Cakap Berisi

      6 Comments on Cakap Berisi
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku baru sampai rumah. Tadi lepak2 dengan pie kat Bangi sambil pekena kopi ais dan mee udang. Sedap betul. Dari hari Rabu lepas lagi pie nak jumpa. Tapi aku tak free sebab ada hal lain. SMS pie lebih kurang pukul 10 malam, tanya dia ada kat Melaka ke Kajang, dia balas ada kat Kajang. Apa lagi, aku terus “racun” dia ajak minum hehehe..

Itu untung duduk dekat2 dengan rumah jutawan nih hehehe, senang nak jumpa. Pukul 11.30pm baru aku sampai kat kedai makan yang pie tunggu. Hehehe, sian dia kena tunggu. Sambil tunggu order air dan makanan sampai, kitorang pun mula lah berceloteh. Macam-macam topik keluar tak ikut susunan. Terlintas je kat kepala, terus sembang.

Yang best cakap dengan kawan yang ada minat yang sama ni, banyak benda kita boleh diskas. Idea-idea baru pun keluar dan terus boleh ulas baik buruknya. Dalam pada tu, kita jugak boleh dengar cerita-cerita best pasal investment dari orang yang memang bergelumang dalam bidang ni. Bukan senang nak dapat free tips dan info dari kawan-kawan macam pie ni. Sementara dia masih ada masa dan takde protokol untuk berjumpa, jangan lepaskan peluang.

Iklan/Tips harian: jika ada TT, jangan ponteng, nanti menyesal seumur hidup tak dapat peluang jumpa sifu besar.. wakakaka..

Kalau kita check balik, hari-hari kita dok berborak dan bercakap dengan kawan-kawan, ahli keluarga, jiran tetangga, makcik cleaner kat office, pakcik jaga dan macam-macam orang lagi. Berapa peratus hasil percakapan kita tu boleh beri manfaat kepada kita dan juga pihak yang satu lagi (yang layan kita borak tu la..). Kalau kedua-dua pihak tak dapat apa-apa hasil, itu disebut “cakap kosong”. Kalau ada manfaat kita dapat dari perbualan kita tu tadi, kita panggil “cakap berisi”.

Hehehe, ada orang DBP marah lagi kat aku ni, pasal memandai-mandai buat terma baru. Takdelah, saja nak ketengahkan pendapat, kalau salah harap diperbetulkan.

Seeloknya, kita perbanyakkan cakap berisi supaya setiap dari kita dapat manfaat. Cakap berisi ni pulak, kalau niat dia betul dapat pahala pulak tu. Best betul. Tambah pulak, kalau dapat “duit” kalau kena gaya isinya, melampau bestnya tu.

Ada tu, kalau kita bercakap, orang bayar kita pasal nak dengar kita bercakap. Hahaha, ini lagi super-duper melampaui batas bestnya. Contoh macam pensyarah, penceramah, motivator dan consultant, modal dia air liur dan pengetahuan dia je. Nampak macam mudah kan, tapi tak semua orang ada kelebihan dan bakat bercakap yang orang nak bayar.

Kebanyakan yang kita jumpa ialah orang yang banyak cakap tapi takde beri apa-apa faedah pun baik kepada si pendengar, mahupun diri mereka sendiri. Macam tin kosong. Isi takde, bunyi je lebih..last-last kena tendang!… hehehe.. macam biasa jumpa je kan.

Berbeza pulak kalau kita dapat peluang bercakap-cakap dengan orang yang banyak ilmu. Mereka ni macam pokok padi, makin berisi makin tunduk (kalau tak tunduk tu, something wrong somewhere..huhu). Kita kena pandai berdamping dan berinteraksi dengan orang macam ni, sebab dia sibuk dan takde masa sangat, so peluang-peluang yang diperuntukkan tu, harus direbut dengan penuh minat.

Untuk berjaya dalam apa juga kerja yang kita nak buat, penting jugak kita bercakap-cakap dengan mereka yang lebih arif dan ada pengalaman dalam bidang yang ingin kita ceburi tu. Membaca dan menganalisa tulisan dari “guru-guru” ini sangat berbeza dengan peluang untuk mendekati mereka secara lebih dekat.

Adakalanya, ketika membaca tulisan-tulisan mereka, ada bahagian yang kita kurang jelas (setelah kita baca kesemua tulisan-tulisan lain yang berkaitan), kita boleh bertanya soalan-soalan  kepada mereka untuk mendapatkan penjelasan lebih baik. Jawapan yang mereka huraikan, mungkin akan menjadi titik-tolak kepada perubahan yang kita cuba usahakan nanti.

Mungkin tak semua orang boleh dapat peluang bercakap secara bersemuka dengan guru-guru ini, jadi gunalah media dan platform yang disediakan seperti blog, shoutbox, forum, email dan sebagainya untuk mendapat komen dan tunjuk ajar dari mereka.

Bukan apa, masa mereka masih “free” ni, baik rebut peluang berjumpa dengan mereka. Once mereka ni dah melangkah ke “liga” lain dalam dunia pelaburan, kita takkan dapat lagi peluang berdamping dengan mereka seperti sekarang. Nasihat yang diberikan sekarang kebanyakkannya percuma.  Akan datang, tak tahu lagi.

Renung-renungkan, dan selamat bercakap… 😀

Terima Kasih

6 thoughts on “Cakap Berisi

  1. Farid

    Betultu uncle…Rsernya peluang ni x lme dah…Mgkin sifu kita ni dah nak berhijrah liga lain dah lepas niii..Gunakan la peluang yg terbentang smentara ada..

  2. Lukeman Yusoff

    Ya betul..Sebelum liga amatur berubah menjadi liga pro, manfaatkanlah peluang liga amatur ini sebaik mungkin. Masa yang lepas berlalu xkan berulang kembali. Jadi sama-samalah manfaatkan peluang-peluang ini sebaik mungkin

  3. ifaa

    bagusnya.. best..
    saya n suami nk join korang.. tapi kami nie baru je nk mula hidup.. mcm maner eh.. buleh join korang2 ker… mcm maner nk bermula untuk betapak.. buleh bantu, terima kasih..

  4. PG

    Ifa..tiada istilah terlewat untuk bermula..
    Jom mulakan mulai saat ini..

    PG
    -Hafizi Abdullah
    20rejab.blogspot.com

Comments are closed.