boleh pilih color terang dan gelap. elok design dulu dalam Excel atau kertas corak yang kita suka, then pilih color.

      Batu granit ni biasa digunakan kalau ada bajet besar.. jarang tengok orang letak granite dekat porch, unless betul2 dia citarasa tinggi 🙂

Comments are closed.