Jangan Pandang Belakang

      4 Comments on Jangan Pandang Belakang
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Apa benda pulak jangan pandang belakang ni weii… hahaha… ingat dalam filem je ada cerita seram, kat dunia nyata ni pun tak kurang jugak cerita seram dia. Tambah pulak kalau yang ada hutang keliling pinggang. Ekonomi masih tak menentu. Report cakap macam-macam perkembangan berlaku, tapi kita yang marhain ni dok terasa terhimpit dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Akhir-akhir ni, aku dok share pasal projek rumah aku yang sedang dijalankan tu. Alhamdulillah, progress so far so good. Sikit-sikit masalah tu biasalah, boleh diselesaikan bila dibawa berbincang. Bila discuss, kadang-kadang emosi boleh naik turun jugak sebab ianya melibatkan belanja dan masa.

Bila kita menggunakan dana dari duit pinjaman bank, atau duit cagaran atas aset yang kita ada dan sebagainya, masa dan kecekapan pengurusan projek amat penting. Dalam banyak kes, biasanya progress payment atau claim jadi lewat daripada jadual yang ditetapkan. Ini mengakibatkan, projek boleh tergendala sebab modal tak cukup untuk beli barang, bayar gaji pekerja, pengurusan dan macam-macam lagi. Tambah-tambah kalau kita buat projek kecik-kecik, semua ni akan jadi kudis dan nanah bila tak dirawat segera.

Paling best, setiap kali kita nak buat projek berskala sederhana dan besar dari segi jumlah modal yang dikeluarkan, kita patut ada dalam 50% dari modal yang diperlukan. Lagi best kalau ada 80% dan yang terbest among the bestest hhahaha.. ialah kalau ada modal 100%. Ini paling mustajab untuk buat projek, takde kita terhegeh-hegeh nak kejar bank suruh release claim pada contractor tiap kali progress claim dihantar.

Benda ni dah jadi lumrah, bila kita meminjam, si pemberi pinjaman akan kenakan macam-macam syarat kat kita. Masa dapat offer letter pinjaman, kita just interested nak tahu berapa loan kita yang diapprove, monthly installment, interest rate dan jangka masa bayaran balik pinjaman. Lepas tu, kita tenyeh tandatangan sebab nak dapat loan tu cepat-cepat. Pada kita, semua ayat-ayat terma dan syarat dalam surat tawaran tu “standard” dan biasa untuk apa-apa loan. So kita ignore dan malas untuk bertanya dengan detail, macam mana loan tu diuruskan nanti.

Kalau loan yang kita buat tu untuk property sudah siap, kira straight forward je lah. Once S&P dan legal documentation antara pembeli dan penjual ditandatangan, bank akan disburse loan kita tu semua sekali kepada pemaju atau penjual. Lepas tu, bulan-bulan kita akan serve installment macam ditetapkan.

Berbeza dengan loan untuk property belum siap atau dalam pembinaan, cara bank release duit ada macam-macam kaedah. Ada yang buat progressive disbursement, maknanya, bank akan release duit berdasarkan kemajuan projek. Lepas tu, peminjam akan dikenakan bayaran installment berdasarkan peratusan duit yang telah bank release untuk projek berkenaan. Sampailah semua duit loan tersebut release 100%, barulah peminjam akan dikenakan bayaran installment penuh seperti dinyatakan dalam surat tawaran.

Tapi ada kes, bank main silap mata (macam kes aku sekarang la hahaha). Walaupun stage projek masih belum siap 100% dan bank belum pun release 100% duit untuk projek tu, aku dapat surat dari bank minggu lepas untuk mula membayar installment penuh!. Pelik bin ajaib. Aku selak offer letter, takde pulak detail pasal pecahan pembayaran installment. Offer letter tu standard je macam loan rumah biasa. Document lengkap loan masih diproses oleh lawyer, maybe dalam tu ada tulis pasal pecahan bayaran ni, aku kena pastikan.

Bukan apa, kira macam tak aci lah. Duit tak disburse 100% lagi, tapi kita dah serve loan installment 100%. Ini dah dikira menipu dalam terang. Dalam kisah seram pun, at least sebelum mangsa kena hisap darah dek hantu, ada la dulu adegan kejar mengejar dan sorok-menyorok. Tak thrill la hantu terus dapat tangkap mangsa dan hisap darah macam tu aje.

Nanti aku update kisah aku bercakap dengan “hantu” untuk siasat kes ajaib ni hehehe…

Terima Kasih

4 thoughts on “Jangan Pandang Belakang

  1. mat

    cuba pertimbangkan kes ini samaada logik atau tak. rumah dah siap dan telah diduduki hampir 5 tahun tetapi peminjam dikenakan progressive interest ke atas duit yang telah di disburse oleh pihak bank kepada pemaju. progressive interest adalah caj yang dikenakan kepada peminjam jika pemaju gagal menyerahkan memorandum of transfer(MOT) atau geran pemilikan. sampai sekarang.. installment belum start bayar kerana pihak bank memberi alasan yang sama iaitu disebabkan masih ada 2.5% wang yang belum release (ini kerana pemaju gagal serah MOT). maka progressive interest akan dikenakan sehinggalah masalah penyerahan MOT selesai iaitu duit peminjam dapat didisburse 100% kepada pemaju. sampai sekarang peminjam terpaksa bayar RM1100 sebulan untuk pinjaman bernilai RM195,000. tapi pokok pinjaman langsung tak berkurang. cuba bayangkan jika masalah MOT ini selesai 10 tahun lagi. bayangkan masa itu baru start bayar installment. Bila agaknya hutang tu akan habis ye? kalau jutawan tak pelah. tapi kalau orang yang berpendapatan sederhana macamana?

    1. md Post author

      @mat.. cuba contact lawyer yang uruskan pinjaman ni, maybe ada solution kepada masalah MOT lambat settle. Juga boleh buat aduan kepada CRU (customer resolution unit) bank yang memberi pinjaman. Jika CRU bank berkenaan tidak dapat selesaikan, kemukakan aduan rasmi kepada Bank Negara untuk penyelesaian muktamad. Kita sebagai customer ada hak untuk diberi pertimbangan sewajarnya bila masalah menekan/menindas diri kita. good luck!.

Comments are closed.