Jangan Main ikut-ikut Je Kalau bab duit

      Comments Off on Jangan Main ikut-ikut Je Kalau bab duit
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Bab duit ni, ramai yang dah kena tipu. Tipu bukan sikit-sikit, kena banyak ribu yob. Ada yang juta-juta kena songlap dek kerana percaya dengan janji manismu.. huhu..

Puasa pun nak dekat dah yob, yang tak ganti lagi tu, cepat-cepat sikit. Kang dah tak sempat kena double pulak tahun depan huhu..Ramai jugak yang dah siap-siap prepare baju raya walaupun puasa pun belum start wakakaka.. aku pun sama, minggu lepas lagi dah gi tempah baju melayu huhu.. kononnya takut tak sempat siap. Jem giler masa nak pegi ke jalan tuanku abdul rahman. Orang dari mana datang pun tak tau, nak buat apa lah ramai-ramai ke situ? macam aku ni ye lah nak pegi tempah baju huhu..

Aku perasan walaupun ramai orang pegi shopping complex, jalan-jalan dan cuci mata, cuba korang tengok kedai-kedai yang ada dalam shopping complex tu, yang lot-lot kecik tuuu.. kadang tu aku tengok termenung je pekerja dia dok tunggu pelanggan masuk. Kesian pun ada. Ada sekali tu aku pegi kat satu pasaraya ni dekat area rumah aku. Keluar je dari kaunter bayaran, aku nampak kedai aksesori henpon. Saja singgah nak beli pouch henpon, apek tu siap macam nak tertidur hahaha.. dia cakap bisnes teruk, takde orang maaa… sambil muncung.

Bila bisnes tak berapa laku, macam-macam cara orang mula fikir nak dapatkan duit. Mula lah dengan macam-macam skim cepat kaya dan iklan takyah kerja penat-penat, hari-hari duit masyuuuukkk (huhu..ini bukan peraduan hotFM tu). Siap tak cukup dengan promosi secara bersemuka, habis kawan-kawan dalam facebook “ditagnya” dengan iklan skim cepat kaya. Wow… macam-macam gaya yob.

Bukan aku nak cakap promosi skim lagu tu salah. Sapa pun boleh buat promosi, tapi yang baca promosi tu kena hati-hati sikit. Jangan main ikut aje masuk program pelik-pelik ni. Sebab dah tertarik dengan janji pulangan yang lumayan, kita terjerat masuk dalam skim yang tak disahkan oleh kerajaan.

Kalau ada yang dapat pulangan pun, benda tu aku syak mesti ada had dia. Silap gaya, kita yang baru masuk ni dah tercorot sekali dalam level agihan dividen atau bonus. Huhuhu… makan serdak aje la yob. Itu pun kalau ada, silap gaya duit pelaburan entah ke mana, dividen lagi la tak nampak bayang.

Aku masih percaya pada jenis pekerjaan yang old-school. Iaitu, takde benda senang kalau tak berusaha bersungguh-sungguh. Kalau semua orang tak payah kerja sungguh-sungguh harap dapat duit mudah, aku rasa takde sapa la pulak nak jadi pekerja cuci jamban. Dah payah la pulak nak makan nasik lemak atau burger tepi jalan. Semua orang dah kaya, apa ke hal pulak nak sibuk-sibuk kerja cam tu ye tak?

Yang semolek-moleknya ialah, kita guna akal fikiran untuk nilai mana baik, mana yang betul. Jangan main semberono aje bak kata orang Jawa. Kalau kita pasti betul-betul benda yang kita nak buat tu ada kesahihan dari segi perjalanan bisnes, prosidurnya, tidak menyalahi undang-undang dan adil untuk setiap yang terlibat, maka bolehlah kita cuba dulu sikit-sikit. Kalau dah selesa dan makin yakin, baru lah masuk lebih sikit.

Apa yang penting sekali ialah, duit yang kita nak cari tu, biarlah halal puncanya. Bukan dari penindasan atau menipu orang dengan macam-macam taktik yang mengelirukan. Kita pun boleh rasa bila buat benda tu. Kalau rasa semacam je, hah tu petanda tak berapa best tu. Elok hindarkan. Anak bini yang tak tau menahu dok makan hasil yang kita cari dengan cara yang was-was.

OKlah yob, mudah-mudahan kita semua dapat kejayaan dalam apa juga yang kita usahakan. Puasa dah tak lama, aku nak mintak maaf lah kalau ada salah-silap masa aku tulis apa-apa kat blog ni. Biasala kita ni manusia lemah, mesti ada buat silap punya. Korang punya salah pun aku mahapkan jugaklah hehehe…

Kita jumpa lagi di lain siaran…Assalamualaikum…

Terima Kasih