Seronok Kalau Usaha Menjadi

      8 Comments on Seronok Kalau Usaha Menjadi
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum kawan-kawan hehehe… lama betul aku dok diam-diam macam ayam mengeram hahaha.. kononnya nak relaks2… last2 lebih 3 minggu tak berupdate blog ni huhu…

Banyak jugak benda-benda berkaitan pelaburan dan hartanah yang aku involve awal tahun ni. Alhamdulillah, semua tu usaha yang kita kena buat untuk dapatkan hasilnya di kemudian hari nanti. Kalau korang ingat kisah pasal tenant GH aku dulu tu, kes tu sebenarnya takde la selesai dengan mudah. Aku lost beberapa ribu gara-gara tenant tu sapu bersih semua barang dalam rumah. Dah la gitu, kena repair pulak kerosakan-kerosakan zahir dan “batin” hahaha…

Apa nak buat kan, gitulah lumrah kita melabur. Ada yang untung, ada jugak masa yang modal kita lebur. Itu belum lagi aku cerita masalah dengan lawyer yang buat kerja lambat. Siap aku pulak terhegeh-hegeh nak kena follow-up dengan developer dan liquidator (pasal developer tu dah diistihar muflis). Memang kalau diikutkan, banyak benda baru aku belajar uruskan GH aku tu. Nasib baiklah kesemua kos dan masa yang aku habiskan tu berbaloi. Pasal apa berbaloi?…MV dia RM250K++ hehehe.. ada 3 stesen LRT dalam radius 1km, dan jarak ke KLCC hanya 2km saja.. wow.. jalan kaki pun boleh beb.. hehehe… ini kondo saya sangat suka… mantop!

Lepas tu, aku ada jugak dok jenguk2 nak beli tanah pertanian. Konon-kononnya nak pecah-pecah buat lot banglo gitu.. sekali harga yang ditawarkan mak aaiiii… boleh beli gajah sarkis 20 ekor… biar betul!. Terus kensel plan mau jadi jutawan tanah lot hahahaha… tapi aku ngan Fizal berlakon baik punya macam ada duit juta-juta, nasib baik brader penjual tu layan jugak kitorang time buat site visit hehehe.. lawak betul lah.. dalam poket ada 20 hengget saja, ada hati mau beli tanah 1.6 juta!!.. badut sarkis pun tak sampai hati nak buat lawak cam kitorang…huhu..

Lagi apa ye (padan muka, dah berkarat otak mau update cerita-ceriti), haaa.. si pie dah start main CPO dah.. itu orang dia buat apa pun jarang yang tak berjaya. Hari-hari dapat positive results saja. Paling sengkek 2 points, ada tu sampai 19 points satu hari. Korang cuba darab dengan RM25 hengget, berapa tu?.. hehehe itu baru satu lot. Tapi ini investment untuk orang yang confirm takde masalah jantung dan darah tinggi saja. Pasal dia punya sentap time loss.. huh!.. tak berani nak makan nasik wooooo…. takde selera seminggu!

Aku ada la jugak trade kecil-kecilan dalam CPO ni.. tapi masih di tahap loss!.. banyak kena belajar untuk ampuhkan lagi teknik buat analisis teknikal (TA). Kawan-kawan yang dok trade CPO pun dah mula ramai. Kitorang ada jugak share tips-tips yang boleh bantu untuk park order cara betul dan kurang berisiko. Tapi semua masih dalam peringkat experiment. Takut nak share jadi ajaran sesat pulak hehehehe…

Projek service apartment Datuk Keramat aku akan start pertengahan tahun ni. Akhirnya plan rumah diluluskan jugak oleh DBKL akhir tahun lepas. Tapi plan tu dapat kat tangan aku awal Januari ari tu. Lama gila aku tunggu kelulusan tu. Melepas dapat BLR rate menarik dari bank. Nak buat camne, dah proses dia makan masa. Sekarang aku dok evaluate quotation dari kontraktor-kontraktor yang aku pilih. Sapa bagi rate dan detail BQ yang bagus mengikut plan yang arkitek aku lukis, dia lah dapat. Projek ni mungkin ambik masa 6 bulan ke setahun jugak, bergantung kepada kehenseman pekerja kontrak dan kemachoan project manager tu nanti. Bila siap nanti, satu mercu tanda baru Kuala Lumpur akan memancar-mancar dari Kg. Datuk Keramat hahahaha…

Last sekali pasal projek JV beli rumah aku dengan pie dan rakan-rakan. Setakat ni dah 3 bijik JV aku ngan pie. KPI peribadi yang aku set tahun 2010 ialah 6 bijik. So 3 more to go. Modal memang paras-paras hidung je nih hahahaha.. tahun ni tahun membeli sampai tak lepas buat loan dah (tolong la abang-abang dan kakak-kakak banker, kasi lulus saya punya application) huhu…

OK la weh, aku takut korang boring gila baca entry merepek kali ni, aku sudahi dulu dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim…. (aku nak minum air tongkat ali daaaa…). Jumpa lagi bila ada kelapangan, korang jaga diri baik-baik dan jangan melabur skim cepat kaya, nanti menangis belakang pintu bila terkena..hehehe

Terima Kasih

8 thoughts on “Seronok Kalau Usaha Menjadi

  1. juruukur

    uncle.. kita betoi-betoi poyo daa.. he he he.. nak beli tanah 1.6M.. datang naik MyVi.. mana laa orang nak caya.. he he he

    lain laa.. naik Merc kee.. naik Volvo kee.. baru tuan tanah happy.. ada laa sikit konfiden..

    tak pee uncle.. beli barang mahal kena cam tuu.. muka kena seposen.. naik kreta kecik.. pastu kena pandai berlakon sikit..

    ingat apa.. orang kaya beli tanah.. hutang gak.. loan gak.. dia orang cuma pakai duit sendiri.. dalam 200K-300K jee.. yang lain tuu semua loan.. cuma dia orang tuu.. bank boleh bagi dia orang loan sampai juta-juta.. yang kita nii.. ciput-ciput.. he he he

  2. MattDemon

    huk aloh..uncle Dodi merendah diri plak…yg cerita untung berkoyan-koyan CPO tak cerita..:)

    Btw, good luck ngan projek service apartment…projek homestay@ganu jangan dilupa…modal celah gigi je…

  3. pie2020

    dodi ..
    boleh tak awkk buat pengakuann …sekarang cara trade awk serrupa cara saya tradee… heheheh ..
    wida tidakk percaya … awakk kasii satuu statement sikit sama dia .. hahahahaha

  4. Wida

    hahaha.. sy pulak kena.. saya percaya.. tapi kalau uncle dodi tunjuk.. bagus gak tu..sy pun mau belajar..

    dulu sy ada baca developer GH dah bungkus.. tak sangka betul cerita tu. harga beli 180+ kan? waa berbaloi-baloi.. bila mau jual.. hehe.. kes budak2 tu kata nak bagi barang.. report polis.. belum lagi ye?

    tanah tu 20 ekar ke? mahal betul..

    anyway, cepat tul uncle dodi kumpul rumah.. ni baru nak masuk bulan 2.. tahun ni plan 6 rumah – 3 to go..maknanya belum bulan 2 uncle dah beli 3 rumah tahun ni? wa wa.. sy sangat kagum!

  5. Himawari

    Salam…

    Saya berminat nk tawu lebih lanjut tntang umah kt datok keramat tu..?? Hak ni yg kt jln kent tu ke?? Tmpt dia ateh bekas asrama utm yg penoh misteri tu ke? Kalo btol nk gak tawu apartment ni beli ke sewa je?? tersangat la nk carik rumah kt area situ…

  6. md Post author

    @Himawari.. ini dekat kg. datuk keramat, bukan jalan kent. Dan service apartment ni nak develop sendiri, bukan dah siap dibina tuan.

Comments are closed.