Portfolio Pelaburan dan Persaraan

      Comments Off on Portfolio Pelaburan dan Persaraan
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Bila terbaca artikel di CNBC bertajuk “Two investing strategies – Your Portfolio and Your Retirement” memang rata-rata orang bekerja akan mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis bentuk dana sebegini sebagai “safety net” dan juga “mesin duit” yang perlu dijana sebelum kita bersara kelak.

Peri pentingnya kita merancang pelan persaraan bukan boleh dibuat main-main. Kalau kita harapkan EPF/KWSP saja, jawabnya tak sampai 5 tahun lepas bersara, kemungkinan besar kita perlu bekerja kembali atau mencuba-cuba untuk berniaga kecil-kecilan di tepi jalan, atau mengharap ehsan dari anak-anak yang bekerja (kalau diaorang mampu).

Rata-rata kita yang bekerja membuat potongan KWSP secara wajib dari duit gaji bulanan yang diperolehi. Berapa ramai yang rasa duit KWSP tu cukup bila kita bersara nanti?. Ada tak yang rasa macam tak cukup je? Ada tak yang dah berfikir macam mana cara nak wujudkan simpanan atau sumber pendapatan lain untuk menampung kekurangan duit KWSP tu?.

Macam mana nak tau duit KWSP tu cukup atau tak, just buat simple calculation. Katakan selepas 30 tahun bekerja (dari umur 25 tahun hingga umur 55 tahun), akaun KWSP kita ada dalam lingkungan RM500K (contoh saja, ada yang gaji besar boleh cecah juta-juta dalam KWSP). Katakan pula, dari umur kita 25 tahun, kadar inflasi tahunan ialah 2% (andaian saja), so kalau didarab dengan 30 tahun, kadarnya ialah 60%.

Jumlah duit KWSP masa umur 55 tahun RM500K x jumlah inflasi 60% = RM300K. Wow!… RM300K hangus sebab inflasi, RM200K je kuasa beli duit kita yang tinggal. Cukup tak RM200K?. Ye lah, sekarang nasi lemak masih boleh dapat harga RM1, 30 tahun akan datang, maybe dah RM10. Sama jugak dengan nilai duit kita, RM500K sekarang maybe nampak macam besar, tapi 30 tahun akan datang, nilainya tak sebesar mana, sebab tu kita ambik kira kadar inflasi tahunan untuk congak berapa anggaran duit yang betul-betul kita boleh “enjoy” pada masa akan datang.

Sebab tu lah, kita tak boleh harapkan duit simpanan KWSP saja untuk bekalan hari tua. Betullah, rezeki Allah dah tetapkan, buat apa nak kecoh-kecoh. Tapi kita digalakkan berusaha supaya kita tak menyusahkan orang. Tak sampai hati nak siarkan kisah sedih kita tak mampu tampung kos perubatan dan sengsara dengan kepayahan hidup dalam surat khabar atau rancangan di TV. Sekarang kita masih mampu merancang dan berusaha. Gunalah akal dan kudrat yang ada untuk cari sumber rezeki yang halal dan berdaya maju.

Gabungkan pelan persaraan melalui pendapatan dari pekerjaan, pelaburan, urusniaga saham dan saham amanah (unit trust), akaun simpanan dan sebagainya. Monitor setiap jenis portfolio berkenaan supaya sentiasa mengikut matlamat dan objektif yang kita mahu. Hatta pendapatan dari komisen mempromosi homestay kawan-kawan pun, kalau dibuat selama 30 tahun dah berapa banyak dah tu dapat kutip hehehe… yang penting macam mana kita nak “beat” kadar inflasi tahunan agar simpanan kita tak terjejas pada masa depan.

Bila kita mampu untuk generate pulangan dari pelaburan melebihi kadar inflasi tahunan, kita sedang berada di landasan yang betul. Contoh, kalau inflasi 2% setahun, kita cuba cari portfolio pelaburan yang boleh dapat at least 4% setahun dari jumlah pelaburan atau wang yang sama.

Harap-harap, kita sempat la buat perancangan yang betul. Kalau tak, kena belajar hidup besederhana dari sekarang dan selalu berpuasa. Bagus gak tu, pahala dapat, badan pun sihat. Renung-renungkan, dan selamat berusaha 🙂

Terima Kasih