Dana Modal dan Dana Pokai

      Comments Off on Dana Modal dan Dana Pokai
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Lama aku tak borak-borak ngan kawan-kawan yang singgah di blog aku yang tak seberapa ni. Masuk hujung-hujung tahun ni, macam-macam benda nak “closing”. Projek nak kena tutup, akaun nak kena update, laporan nak kena buat, meeting nak kena conduct untuk check ada apa-apa yang outstanding lagi ke tak, dan macam-macam lagi.

Dah jadi trend jugak, bila hujung tahun ramai yang habiskan saki-baki cuti tahunan. Ofis lengang je. Nak buat kerja pun takde mood bila takde orang hehehe..

Ada yang ambik kesempatan beli kelengkapan sekolah anak-anak. Ada yang pegi last minute bercuti dengan keluarga sebab tak sempat masa awal-awal cuti persekolahan hari tu. Ada jugak yang saja duduk lepak-lepak dekat rumah tengok TV sambil layan anak-anak.

Hujung tahun jugak, biasanya duit banyak keluar, terutama orang yang dah ada anak-anak sekolah. Dengan belanja beli baju, kasut, buku, yuran dan macam-macam lagi. Kalau yang sekolah “private” lagi lah. Sebulan je ribu-ribu duit keluar untuk tanggung anak. Tapi demi pendidikan terbaik buat anak-anak, kita kena korbankan apa yang kita sayang. Termasuklah wang ringgit yang boleh dijadikan dana dan modal untuk kita melabur.

Cuma bezanya kat sini, bagi golongan yang dah didedahkan dengan kaedah mentadbir duit tunai dan simpanan dengan bijak, mereka tidak akan kalut dan panik tak tentu arah. Setiap perbelanjaan akan dibuat secara berhemah dan menggunakan peruntukan dari sumber yang telah diasingkan dari dana modal.

Contohnya, kita tahu setiap hujung tahun, kita akan spend sekitar RM1,000 hingga RM2,000 untuk belanja dan yuran persekolahan anak-anak. Dari mana kita nak dapatkan duit tersebut selain dah “mengikis” dari duit gaji bulanan?. Ada orang, akan mula “cucuk” mesin ATM dan keluarkan duit simpanan. Ada juga yang ambik pinjaman peribadi sekadar untuk lepaskan beban perbelanjaan anak masuk sekolah (atau masuk Universiti). Ada juga yang pinjam dengan adik beradik yang berkemampuan untuk bantu mereka yang susah. Macam-macam cara orang buat.

Dulu ayah aku pun sama. Kalau nak bukak sekolah je, dia demam. Bukan demam panas, demam pikirkan mana nak “cekau” duit untuk bayar macam-macam belanja sekolah anak-anak. Kesian aku tengok ayah aku masa tu. Entah berapa banyak hutang dia buat dengan kawan-kawan dia. Entah berapa kali jugak aku tengok barang kemas emak aku digadai waktu duit takde, dan ditebus semula kalau duit ada. Ada yang “burn” macam tu je.. kesian.

Katakanlah, setiap dari kita dah mula “nampak” macam mana nak generate pasif income dari mana-mana portfolio pelaburan yang kita minat. Baik dari property, komoditi, emas, saham, peruncitan, jualan langsung dan sebagainya. Kalau kita setkan untuk menyimpan sejumlah 10% dari hasil pendapatan sampingan kita setiap bulan, setidak-tidaknya ianya dapat membantu kita untuk menyediakan duit RM1,000 hingga RM2000 yang diperlukan untuk belanja persekolahan anak-anak.

Satu lagi cara ialah, dengan memasukkan sejumlah duit bonus tahunan yang kita perolehi ke dalam akaun yang kita tak akan gunakan. Bukak la satu akaun baru, samada di tabung haji ke, bank ke, amanah saham ke, mana-mana lah. Janji kita takkan guna duit tu untuk kegunaan seharian. At least, dalam pada kita menyimpan, dapat jugak pulangan dari segi dividen dan bonus (setidak-tidaknya). Bila tiba masa dana tersebut perlu digunakan, barulah kita keluarkan duit tu. Takde lah kita garu kepala yang tak gatal bila tengok senarai yuran dan bayaran lain yang perlu kita selesaikan.

Kes belanja sekolah anak-anak awal tahun ni boleh dikatakan sama jugak dengan kes untuk kita memulakan aktiviti melabur. Setiap jenis pelaburan memerlukan sejumlah modal permulaan. Katakan kita nak beli sebuah rumah samada secara “sub-sale” atau pun lelongan. Paling tidak, kita perlu sediakan duit sebanyak 10% dari harga jualan. Dicampur lagi dengan kos guaman, kos bayaran maintenance tertunggak (ada yang sangat tinggi), kos bil utiliti dan sebagainya sebelum rumah tersebut sah menjadi milik kita.

Jika tiada perancangan rapi dari mana sumber modal yang boleh dijana, kita mungkin akan tersungkur bila ingin meneruskan langkah setelah keputusan melabur dibuat. Kadangkala, kos-kos tersembunyi tu lebih tinggi dari jumlah modal dan dana yang kita ada. Last-last kita akan pokai tak pasal-pasal.

Teknik dan tips untuk menambah dana modal memang banyak dan bermacam cara. Pilihlah, buat ujikaji dan serasikan dengan kehendak dan kemahuan masing-masing. Penting untuk kita tadbir dana modal kita sebaik mungkin supaya target yang kita tetapkan dalam usaha menambah pasif income akan dapat dicapai walaupun memerlukan belanja yang besar.

Tahun 2010 akan muncul esok hari dan dah jadi kebiasaan, orang akan mula pasang azam dan niat tahun baru. Aku takde azam pelik-pelik. Cukupla dengan azam nak jadi lebih baik dari tahun sudah-sudah. Azam dari segi kewangan pulak, mudah-mudahan dapat capai target yang aku set sebelum hujung tahun. Apa dia tu?.. hehehehe..

Selamat Tahun Baru 2010!

Terima Kasih