Subsidi kena potong, Inflasi makin naik

      Comments Off on Subsidi kena potong, Inflasi makin naik
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Wow, subsidi minyak ngan gula kena potong yob…

Nak buat macam mana kan, itulah hakikat kita hidup dalam sistem ekonomi moden ni. Pendapatan tak meningkat sangat, tapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berganda-ganda… mana tak pening kepala, makin ramai ler orang nak buat “double job” atau part time.

Bila tak berbelanja, nanti ekonomi pulak tak jalan (bak kata sesetengah orang), tapi bila berbelanja macam biasa pulak, kang takut tak sempat nak control bajet keluar-masuk. Yang keluar lebih banyak dari yang masuk (sekarang ramai orang suka guna word masyuk, merosakkan bahasa pulak. Orang DBP sila marah.. huhu)

Dorongan kepada kenaikan harga ni bukan boleh disekat pun. Mula-mula memang lah tak nampak naik sangat, tapi lama kelamaan dia jadi macam chain reaction. Minyak naik harga, lori angkut pasir (ooppss!!) naikkan harga pasir sebab nak cover cost bahan bakar, pakcik Bakar jual karipap pun naikkan harga karipap sebab lori angkut ubi dan gandum naikkan harga sama. Makcik Senah jahit baju pun terpaksa naikkan harga upah menjahit gara-gara jarum dan benang pun dah naik harga. Begitulah seterusnya sampai kepada pengguna akhir yang takleh buat apa-apa selain pasrah pada inflasi.

Kita tengok pada sudut positif pulak, bila dah jadi macam ni, sepatutnya kita lebih giat untuk melihat peluang dan meningkatkan produktiviti supaya pendapatan kita jugak dapat ditingkatkan. Kalau yang makan gaji tu maybe kena tunggu penilaian prestasi tahunan (KPI) baru dapat ditentukan bonus dan kadar kenaikan gaji (kalau ada). Sambil-sambil tunggu kenaikan tu, boleh jugak intai-intai peluang buat pasif income yang ada. Yang paling mudah, promosikan produk dan barangan orang lain. Dari situ, boleh kutip komisen. Contoh paling dekat, kalau anda promosikan penginapan di PMC Resort, pie akan bagi komisen kat korang (betul kan pie.. hehehe)

Tak kiralah apa benda pun yang boleh buat duit halal, sekarang ni kita kena buat. Jangan pulak sampai terabai tugasan hakiki, nanti jadi bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Pandai-pandailah bahagikan masa dan laksanakan tanggungjawab.

Bagi yang dok garu kepala sebab kena tanggung kos-kos melepas akibat kenaikan harga barang, bawak-bawaklah bersabar. Mudah-mudahan ada jalan lain untuk cover losses tu dan generate more income dalam masa yang sama. Meniaga macam tu lah, ada naik ada turun. Tapi jangan tak buat apa-apa pulak, kena cepat-cepat susun strategi untuk tangani keadaan semasa. Kalau tak, sendiri mau ingatlah, boleh gulung tikar yob…

Akhir sekali, elok jugak kita belajar bawak bekal gi pejabat, di samping boleh berjimat, boleh jugak “jaga badan”. Ye lah, faktor utama obesiti ni sebab kita makan banyak. Bila makan pulak, asyik-asyik nasik. Kalau bawak bekal, kita boleh tukar-tukar sikit. Hari ni makan nasik, esok makan buah, lusa makan lempeng.. huhu..

OK yob, selamat berbajet secara bijak.

Terima Kasih