Nak Jadi Consultant Projek Rumah Pulak

      4 Comments on Nak Jadi Consultant Projek Rumah Pulak
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Hehehe… best tak tajuk kat atas tu… macam bagus je kan. Well, sejak aku dok berkecimpung dalam melabur dalam bidang hartanah ni, makin lama makin banyak pengalaman yang aku dapat secara langsung dan tidak langsung. Walaupun ilmu tu banyak lagi yang perlu digarap dan dipertajamkan, aku rasa ramai yang boleh dapat manfaat kalau sama-sama amalkan.

Contohnya, macam mana nak create pendapatan sampingan dari projek hartanah. Kalau yang ciput-ciput macam dapat kutip duit sewa tu, rasanya tak sesusah mana pun teknik dia. Beli property yang below market value samada dari direct owner, pemaju, atau lelong. Kemudian sewakan ikut market value, sambil dapat lebihan pendapatan (pasif) untuk cover loan (kalau dipajakkan ke bank) dan kos pengurusan yang lain.

Yang lebih best ialah, develop property sendiri dan jual!. Ada dua peluang. Satu dari tanah dan satu lagi bina bangunan atas tanah. Kalau korang selak-selak posting lama aku, ada jugak aku dah jelaskan sikit sebanyak. Tapi mungkin ramai yang masih tak jelas ataupun sibuk untuk uruskan sendiri langkah-langkah untuk buat projek rumah sendiri untuk tujuan pelaburan.

Aku ada discuss dengan kawan aku yang kerja contractor. Dia pulak ada kawan yang kerja arkitek. Kawan dia tu pulak ada kawan yang buat C&S, M&E dan segala benda mak nenek pasal construction industry. Juga, dalam link kawan-kawan ni jugak, ada yang bagi service legal (lawyer la tu), banker, insurance, surveyor, valuer dan sebagainya.

Pendek kata, mereka semua ni diperlukan bila kita nak jadi property developer secara kecil-kecilan. Nak jadi level besar tu, aku takde simpan cita-cita pun lagi, pasal sepak terajang dia macam lain. Ini cukup untuk projek celah gigi aje, tapi berbaloi-baloi compare dengan nak beli property dah siap dan refinance atau jual balik untuk dapat untung.

Saja nak share cerita, dah 2 kali dalam tempoh 2 bulan ni, aku ter’miss’ peluang untuk dapatkan tanah yang berada di lokasi best. Gara-gara nak fikir masak-masak hehehehe… yang terbaru semalam. Aku patut call sehari sebelumnya, tapi sebab nak cool je dulu, bila aku call je seller, dia cakap “baru setengah jam tadi ada orang nak beli, deal closed.” Huhuhu…. baru nak suruh abang aku pegi check lokasi tu, dah melepas.. kui kui kui… ayah aku cakap, takpe, ada lagi rezeki lain hari, so aku percaya cakap ayah aku tu, so marilah cergas berusaha 🙂

So berbalik pada cerita aku hari ni, kalau ada sapa-sapa yang mempunyai tanah di lokasi yang hebat dan strategik, dan terasa nak “makan lebih”, boleh upah aku incharge project korang… wow!. Bukan apa, sambil-sambil aku dok cari peluang sendiri, apa salahnya aku tolong orang yang berhajat.

Fees dia boleh discuss, janji sama-sama happy. Ianya akan jadi lebih kepada facilitating the execution of the project, bukan nak jadi main-contractor, etc. Dengan cara macam ni, korang boleh belajar sama steps-steps nak jadi tokey rumah sendiri. Kalau taknak jadi tokey pun, next project boleh pass kat aku lagi huhuhuhu..

Oklah tuan-tuan dan puan-puan, didoakan semoga semuanya beroleh ketenangan hidup dan rezeki yang barakah. Amin.

Terima Kasih

4 thoughts on “Nak Jadi Consultant Projek Rumah Pulak

Comments are closed.