Trading Business

      3 Comments on Trading Business
Share this..
  • 1
    Share

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Kisah kali ni, aku nak imbas sikit berkenaan perniagaan trading atau peruncitan (ye ke maksud dia camni huhu..)

Masa aku kecik-kecik dulu, aku ingat lagi, ayah aku bukak kedai runcit kat sebelah rumah. Masa tu, ayah aku antara orang yang pertama ada kedai runcit.  Macam-macam dia jual, dari beras, minyak, gula, roti, gandum, sampaikan ais kepal pun dia jual hehe.. kira best lah kedai runcit ayah aku tu.

Tapi tak sempat aku masuk tadika pun, kedai runcit tu ditutup sebab masalah hutang lapuk. Ditambah pulak, cash flow management yang lemah menyebabkan perniagaan kedai runcit tersebut gagal untuk diteruskan.

Last-last, semua stok kedai termasuk papan dan kayu yang boleh digunakan terpaksa ayah aku jual kepada orang lain. Apek yang membekal barang-barang ke kedai mula datang mintak hutang. Mula-mula ayah aku boleh lah bagi alasan nak tunggu customer dia bayar hutang dulu baru boleh setel. Lama kelamaan, memang tak boleh dapat punya kutipan hutang tu semua. Customer yang bermasalah tu, kebanyakannya buat tak tahu aje.

Aku ingat lagi, ayah aku pesan kat aku kalau Apek pembekal barang datang rumah tanya dia, cakap “Ayah takde” hahaha.. sebijik macam cerita Melayu dalam TV dulu-dulu.. ajar anak menipu sebab nak lari dari orang kutip hutang.

Aku ingatkan ayah aku dah serik dengan berniaga, rupanya tidak. Masa aku bersekolah menengah, ayah aku sekali lagi cuba berniaga kantin sekolah rendah. Dia menang tender sebab bagi harga murah dan kebetulan takde orang lain masuk tender tahun tu..huhu..

Dekat 3 tahun jugak dia meniaga kantin sekolah. Sempat la merasa senang sikit, tapi tak kaya pun sebab kantin sekolah rendah dalam kampung, berapa sen sangatlah dapat collection jualan harian. Kalau ada jamuan baru lumayan sikit sebab boleh charge per kepala.

Tahun berikutnya, ayah aku tak sanggup lagi nak teruskan berniaga kantin sekolah sebab penatnya tak berbaloi dengan hasil. Aku pun dah naik muak tiap2 pagi sabtu kena basuh taik ayam kat dewan makan kat kantin sekolah tu..haha..ye lah, sekolah dekat dengan rumah orang, ayam itik semua masuk sekolah macam budak-budak jugak..lepas tu membuang sisa toksik lepas kenyang makan nasi yang tumpah kat lantai.

Tu tak masuk lagi kena tolong kupas bawang, sapu sampah, dan macam-macam lagi rutin harian yang aku adik beradik kena tolong. Pendek kata masa tu, semua orang setuju je bila ayah aku cakap nak berenti berniaga kat kantin. Pemalas betul adik beradik aku hahahahha.. cari excuse mudah untuk setuju.

Fast forward ke hari ni. Kat kampung aku tu, masih ada ramai yang teruskan bisnes trading macam biasa. Cuma yang aku notice ada 2~3 orang je yang betul-betul berjaya. Yang paling aku perasan Pak Cha (Mat Isha). Dia ni dah taraf multi-jutawan aku rasa. Ayah aku cakap, pendapatan bulanan dia saja boleh cecah RM300K ke RM500K dari business jual buah sawit, pengangkutan, bengkel, pertanian dan penternakan.

Memang Pak Cha ni role model bagi sapa-sapa yang nak buat business dalam bidang trading. Dia memang cekap cari peluang dan kembangkan jadi business juta-juta. Seingat aku, dia takde pun masuk kursus apa-apa. Cuma dia tau manage business dia.

Majoriti buah sawit yang ada kat kampung aku tu akan dihantar ke kilang sawit guna perkhidmatan lori Pak Cha. Cuba bayangkan kalau satu trip dia charge RM100. Darabkan dengan 4 trip sebulan untuk satu peladang (contoh saja). Kat kampung aku tu ada lebih kurang 400 pengusaha ladang kelapa sawit. Sendiri darablah pendapatan dari sewa lori saja dah berapa Pak Cha dapat.

Dia bukan setakat ada lori angkut sawit, siap dengan JCB (jengkaut), traktor dan macam-macam lagi. Semua tu dia buat sewa. Tak cukup dengan tu, dia ada beratus ekar rasanya ladang kelapa sawit yang dipajak atau dibeli dari peneroka yang tak nak usahakan ladang mereka.

Dah tu pulak, dia bela lembu dalam ladang kelapa sawit. Ayah aku cakap lembu dia dah membiak beribu-ribu ekor dah. Itu pun duit lumayan lagi yang dia dapat.

Pendek kata, Pak Cha dah lama hidup senang dan berjaya dengan duduk kat kampung saja. Best tak? hehehe.. Anak aku ari tu gi beraya rumah Pak Cha dapat RM30.00 hahaha.. happy betul dia balik cerita kat rumah cakap ada Atuk bagi duit raya banyak.. huhu..

Pada aku, kalau kita ada modal dan nampak peluang untuk buat trading business yang menguntungkan, tak salah untuk kita mencuba. Cuma kena ingat dengan masalah-masalah yang biasa orang kita kalah bila terlibat dalam trading business iaitu – cashflow management.

Contoh masalah yang biasa dihadapi ialah duit masuk terus digunakan tanpa dicatatkan dalam akaun. Itu yang bila hujung bulan, garu kepala tak gatal sebab rugi lebih banyak dari untung.

Ada beberapa orang kawan aku pun dah mula buat trading business sejak beberapa tahun lepas. Ada yang sanggup berhenti kerja dan focus fulltime dan alhamdulillah dah mula memberi pulangan yang lumayan. Macam-macam benda boleh diniagakan asalkan ada supply and demand.

Kalau korang ada trading business yang nak dishare kat sini, klik dekat menu atas tu (Senarai Usahawan dan Pembekal) supaya kita sama-sama boleh manfaatkan rangkaian usahawan yang ada dan kita dapat sama-sama maju dengan kerjasama yang dibangunkan.

Pada aku, kalau nak lebih berjaya, kita kena kembangkan network dan pasaran. Satu cara mudah ialah dengan share kat sini sebab Internet ni open 24hours a day. Mana tau, ada satu peluang baru muncul untuk kita manfaatkan bersama.

Selamat berniaga!

Terima Kasih

3 thoughts on “Trading Business

  1. n12am

    ڤڠوروسن کواڠن يڠ باءيق اداله کونچي کڤد کبرلڠسوڠن اڤ جوا بنتوق ڤراوسهأن/ڤرنياݢان يڠ ايڠين کيت جالنکن. تهنيئه کڤد ساودارا دڠن اوسها يڠ تله دلاکوکن دڠن مڽناراايکن راڠکين ڤراوسهان/ڤرنياݢان يڠ بوليه دروجوق کمودين هاري.

  2. Roszita

    Tuan, Salam,

    Sebenarnya kerjaya Nabi Muhammad adalah bisnes trading. Membawa barang-barang dagangan Siti Khadijah. Sebab apa Nabi buat bisnes Trading? Dan bukan bisnes servis?
    Carilah jawapannya.

Comments are closed.