Kisah Tenant Yang Terlampau

      16 Comments on Kisah Tenant Yang Terlampau
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Malam semalam, ada small meet-up antara bri (satu solution), aku dan ex-tenant (ex, sebab diaorang diberi notis keluar) rumah sewa aku di GH. Rumah GH ni Satu solution yang manage since menang auction dulu lagi. Diaorang handle hal-ehwal dengan penyewa, maintenance office, utility company, etc..etc.. aku just terima sewa bulanan setelah ditolak service charge mereka hehehe..

Senang kan, contactlah Satu Solution 🙂 (iklan percuma untuk kawan-kawan hehehe..)

Sejak 2 bulan terakhir ni, penyewa mula menunjukkan symptom bayar sewa lambat. Penyewa ni adalah penyewa lama masa dengan owner rumah yang dulu. Since diaorang baru je duduk masa aku dapat rumah tu, kesian pulak nak suruh keluar (student beb, bagi can la). Aku setuju untuk diaorang stay dan continue bayar sewa ikut kadar sewa yang diaorang dapat dengan owner lama. Memang rate sewa situ gitu untuk semi-furnish.

Disebabkan deposit dioarang dah bayar kepada owner lama, tak sampai hati pulak aku nak suruh diaorang bayar sekali lagi pada aku. Aku tengok dalam rumah tu pun macam dah semi-furnish, siap ada aircond kat masterbedroom. So kira orait la contra dengan duit deposit yang owner lama dapat, aku takyah tambah apa-apa kat rumah tu. Lagi pun loan pun belum disburse, so takde commitment lagi. Kira sempat lah makan duit sewa 2-3 bulan untuk cover as deposit.

Bulan ni aku diberitahu bil elektrik dah kena potong!, tertunggak dekat RM1400++. Aiyaaa… apa sudah jadi. Aku terus mintak bri bagi notis keluar kat budak2 yang duduk rumah tu. Sewa pun sangkut,  campur dengan api tertunggak dah lebih dari deposit sebulan dah tu. Apa lagi, notis keluar dalam tempoh 7 hari kitorang bagi. Ye lah, dah nampak tanda-tanda masalah akan berpanjangan, baik cantas dari awal (istilah pelaburan dipanggil cut loss hehehe..)

Bila bri pegi rumah tu untuk ambik kunci dan setel apa yang patut, satu kejutan telah terjadi. Semua perabot, katil, meja makan, mesin basuh, microwave oven, rak tv, TV dan aircond diangkut keluar!

Aiyaaa… apa kehal pulak diangkut semua bawak lari. Dugaan sungguh. Hangin jugak aku ngan budak2 tu bila bri cakap masa tu.. ye lah, macam kurang ajar la pulak. Kita bagi peluang kat diaorang tinggal dulu tu pasal kesian. Kalau ikutkan, nak je aku cakap “sorry, saya nak duduk rumah ni, you contactlah owner lama mintak balik your deposit” huhuhu.. sure nangis keluar air mata berwarna-warni punya kan..

Ini la dugaan-dugaan yang akan kita hadapi kalau takde proper strategi waktu nak ambik tenant. Aku kongsi cerita ni bukan nak bantutkan hasrat korang yang baru pasang hajat nak beli rumah dan sewakan. Aku nak dedahkan masalah yang boleh timbul kalau kita ambik jalan mudah. Tak buat ikut prosidur yang betul.

Sepatutnya, aku kena mulakan from fresh. Screen potential tenant aku macam kat rumah-rumah yang lain. Check kemampuan mereka membayar sewa dengan mintak deposit yang secukupnya (contoh 2+1, kalau tak mampu bayar deposit, dah sah ada problem bayar sewa masa akan datang). Monitor pembayaran bil-bil utiliti secara berkala (boleh mintak diaorang faks atau scan dan email kepada kita). Kalau sewa kita ada +CF yang tinggi, boleh beri skim galakan diskaun contoh dalam RM30.00 kalau bayar awal dari deadline bulanan (tips dari Azizi Ali). Hopefully diaorang akan berebut2 bayar segera lepas dapat gaji. Lepas tu sign perjanjian penyewa-tuan rumah (tenancy agreement).

Tapi kalau 2-3 kali berulang sangkut payment, deposit 2 bulan tadi akan membantu. Sebab tu aku rasa ramai yang letak deposit 2+1. Kena kes macam ni, memang ini la dana penyelamat.

So meeting semalam, aku bagi last chance kat budak2 tu untuk pulangkan rete benda aku, atau bagi duit setara dengannya (pasal diaorang cakap ada barang dah rosak!). Kalau tak, see you in court! huhuhu…

Terima Kasih

16 thoughts on “Kisah Tenant Yang Terlampau

  1. w.b.rendra

    salam tuan yang dihormati. saya datang membaca. terima kasih berkongsi pengalaman. jauh, tidak terfikir saya ada penyewa yang boleh angkut sekali barang tuan rumah bila keluar. pengalaman tuan membantu pembaca untuk ‘memilih’ penyewa yang betul2 mempunyai hati budi. terima kasih.

  2. remy

    salam uncle, wah ganaz btul tenant. Diorang ingat lebih cerdik kot..hahaha layan kt court la jwbnye sok…mmg aggreement sgt penting..

    p/s-xde rumah nk let go ke uncle…

  3. md Post author

    @rendra .. ye, pilih penyewa ni macam pilih pembantu rumah jugak, kena ada skill hehe..

    @remy .. budak2 belum matang lagi, dia main redah je buat keputusan tanpa pikir baik buruk. apa pun, cerita ni bukan nak takut-takutkan orang.. just nak share cerita.

    remy.. memang ada nak letgo sebijik lagi kat teratak muhibbah, tapi cash.. mau?.. huhu

  4. Wida

    Aiseh..mcm tau je rumah mana.. nanti update la.. gambar dah ada.. ic dah ada.. senang je nak report polis ni.. berani betul deorg..

  5. juruukur

    ya.. uncle… kasi report polis.. kita kasi tengok.. mamat mana yang berani rompak barang uncle tuu..

    tapi uncle.. apa laa sangat benda2 tuu.. berbanding harga lelong yang uncle dapat.. he he he..

  6. kayzen

    cerita yang menarik.. so bakal pelabur hartanah dpt berfikir baik dan buruknya pelaburab hartanah.. jgn lak nak salahkan org kalau masalah timbul lepas tu.

  7. md

    @fizal, ye betul.. kerugian tak seberapa kalau dibandingkan dengan market value rumah tu. Bukan itu yang nak highlight dalam cerita ni, lesson learnt bila tak teliti part strategy memilih tenant, tak berbaloi buang masa ulang proses yang sama kalau awal-awal dah tau ada problem..hehehe

  8. Diver

    Puhhh…
    dasat jugak budak2 tu…
    kasi pukul je…
    geng ramai yang berminat niih…
    he..he..

    apapun,…suatu pengalaman yang baik…
    baik untuk diambil ikhtibar oleh orang lain…
    sure tuan punya badan dapat pahala banyak niih…

    selain agreement standard tu…
    kawan biasanya nak salinan ic dan waris terdekat..
    notanya satu jer…ada no ic…kita leh cari siapa saja hingga dia mati..
    kecuali jika terlibat macam kes Bala tuu..
    .

  9. pie2020

    diver .. tuu budakk kalau kena pukull mmgg abis lee .. dodii bawakk gangster kampungg atapp …. badann besarr … angkat beratt nye orangg ….

    tapii kita mauu pukulll punn tak sedapp …. tuu budakk belumm matangg ….. tak gunaa kalau berkerass … duit tak dapat.. jadii kes lain lakk … heehhe …

    seorangg tuan rumah di didapat bersalah kerana memukull bekas penyewa nye sampaii matii … tak pasall pasall kawann kita masukk lokapp ….

  10. sepul_besut

    salam uncle.. menarik kes nih.. boleh lah di jadikan panduan kpd pemilik2 umah sewa.. nnti cerita sampai habis ehh ape y berlaku sehingga selesai.. thanks…

  11. MattDemon

    betul tue..pengajaran yang sangat berguna…sebab tue saya suka amik pompuan bekerja, student atau bapuk bekerja je…sbb takyah marah2…nanti diorang nangis you…keke..:)

  12. atoks

    fuh…. dasat2… mmg terlampau.. alah.. itu budak2.. kasik gempak saja.. tipon cakap mau buat report polis.. sure terkucil punyer.. itu jam juga depa musti pikul itu barang angkut masuk rumah blk.. trust me.. hehe

Comments are closed.