Update Projek Rumah Datuk Keramat 30 NOV 2010

      1 Comment on Update Projek Rumah Datuk Keramat 30 NOV 2010
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Entry kali ni lebih kepada nak share progress semasa rumahku syurgaku di datuk keramat, KL. So far so good, walaupun duit makin lama makin surut huhu…. adatlah beb, buat rumah memang laju macam air terjun je duit keluar.

Walaupun duit loan kita dapat, tapi duit sendiri tetap akan digunakan terutama projek yang menggunakan pinjaman yang ikut progress claim. Nanti kalau projek rumah ni dah siap 100%, aku cadang nak buat satu ebook pasal cara-cara nak buat rumah sendiri menggunakan duit pinjaman.. huhuhu.. ada ke orang nak baca nanti?

Minggu lepas, tingkat bawah rumah sedang dalam proses memasang plaster ceiling. Bilik utama dah disiapkan, tingkap pun dah pasang. Cuma nak tunggu tiles lantai dan pintu dipasang, lepas tu dah siap satu bilik, kecuali cat. Bilik ni perlu siap dulu sebab nak masukkan barang-barang dalam stor di luar rumah. Kerja-kerja pembersihan bahan binaan dan kayu-kayu yang tak perlu akan dibuat sebelum driveway, septic tank dan apron disiapkan.

Target rumah ni siap sepatutnya akhir tahun ni, tapi biasalah mesti ada delay punya atas sebab-sebab tertentu. Walaupun kerja-kerja besar kebanyakkannya dah siap, tapi kerja kecik-kecik ni banyak dan perlukan ketelitian terutama finishing work.

So aku agak, dalam pertengahan Januari atau awal Februari 2011 baru semua sekali akan siap kalau takde masalah lain yang mengganggu. Sementara tunggu projek ni siap, aku tengah update kesemua portfolio pelaburan semasa sebelum akhir tahun. Cadangnya, tahun depan aku nak start new project. Project ciput-ciput je, tapi profit margin dia menarik. Tungguuuuuuuu….. 🙂

Cuti sekolah ni, aku tak plan lagi nak bawak family aku bercuti ke mana. Company aku pulak dah mandatekan (cuti paksa) cuti tahunan untuk semua staff dari cuti hari krismas sampai ke awal tahun. So nak tak nak, memang semua orang kena cuti dan tak payah datang office hehe. Jimat letrik kot, sebab kalau ramai yang bercuti, office tetap kena ON macam biasa walaupun 5% je yang datang. Bijak jugak idea HR ni untuk penjimatan.

Korang yang tak tau nak gi mana, boleh jugak pergi melawat ke pameran pertanian kat MAHA 2010, di Serdang. Dengar kata banyak gerai pameran dan macam-macam benda lagi yang ada. Tempat parking dia luas, tapi kena jalan jauh. Rasanya elok pegi belah pagi la sebelum tempat tu jadi padat dan sesak.

Selamat bercuti bagi kawan-kawan yang layan bercuti sekolah macam anak-anak. Hati-hati ketika memandu, musim hujan ni jalan licin, pokok banyak tumbang, so lebihkan waspada dan doa.

Terima Kasih

One thought on “Update Projek Rumah Datuk Keramat 30 NOV 2010

Comments are closed.