Modal dan Usahasama

      13 Comments on Modal dan Usahasama
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Semalam aku jumpa pie, fizal, tuah, wan azmi dan sorang kenalan baru, Badrul di Bangi. Pie ajak sembang-sembang pasal idea nak buat budget hotel. So, kitorang datang kononnya macam nak bagi idea lah hahaha.. macamlah ada pengalaman pun, yang tahu lebih aku tengok si fizal, sebab memang profession dia ada sangkut paut sikit, contohnya nak convert title tanah kediaman kepada komersil dan hal-hal berkaitan dengan urusan merancang tanah.

Borak punya borak, sampai pukul 1 pagi jugaklah kitorang sembang. Banyak jugak topik-topik lain yang takde kena mengena dengan budget hotel kitorang cerita. Ada cerita macam mana 3 sahabat kumpul modal beli tanahย  dan buat keuntungan berlipat kali ganda.

Ada juga cerita pasal kumpulan sahabat yang lain pulak, kumpul modal dan ambil alih perniagaan stesen minyak dengan teknik yang agak menarik tanpa perlu modal yang terlalu besar. Ada jugak yang cari partner untuk sediakan modal buat bisnes kereta sewa sampai berpuluh-puluh bijik. Macam-macam benda orang dok buat bila ada modal.

Modal tu pulak, jadi banyak dan besar bila dikumpulkan bersama-sama kawan-kawan yang boleh dipercayai. Lepas tu, mereka akan mula cari peluang untuk beli aset dan perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan yang tinggi selepas diuruskan mengikut kaedah dan strategi pemasaran masing-masing.

Kat sini yang kita perlu belajar dan peka. Mungkin di awal penglibatan kita dalam bidang pelaburan, semua modal kita usahakan sendiri. Jumlahnya terhad, jadi portfolio pelaburan juga terhad. Pilihan yang ada mungkin tidak membolehkan kita menjana keuntungan yang tinggi.

Bila kita wujudkan networking dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, lama kelamaan, satu jalinan persahabatan dan kepercayaan akan terbentuk. Dah tentu kena uji dan test macam-macam dulu baru boleh diajak bekerjasama. Sebab banyak jugak kes, kawan makan kawan. Kita tak tau, kena tawakkal saja lah bila dah berJV nih. Satu cara nak elak risiko kawan makan kawan ialah dengan ambik masa untuk kenal hati budi dan kesanggupan kawan kita tu untuk berkorban baik dari segi wang ringgit, masa, kudrat dan juga kesabaran.

Sebab apa, dengan adanya rakan kongsi yang mencukupi, kita akan dapat kumpulkan modal yang besar untuk meneroka peluang-peluang pelaburan yang lebih hebat. Tambahan pulak, bila kita nak venture dalam satu-satu pelaburan, kita akan bermesyuarat untuk kaji dan buat keputusan terbaik. Inilah berkatnya berjemaah.

So usahasama atau JV dengan modal yang besar ni kalau kena gayanya boleh bawak kita pergi jauh lagi. Yang personal investment still kita maintain, JV ni adalah option tambahan untuk kita explore lebih banyak peluang-peluang pelaburan yang masih banyak depan mata.

Jangan pandang belakang, terus melangkah ke depan ๐Ÿ™‚

Terima Kasih

13 thoughts on “Modal dan Usahasama

  1. anep

    ur blog is very nice and informational…hehe (betul ka?)

    saya skang da start secara mengejut tapi bukan kosong2 dalam property investment….angkat satu umah tapi terase nak flip cepat2….disebabkan pertama kali dan merasa agak cuak…padahal da ade guaranteed tenant…huhu…wise ka?

    1. md Post author

      anep, kalau ada profit why not, tujuan setiap pelaburan kita nak dapat return. set target, nak hold pun ok sebab boleh makan sewa, nak flip pun ok kalau kena dengan harga.

  2. pokli

    Betul tu…yg penting kerjasama antara network masing2, ilmu dan modal….
    Dan satu lagi buangkan anasir2 negatif…..minat juga nak beli rumah teratak tu…sbb hamba dah ada sebuah kat situ…tip top.
    Brp mahu jual?

  3. Diver

    Huhh..
    memang hebat cadangan dan plan nak ke depan niih..
    jadi dorongan dan panduan kawan..
    juga galakan sepada semua..
    kaum lain dah lama buat sejak awal keluar dari alam persekolahan..
    bukan keluar dari IPTA/IPTS..tetapi keluar sekolah..
    jeloznya kawan sejak tahu bab niih..

    tapi bagai dikata..
    modalnya selain tulang 4 kerat dan 6 sense..
    RM mau ada secukup rasa..

    ishh bila ler..
    kawan dapat join sekali berJV dengan geng sana…
    pulus belum cukup lagik niih..
    …malu nak berTT dengan otai..
    apa lagi, yang hidupnya sekarang dah jumpa dan alami ‘freedom’..
    .
    Tahniah…

  4. tuah

    walau pon nama aku disebut disini, di blog pie..antara org yg ada pada malam tuh..tapi setakat nie aku belum ada menyumbangkan apa2….

    tapi sangat bersyukur sebab dgr semua nie 1st hand…masuk terus dalam telinga…harap2 tak keluar kat sebelah lagikkk…

    en diver sangat hebat..dgr lotup2 jer pasal en diver…kalau igt en diver..saya asek igt en diver makan nasi lemak kat ramal junction jerkk..taktau kenapa..maybe sebab 1st time jumpaa masa tuhh… ๐Ÿ™‚

  5. md

    @bri.. aisey 21/11 clash dengan kelas memasak plak..

    @putra… network penting, modal pun penting, identify opportunity pun penting hehehe..

    @tuah… ko lagi untung, maintain apa yang pie buat pun dah berapa dapat buat duit.. hehe

  6. Wida

    Semoga projek ni berjalan lancar.. Saya pun banyak kagum dengan Encik Diver.. macam2 projek yang saya dengar.. belum ada kesempatan lagi melawat Sup Ani Utara.. sekarang di Miri.. susahla sket.. Miri ni macam belum ada Sup Ani Utara je… Diver tak nak amik kesempatan ke.. hehe..

Comments are closed.