Kenapa Harga Rumah Meningkat

      1 Comment on Kenapa Harga Rumah Meningkat
Share this..
  • 1
    Share

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku baca berita minggu (surat khabar lerr) ahad lepas, 16 Januari 2011. Wow, berita muka depan tuuu.. “Harga flet RM200,000” wahaha.. flat kos rendah je tu beb, bukan condo!

Apa lagi, terus la baca berita tu. Siap ada sisipan khas kat bahagian dalam discuss fakta-fakta kenaikan harga rumah di bandar dan pinggir bandar. Aku heran jugak, kenapa pulak harga flat kos rendah boleh cecah RM200K?

Baca punya baca, rupanya harga RM200K tu ialah anggaran kenaikan bila flat berkenaan dijual semula (sub-sale) atau refinance pada masa depan. Hehehe, memang la harga akan melambung-lambung, sebab property dekat area situ sudah takde dan kawasan menjadi semakin hangat dan terbaik dari ladang. Otomatik harga dan demand pun meningkat.

Aku agak-agakla, berita macam ni macam disensasikan aje. Bukan apa, macam ada udang di sebalik rojak mee. Sebab, dalam minggu yang sama, ada berita di Business Times cakap market Condo dan hartanah seumpama tu dah “oversupply”. So, bila terlebih ni, biasanya harga akan turun. Tak banyak pun mesti turun jugak. Tiba-tiba keluar pulak berita cakap harga rumah flet meningkat. Hehehe.. korang fikir macam mana?

Sebagai peminat pelaburan hartanah, berita macam ni elok untuk dianalisa. Check dengan fakta dan “auta”. Sebabnya, dengan ruling terbaru tahun lepas, tak ramai sangat dah orang boleh beli hartanah ke-2, ke-3 dan seterusnya menerusi pembiayaan bank atau loan. 70% je lepas untuk buat loan, 30% lagi kena guna duit sendiri. Itu tak dicampur lagi dengan duit legal fees, valuation report dan kos nak masuk rumah.

Kalau beli subsale, mungkin boleh nego dengan penjual rumah untuk jual pada harga bawah market value (bertuah la kalau dapat), dan naikkan harga di S&P ikut market value atau lebih. Cara ni untuk dapatkan harga 70% loan hampir-hampir kepada harga 90%. Cumanya, legal fees secara otomatik akan bertambah jugak.

Pembeli hartanah kali pertama sepatutnya tiada masalah dengan situasi di atas. Pilih saja lokasi rumah yang berkenan. Check kelayakan pinjaman dan rancang jadual bayaran balik (installment bulanan). Lepas tu tentukan samada nak duduk sendiri rumah tu atau sewakan. Lepas 10 tahun, kalau rezeki anda baik, rumah tu akan naik harga sekali ganda!

Bagi yang tak mampu membeli rumah pula, nampak gayanya kenalah cari rumah sewa yang bersesuaian dengan bajet dan kemampuan diri. Kat sinilah tokey-tokey rumah buat duit. Sebab bila ada yang “mau”, ada pihak yang akan “bagi”. Basic supply-demand rules. So, masing-masing ada keperluan dan kemahuan.

Apa pun yang berlaku kat luar sana, kita kena tentukan sendiri apa yang kita nak buat. Ambil peluang, buat perancangan atau tengok saja apa yang berlaku sekeliling tanpa buat apa-apa. Ingat, setiap tindakan ada risiko dan peluang. Kaji satu persatu, dan pastikan anda tidak terkehel di hari kemudian 🙂

Terima Kasih

One thought on “Kenapa Harga Rumah Meningkat

  1. 2bz4money

    tu projection sales in future saja. byk permainan flipping kat sini. beli atas tujuan pelaburan secara sewaan/jual. apabila blr/bfr naik, ada tendency naik harga sewaan dan margin profit rumah. realitinya, w/pun market price quite high tapi, mesti kena ada willing buyer. slps proses nego, kerapkali harga market price akan diturunkan. namun yg terkena dgn market price adalah willing buyer yg x buat survei..

Comments are closed.