Projek Datuk Keramat Dah Nak Start

      10 Comments on Projek Datuk Keramat Dah Nak Start
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum Yob!. Wow, leka tengok world cup ke wei. Cuti sekolah budak2 pun dah habis. Sempat jugak aku bawak family aku bercuti kat Melaka ari tu. Best bangat lepak kat Kondo Samudera, Pantai Puteri. Sakan anak-anak aku main kolam renang besar dia dan jalan-jalan kat Bandar Melaka. Sapa yang nak bercuti dengan kos bajet, boleh check website PMCResort.com. Esok start la jem balik jalan kat KL tu. Kalau tak, aman damai je pagi2 hehe..

Lama betul aku rasa penantian projek rumah datuk keramat aku ni hehehe.. dari tahun lepas lagi tak start-start. Macam-macam halangan dan cabaran kena tempuh. Tapi harapnya kali ni boleh start seperti dijadualkan.

Jumaat minggu lepas, bank officer dah call. Letter offer akan dikeluarkan minggu ni. Yahooo!!!… walaupun margin of finance just 80% saja, tapi kira oklah daripada kena keluarkan 100% modal sendiri ye tak hehe.. Lepas sign LO nanti, baru aku boleh bagi official notice pada tenant rumah sewa datuk keramat sekarang untuk mereka kosongkan rumah dalam tempoh 1 bulan.

Projek dijangka bermula bulan Ogos ni nanti. Hahaha, dah nak masuk bulan puasa tu Yob. Harap-harap jangan ada pekerja yang buat rumah tu ponteng puasa dah ler..hehe.

Proses apply loan takde masalah sangat sebenarnya. Yang jadi problem ialah aku kena main ngan arkitek. Aiya, nak murah dan tolong “orang kita” punya pasal, last-last kita kena konar hehe.. Nak buat macam mana, aku bukannya nak semua benda ni jadi, mungkin jugak ada hikmah. Walaupun aku tak berapa puas hati sebab melepas dapat rate loan yang best tahun lepas gara-gara wayang kulit yang aku kena tengok dan tunggu.. huhu..

Projek rumah ni aku dah cerita lebih kurang dalam posting dulu-dulu. Kalau korang rajin, selak baliklah. Simple je, buat banglo 2 tingkat. Tingkat bawah bagi mak mertua aku duduk, tingkat atas buat sewa. At least, sewaan tu boleh la cover sikit installment loan yang akan aku bayar bulan-bulan nanti.

Nak cerita lebih-lebih pun, projek tak start lagi. Nanti aku update progress dia macam mana bila dah start nanti. Excited pun ada nak tengok projek tu bermula. Loan paling bagak pernah aku apply seumur hidup.. lepas ni makan roti cicah air sirap je la weii haha..

Kalau ada yang nak tanya proses nak buat rumah sendiri pun boleh. Sila tanya kat ruangan komen, nanti aku sharelah apa yang patut dan tak patut hehehe…

Terima Kasih

10 thoughts on “Projek Datuk Keramat Dah Nak Start

  1. kamal

    Salam

    Ini loan under construction ke uncle? Pakai bank mana?
    Apa document perlu ada?

    Maaf banyak tanya 🙂

    1. md Post author

      ye loan for new construction. cimbeng. dokumen biasa jugak macam dia mintak untuk buat loan rumah biasa. Cuma tambahan kena ada approved plan dari DBKL (untuk KL), quotation dari contractor berdaftar (dia akan investigate latar belakang contractor) dan few other things.

  2. pie2020

    tahniah tuan developer.. bila nak rasmi kan .. sila panggil makan makan yerkk .. bbq kambing golekk .

  3. Shahriz

    Ape kabor papa Dodi? Igt lagikah saya….hehe…

    Wahh…dah nak jadi pemaju perumahan dah…baguss…bagus…tahniah…teruskan

    1. md Post author

      Yo.. orang kaya Shahriz, lama tak jumpa.. sure sudah jadi jutawan sekarang kan. Sila bank-in dua ratus ribu ke account saya bleh?.. huhu

  4. lyana

    nak tanyalah..kalau nak beli pelan rumah yang macam ni (2 tingkat tapi bawah pintu lain atas pintu lain) kat mana ya? ada ke plan macam ni..sbb tgk kat kl berlambak rumah macam tu..

    1. md Post author

      lyana, boleh tanya architect pasal pelan-pelan rumah nih. diaorang expert.. bagitau je berapa squarefeet nak buat, dia akan propose macam2 design. janji bayar hehe

  5. Shahriz

    Hehe…belum jutawan lagik. Dlm pembikinan….hehe…Stu hari nnt kita jumpa minum teh tarik sama brader Pie2020, mau tanya tip terbaikk….. Manyak dasyat itu olang sikalang. Dulu sama-sama merempit dlm 4strokers…hahahaha…Itu citer lama.

    Semua sihat ya skrg …..anak2 sume sihat ke?… @md

  6. hanim

    Mohon pada sesiapa yang ada maklumat berkenaan rumah sewa (bukan bilik) di Kg Dato Keramat Kuala Lumpur atau kawasan sekitarnya. Sebolehnya berdekatan dengan lrt putra. Kemasukkan bulan 10 atau 11.

    Terima kasih.

Comments are closed.