Penceramah Berwawasan

      Comments Off on Penceramah Berwawasan
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Sabtu lepas, adik beradik dan ipar duai aku singgah beraya di rumah. Maklumlah, masa cuti raya aritu, ada yang tak sempat nak berjumpa sebab balik ke rumah mertua dan keluarga masing-masing. So, aku pun ajaklah dioarang datang makan tengahari kat rumah.

Lepas asar, semua adik beradik aku dah balik. Kebetulan pulak, petang tu kawan anak aku kat sekolah dia nak datang beraya. Dia datang satu family. Ingatkan anak aku buat joke je, tengok-tengok betul kawan dia tu sampai. Terkejut jugaklah aku sebab ayah dia ialah penceramah yang agak popular jugak – Ustaz Ahmad Shukri, pengacara program Halaqah kat TV9.

Aku pun jemput mereka sekeluarga masuk dan kitorang pun borak-boraklah. Sebenarnya aku tak reti sangat nak borak ngan ustaz tu. Ye lah, kita ni sapa, takut kang tersalah cakap ke, takut boring pulak dengan topik yang kita sembang hehehe.. tapi aku belasah aje lah. Kang pelik pulak tuan rumah senyap sunyi macam anak dara sunti hehehe..

Antara yang aku tanya ustaz, dia masih kerja lagi ke dengan pusat zakat wilayah persekutuan. Dia cakap dah 3 tahun dah dia berenti. Dia sekarang buat fulltime training dan ceramah motivasi. Wow! menarik ni, ceramah pun boleh jadi profession gempak. Pasal aku tengok dia macam mewah jugak, naik alphard baru (macam pie hehehe..) dan perawakan pun kemas. Anak-anak pun bersekolah swasta.

Umur pun baru cecah 40 tahun, kira muda lagi lah dan ada business yang ada peluang untuk bertapak lama dan dikembangkan (training & motivation course memang ada demand pada bila-bila masa pun, tambah pulak kalau penceramah tu ada nama dan berkarisma).

Aku pun mulalah tanya dia macam-macam sebab aku memang interested nak tau macam mana ceramah boleh dijadikan cabang business yang baik.

Ustaz shukri cakap, dia buat research sebelum nak ceburi bidang tu. Dia kata, kaedah nak kena betul. Ada penceramah bebas yang buat kerja fulltime tapi tak boleh jadikan kerja dia tu sebagai mata pencarian yang baik. Dia kata, dia fokuskan kepada dua bentuk ceramah. Satu yang dia buat untuk tujuan kebajikan, iaitu undangan berceramah di masjid dan surau.  Tak ada caj tertentu dikenakan. Kadang tu ada saguhati ikhlas diterima, itu lainlah. Satu lagi dia buat secara profesional dan bercaj, iaitu ceramah di syarikat-syarikat dan institusi korporat yang mempunyai peruntukan bagi membayar penceramah atau sesi kaunseling dan motivasi.

Dari segi marketing pulak, dia ada approach majlis agama Islam negeri dan media untuk tawarkan program yang dia ada. Alhamdulillah, sekarang dia dah berjaya dapat beberapa slot program untuk dikendalikan bersama-sama penceramah di bawah syarikat dia di Fitrah Power Resources.

Aku dengar penuh minat penerangan ustaz shukri sebab pada aku training dan consultancy adalah antara minat aku. Cuma pengisiannya berbeza. Ustaz shukri menggunakan pendekatan agama dalam ceramah dia. Suatu kelebihan sebab itu memang bidang kepakarannya. Aku pulak, minat nak kongsikan kaedah macam mana IT boleh bukak peluang baru untuk orang ramai.

Tak kiralah, sebab IT ni luas penggunaannya. Ada yang guna untuk kembangkan business, untuk cari bahan pelajaran, ada yang nak luaskan kenalan dan sebagainya, janji ianya boleh mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada pengguna.  Itu yang aku nak share dan dedahkan pada orang yang tak perasan kegunaan dan kebaikan IT dan aplikasinya. Aku rasa masih ada orang yang tercari-cari apa benda dia patut buat dengan IT, komputer dan Internet.

Contoh terbaik orang yang aku pernah dan sedang consult ialah pie2020. pie mahir dalam bidang pelaburan hartanah. Dia fokus pada bidang kemahiran dia, dan aku berikan consultation macam mana dia boleh gunakan IT untuk kembangkan lagi peluang bisnes dan network dia. Alhamdulillah, dah masuk tahun kedua kerjasama kitorang dan banyak lagi yang akan kami buat, insyaAllah.

Ustaz shukri sambung lagi, memang seronok kalau dapat buat bisnes berdasarkan minat atau hobi kita. Aku setuju part tu. Ramai contoh yang aku tengok dah berjaya jadi kaya raya sebab buat sesuatu yang dia minat. Bila dah minat, kemahiran dan pengetahuan dalam bidang tu pulak jadi bertambah kuat.

Contohnya macam photographer perkahwinan – Saiful Nang. Satu sesi dia shoot gambar perkahwinan boleh dapat RM15K. Dia ada kaedah dan strategi yang betul untuk masuk dalam segmen pasaran yang sanggup bayar semahal tu. Masa aku pegi seminar yang dia anjurkan dulu, ada dia kongsikan strategi yang dia gunakan. Simple dan memang boleh dipraktikkan. Dia bermula dulu dengan meminjam kamera kawan je. Tapi sekarang, bisnes dia dah tahap jutawan!.

Best betul buat benda yang kita minat dan orang bayar mahal-mahal. Sama jugaklah macam pereka fesyen Rizalman Ibrahim, Radzuan Radziwil, Dato’ Bernard Chandran. Chef Wan, Chef Ismail dan pakar-pakar masakan lain. Eric Leong, Azhar Sulaiman dan pakar hiasan dalaman lain. Semua mereka tu mempunyai profesion yang bermula dari hobi dan minat.

Ustaz shukri cakap, salah seorang staff dia ialah PhD holder yang mempunyai kepakaran dalam bidang training management. Kerja dia ialah buat research untuk hasilkan training yang lebih baik dan pakej perkhidmatan yang menguntungkan. Wah, training company pun ada R&D division macam syarikat teknologi.  Memang berwawasan lah ustaz shukri!.

Dekat pukul 6.45pm, ustaz shukri mintak diri untuk balik. Kalau nak diikutkan, aku nak je suruh dia lepak sampai lepas maghrib hehehehehe.. banyak lagi yang aku nak korek rahsia businesman macam dia. Ye lah, buat kerja fulltime benda yang dia minat. Dah tu, kerja pulak sendiri, sure motivasi lebih untuk majukan syarikat dia.

Aku tanya, ofis dia kat mana. Sekarang dia menyewa ruang pejabat di seksyen 4, Bangi Perdana. Lepas ni dia akan beli lot kedai yang tengah dibangunkan oleh Sunway group di seksyen 8, depan kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Dia kata, rugi dok bayar sewa bulan-bulan tapi hartanah tak jadi milik kita. Hehehe… betul tu ustaz.. orang yang berwawasan.

Aku saja usik dia, apsal beli satu lot saja ustaz, belilah satu row (3 tingkat), boleh sewakan kat tenant lain hehehe.. ustaz cakap ish.. mana saya mampu, yang tingkat 3 dia beli tu pun dah RM200K, ground floor tak silap RM700K. Mahal macam rimau!.

Since waktu pun dah lewat, tak sempat aku nak “berceramah” pasal pelaburan hartanah pulak dengan dia.. maybe lain kali lah kalau ada peluang hehehe. Yang penting, aku dapat peluang keemasan untuk dengar pengalaman dia pasal business training dan motivasi. Macam mana pentingnya kita perlu develop kaedah dan strategi untuk tonjolkan produk kita. Macam mana kita nak compete dengan orang lain yang ada perkhidmatan yang sama macam kita. Macam mana nak jadi businessman berwawasan.

Wow!.. dapat free ceramah petang tu hehehe..

Terima Kasih