Tunggu dan Lihat ATAU Tunggu dan Sebat

      9 Comments on Tunggu dan Lihat ATAU Tunggu dan Sebat
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Wah, rata-rata blog investor bumiputera dok update kisah pasal dividen ASB saje sekarang ni. Elok la tu, bagi perangsang dan motivasi untuk menyimpan daripada duit dok lebur tanpa sebab.

Kepada yang berjaya tingkatkan pendapatan pasif dari simpanan menerusi perolehan dividen dan bonus, tahniah buat korang. Tak sia-sia korang buat semua tu. Ada yang gunakan simpanan ASB tu untuk apply overdraft, then laburkan ke hartanah, bisnes dan macam-macam lagi. Return dari investment tu sepatutnya akan hasilkan profit lebih besar daripada dividen ASB dan interest OD loan yang korang apply. Kalau terbalik, yakni rugi, tengok balik mana silapnya. Mungkin kira-kira tak betul ke, atau masa invest hari tu main tangkap muat saja sebab takut melepas.

Banyak betul kisah-kisah best sepanjang tahun 2009 yang kita baca dan kongsikan dengan kawan-kawan. Macam mana nak kembangkan modal, nak target property yang best, nak cari rakan JV, nak tubuhkan koperasi dan pelbagai aktiviti lagi yang menjurus kepada perkembangan pendapatan pasif.

Dalam banyak-banyak kisah tu, aku paling suka kepada kisah macam mana nak jana profit dari kaedah sewaan, pecah lot, tukar syarat, flipping dan sebagainya. Contoh klasik ialah beli property di tempat yang lokasinya hangat dan luarbiasa sambutannya di bawah harga market value, kemudian kita sewakan mengikut harga market value. Selepas tolak gedebuk-gedebak installment loan dengan bank, positive cash flow dia boleh digunakan untuk cover loan lain yang mungkin +CF dia rendah atau untuk top-up bayaran bulanan property yang kita duduk sendiri (takde return bulanan). Ataupun, +CF tu kita simpan dulu buat kumpul modal baru.

Itu bagi yang dah mulakan langkah meng-invest. Bagi yang tunggu dan lihat, masihkah menunggu lagi sampai ke saat ni?. Hehehehe… mungkin modal tak cukup lagi kot, atau mungkin tak berapa confident nak masuk market takut2 terjerumus dalam lubang hutang. Hati-hati dengan pendapat dan cadangan orang, mereka kadang tu “sedap mulut” je bagi cadangan, tapi satu hapah pun tak buat lagi. Berbeza dengan pendapat orang yang dah ceburkan diri dalam bidang ni, ada real case study, ada macam-macam cerita gembira dan cerita duka, pendapat mereka ni aku rasa lebih balance.

Daripada input yang kita dapat secara lisan, pembacaan, kajian dan perkongsian pendapat, kita dah boleh rumuskan apa yang kita perlu buat dan di mana boleh kita mulakan langkah. Ilmu kalau tak praktis dan amalkan akan berkubur macam tu saja. Dan amal kalau tanpa ilmu boleh sesat. So, kena ada dua-dua perkara tu bila kita mula melangkah.

Satu lagi sikap yang kita kena control ialah emosi dan sikap gelojoh. Disebabkan takut terlepas peluang keemasan, kita tak periksa betul-betul kemampuan dan kapasiti yang kita boleh tanggung. Akhirnya, diri sendiri yang merana. Hutang makin bertambah, profit yang dikejar masih belum membuahkan hasil. Sebab tu, setiap jenis investment yang kita buat, kita kena tahu apa kos dia, apa proses yang terlibat, berapa lama tempoh untuk kita dapat generate profit dan apa benda halangan dan peluang yang ada – alah, macam buat SWOT analysis gitu..

Bila ilmu dan pengalaman kita dah cukup, barulah kita boleh guna kaedah Tunggu dan Sebat!. Tunggu peluang timbul, dan sebat selagi dana dan kemampuan masih ada. Lepas tu, monitor portfolio-portfolio yang ada dari segi pengurusannya, pencapaiannya, masalah, peluang dan potensi untuk digabungkan dengan portfolio-portfolio lain yang boleh berkembang dengan lebih besar.

Apa pun, emosi dan ketamakan boleh membinasakan diri. Hati-hati dan sentiasa waras bila membuat tindakan dan keputusan. Bila yang ditunggu dah tiba, tepuk dada tanya kemampuan, barulah sebat hehehe..

Terima Kasih

9 thoughts on “Tunggu dan Lihat ATAU Tunggu dan Sebat

  1. md

    saudara ren.. selamat tahun baru, apa projek penulisan tuan tahun ni?.. semoga terus kreatif berkarya. terima kasih kerana sudi singgah di sini.

  2. rendra

    salam saudara.md. insya-Allah, tahun ini jika tiada aral saya kumpulkan puisi2 sendiri untuk buat satu buku. saudara, terima kasih – saya belajar dari blog saudara tentang kewangan & hartanah. semoga saudara dapat terus menulis dan berkongsi.

  3. md Post author

    @pie.. sifu Putra je dok main 10 lot sekali memukat… ambik 4pts profit dah kena 40pts sekali trade.. wow!

  4. 2bz4money

    Main CPO utk org yg handal2 ni..cukup pengalaman baca ‘candlestick’..buat masa ni portfolio saya pada tahap low risk (ASB/ASW) perlu stabil dulu, ada medium/high risk cam rumah sewa tapi selalu bangat masalah tenants..KPI 2010..Emaaaas..Diversification in minimize possibility to lose..

Comments are closed.