Update Projek Rumah Datuk Keramat 23 Oktober 2010

      7 Comments on Update Projek Rumah Datuk Keramat 23 Oktober 2010
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Sabtu lepas, pergi melawat tapak projek sambil berbincang dengan kontraktor berkenaan progress construction dan isu-isu berbangkit. Meeting dekat site ni senang, masa bincang, terus boleh tunjuk dekat belah mana yang nak ubah, tokok tambah, atau diperkemaskan. Kalau tengok plan, cuma boleh bayangkan saje lah bila discuss tentang detail work.

Lagi satu, bila kita datang site, masa banyak boleh jimat. Sebab kita boleh terus check apa yang dibuat di site dengan apa yang terkandung dalam work schedule, BQ (build quantity), dan lain-lain document yang digunapakai untuk menyelia kerja-kerja pembangunan.

Tak perlu ada arkitek pun untuk check progress. Masa awal-awal sebelum projek dimulakan, kita dah boleh mintak contractor drafkan work schedule dengan percentage of work completion ikut stage-stage tertentu.  Nak kemas lagi, masukkan semua tu dalam construction agreement. Biar lawyer sign dan matikan setem. Terus jadi legal binding. So, bila kita buat lawatan ke site, kita tengok saja work schedule tu dengan percentage completion.

Kalau OK, so takde lah nak cakap banyak. Kalau tak OK, boleh lah “bercakap-cakap” sikit macam askar pencen hehehe.. takde lah, boleh lah tanya contractor apa pasal tak ikut plan ke, tak ikut schedule ke dan sebagainya. Kita dengar dulu penerangan daripada mereka sebelum nak balas balik. Jangan dok main terjah gitu saja. Kena ada bahan dan fakta di tangan baru senang nak push kalau kerja behind schedule. Duit di tangan kita, tapi komitmen kita nak dari contractor. So kenalah pandai-pandai manage project dengan baik. Jangan tak ambik peduli langsung.

Ada orang, dia akan mintak arkitek selenggara setiap stage project dan buat laporan kepada mereka. Ini pun bagus. Terutama bagi yang takde masa. Tapi charge dia pun ada “up” sikit lah. Sebab satu kerja pulak arkitek tu nak jadi project manager kita. Kalau projek ciput-ciput ni, baik kita urus sendiri je. Ambik tahu apa yang berlaku. Bukan susah mana pun, cuma kena spend masa dan berpeluh ketiak sikit lah pergi sana-sini untuk check status dan progress.

Lepas dah abis meeting dengan contractor, terus ke rumah pak mertua tak jauh dari situ. Sambil-sambil makan apam balik dengan teh panas, pak mertua bagi surat kat bawah ni. Nak kata surat cukai tanah bukan pulak. Slow-slow aku baca.

Surat dari Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Surat cadangan untuk tukar status tanah rumah datuk keramat aku tu jadi hak milik tetap. Sebelum ni hak milik sementara. Yahoo!!… Syukur alhamdulillah. Mintak-mintak dipermudahkanlah semua urusan yang perlu diselesaikan nanti.

Rezeki anak-anak kan 🙂

Terima Kasih

7 thoughts on “Update Projek Rumah Datuk Keramat 23 Oktober 2010

  1. juruukur

    salam uncle.. uyoo dah tegak umah uncle.. bagus bagus.. dari jauh dah nampak uncle

    uncle.. surat dari pej tanah tuu.. bagus uncle cepat2 bayar… nanti uncle akan dapat geran baru.. ganti hakmilik sementara kepada hakmilik kekal

    bagus ada hakmilik kekal nii uncle.. nanti kita bole tau luas tanah uncle tuu betoi2.. bukan lagi luas sementara jee

    selain tuu.. kat tanah uncle.. jab ukur akan tanam batu sempadan..

    ok laa.. salam

  2. MattDemon

    Tahniah uncle..tiang dah tegak berdiri tue..:)
    bagus monitor sendiri..dapat pengalaman yg tak ternilai..

Comments are closed.