Update projek Datuk Keramat

      1 Comment on Update projek Datuk Keramat
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Dah seminggu kita berpuasa ya, sedar tak sedar cepat je masa berlalu. Harapnya semua kawan-kawan kat luar sana masih tabah dan mantap amal ibadah masing-masing. Ye lah, peluang untuk dapat “BONUS” buat pahala bulan ramadhan ni bukan kita tau ada lagi ke tak. Masa diberi peluang keemasan ni, baik kita rebut betul-betul dengan niat yang ikhlas untuk dapatkan balasan dari Allah, insyaAllah.

OK, aku nak update sikit progress projek rumah datuk keramat. Dah masuk minggu ke-3 dah projek tu. So far site dah diratakan dan latest update dari contractor pagi tadi, footing telah dikorek dan dimasukkan konkrit untuk penyediaan tapak dan tiang rumah. So kiranya progress on-track.

So far, contractor dah claim 10% upon signing construction agreement hari tu. Lepas ni aku kena bayar lagi advance claim dalam 10% untuk kerja-kerja awal  sebab bank hanya akan release claim beserta bukti progress. So kena ada gambar dan structure yang dibuat barulah boleh hantar claim ke bank. Kiranya, aku kena ada standby fund untuk make sure project ni tak tergendala sementara nak tunggu claim dari bank release.

Minggu lepas, aku dah pegi buat site visit dengan contractor. Masa tu, pekerja-pekerja sedang sibuk kerat besi, buat framework dan ukur perimeter untuk keluasan tapak rumah. Memang tak nampak apa lagi lah, tapi aku puas hati sebab projek dah jalan.

Korang pun tau berapa lama aku dok push biar projek ni jalan since last year lagi. Macam-macam dugaan aku kena lalu. Alhamdulillah, ambik berkat bulan ramadhan, projek dah pun start.

Nanti aku update lagi dengan gambar untuk share ngan korang. Kot ada yang nak buat rumah sendiri, bolehlah rujuk atau nak discuss apa-apa kat sini.

Selamat berpuasa kawan-kawan 🙂

Terima Kasih

One thought on “Update projek Datuk Keramat

Comments are closed.