Update Projek Datuk Keramat 22.09.2010

      2 Comments on Update Projek Datuk Keramat 22.09.2010
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Alhamdulillah, sedar tak sedar, puasa ramadhan dah pun habis. Sekarang ni kita sakan dok beraya pulak lah. Bagi yang berkesempatan, jom pakat puasa 6 hari bulan syawal pulak. Fadhilat dia seumpama kita berpuasa selama setahun. Best tu.

OK, aku nak update progress projek banglo datuk keramat aku tu. Sekarang ni construction dah sampai stage 1st floor slab. Last sebelum aku balik raya kat kampung ari tu, aku sempat snap gambar kat tapak projek. Sejak balik raya, belum sempat pegi jenguk lagi tapak projek, insyaAllah minggu ni akan turun ke sana.

Dalam sibuk dok beraya ni, ada macam-macam benda jugak aku buat, terutama melibatkan pengurusan kewangan projek rumah ni dan juga nak consolidate perubahan BFR ke atas loan-loan semasa. Kalau bukan atas dasar melabur, penat jugak lah nak monitor semua ni. Tapi setiap pengorbanan insyaAllah ada ganjarannya. Kena bersabar lah sikit, baru dapat hasilnya.

Kalau korang rajin belek-belek posting lama, aku ada cerita beberapa tips dan kaedah macam mana kita boleh lipat gandakan keuntungan dari projek hartanah ni. Aku suka fikir kaedah-kaedah yang praktikal sebab dengan cara tu, aku boleh calculate modal yang diperlukan, kos-kos hangus dan terselindung, juga pulangan kasar yang bakal diperolehi. Dari situ, senang nak mulakan langkah.

Masa bulan puasa lepas, aku terlepas peluang untuk beli sebidang tanah di kawasan pesat membangun dekat kampung aku. Jarak dia lebih kurang 2km saja dari kawasan perumahan yang pesat membangun. Tanah dusun, tapi dekat dengan bandar. 2 ekar je, tapi harga dia aku rasa menarik dan berbaloi. Cuma bukan rezeki, lambat buat deal hehehe..

Cadangnya, tanah tu akan diconvert ke lot-lot banglo dan jual dulu 1 ekar. Hasil keuntungan dari jualan lot-lot banglo tu pulak, akan digunakan untuk bangunkan rumah Semi-D secara berperingkat-peringkat dekat tanah baki 1 ekar lagi tu. So, abis jual semua Semi-D tu, boleh lah cari lagi tanah lain untuk replicate model bisnes yang sama. Ulang-ulang camtu saja, bolehlah kita rasa duduk goyang kaki kat rumah saja masa tua huhuhuhu…

Takpe, insyaAllah, ada la lagitu peluang kalau ada rezeki. Yang penting, kena tahu macam mana nak uruskan projek juta-juta tu bila dah dapat peluang dalam tangan. Wow-wow… best kan kalau semua tu mudah seperti yang diharapkan. Sekarang ni, modal pun banyak dok keluar, kena sabar dulu lah beberapa ketika.

Hujung minggu ni banyak betul jemputan rumah terbuka dan kenduri kahwin. Anak sedara aku pun kahwin hujung minggu ni. So, mintak maaf banyak-banyak dekat rakan-rakan yang ajak datang ke kenduri atau rumah terbuka sebab bertembung dengan program keluarga. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Peruz yang akan melangsungkan perkahwinan pada 25 September ni.

Kepada yang memandu untuk ke sesi rumah terbuka tu, pandulah berhati-hati. Semoga tuan rumah yang menjemput kita tu beroleh rezeki halal yang berlipat ganda, insyaAllah.

Terima Kasih

2 thoughts on “Update Projek Datuk Keramat 22.09.2010

Comments are closed.