Penting ke ada Medical Card?

      10 Comments on Penting ke ada Medical Card?
Share this..
  • 4
    Shares

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum sedara sedari, datuk-datuk tansri-tansri, hajjah dan haji sekelian. Amcam cuti hari Thaipusam semalam? penuh sesak shopping complex sekitar KL dengan manusia huhu… semua ambik kesempatan berehat-rehat sambil window shopping dengan family kan.. Kalau nak menempuh jalan dekat area Gombak-Batu Caves sana, memang cari nahas la time-time cuti macam tu.

OK, aku teringat satu cerita dari seorang kawan sebenarnya. Tak ingat pulak apa cerita awalnya, tapi yang main topic dia ialah pasal Medical Card – Kad Perubatan. Kebanyakan kita yang bekerja dengan syarikat swasta (atau GLC) dan sebagainya, akan diberikan kemudahan tanggungan rawatan dan perubatan oleh syarikat masing-masing. Kira macam protection plan untuk staff dan family members lah. Kalau sakit demam, pegi aje klinik, doktor check, ambik ubat atau masuk wad sekalipun tak payah pening2 nak bayar bill. Semua ditanggung beres ikut kelayakan masing-masing.

Tapi ada juga orang yang company tak tanggung kos rawatan kesihatan mereka. Ada yang bekerja sendiri, atau ada juga yang kelayakan mereka hanya sekadar untuk dapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan saja.

Sedar, tak sedar kita ni semakin meningkat usia, dan pada kebiasaannya lah, bila usia meningkat, penyakit pun mudah untuk hinggap. Masa ni memang pening kepala kalau kos perubatan kita kena tanggung sendiri. Sekejap je surut duit simpanan dan aset cair lain yang kita ada.Silap hari bulan, aset macam rumah pun kena dileburkan (jual) untuk tanggung kos perubatan yang semakin meningkat.

Berbeza kalau kita ada support secukupnya. Bila ada kecemasan mendapatkan rawatan perubatan di hospital-hospital yang sesuai dengan kemampuan kita, perlindungan perubatan (medical card) kita akan cover. Kalau nak beratur di hospital kerajaan pun boleh, tapi tak ramai yang sabar dan tahan lah. Cuba la pegi melawat sekali sekala wad kelas 3 hospital kerajaan, bayangkan kena duduk berminggu-minggu. Menangis beb…

Berbalik pada cerita kawan aku tadi tu, dia cakap, ramai orang yang ambil mudah pasal perlindungan perubatan mereka.  Ramai yang ingat insurance untuk rawatan perubatan tak penting. Membazir, sebab tiap-tiap bulan bayar, tapi bukan kita pakai pun kadang tu. Dah ada kad perubatan dari syarikat, nak buat apa lagi. Betul jugak, aku dulu pun fikir macam tu.

Kawan aku cakap, tanggungan perubatan dari syarikat pun ada limit. Kita share ramai-ramai limit tu dari master package yang diambil oleh syarikat kita dengan insurance company. So bila dah cecah limit individu, dia pun tak boleh tanggung kalau penyakit pekerja dia tu tak sembuh-sembuh.

Kes ni pernah terjadi pada jiran aku dulu (dah arwah). Limit individu dia dah cecah, terpaksa balik rumah dan berubat cara kampung saja. Kesian jugak, sebab duit simpanan agaknya dah kering. Nak jadi as-sebab, akhirnya meninggal dunia. Masa-masa macam tu, dah agak terlambat dah nak register perlindungan insurans. Aku rasa dah tak boleh dah pun.

Satu lagi, insurans perubatan ni menurut kawan aku tu patut ada at least untuk diri kita sendiri. Kalau spouse bekerja, maybe dia pun boleh buat yang sama. Sebab anak-anak masih muda, kebanyakannya takde penyakit kronik, setakat sakit demam biasa, kad perubatan syarikat pun dah OK. Once diaorang tu dah besar dan bekerja, biar diaorang ambik pakej insurans perubatan sendiri. Kita pikir kita ni dulu. Bila lepas pencen nanti, sapa nak tanggung kos perubatan kita kalau sakit demam?

Di negara-negara maju, insurans perubatan ni dah jadi perkara lumrah. Semua orang ada insurans perubatan. Kalau takde insurans macam pelik, mungkin orang tu datang dari Planet lain hehehe..

Kalau nak cari medical card/insurans perubatan ni, kena lah pandai pilih dan faham apa pakej yang kita perlu ambik. Jangan main belasah aje tick benda-benda yang tak perlu pun.Nanti kita bayar benda yang tak perlu, so dah jadi membazir.Baca brosur dan penerangan setiap pakej dengan jelas. Dapatkan contoh-contoh senario supaya kita boleh sesuaikan dengan keperluan perlindungan kita.

Agen insurans yang berpengalaman dan jujur sepatutnya akan memberi maklumat lengkap tentang pakej dan coverage yang terbaik mengikut keperluan dan kemampuan pelanggan. Ini kira macam tanggungjawab dan pendidikan jugaklah, bukan nak kejar komisen semata-mata.

So, lepas kawan aku share macam-macam senario yang berlaku bila kita takde protection insurans perubatan ni, aku pun setuju dengan pendapat dia. Kalau kita plan nak pencen awal ke, nak make sure takde masalah dengan had kelayakan dan limit yang dicover oleh pakej rawatan perubatan dari syarikat ke, semua tu boleh  diringankan kalau kita ada Medical Card sendiri.

Cuma, setiap bulan, kita akan mencarum macam bayar insurans biasa. Sakit ke tak sakit, bayar tetap bayar. Kira macam kita pakai kereta. Accident atau tidak, insurans kereta tetap kena ada. Itulah herannya, kalau kereta, mesti kita akan make sure jangan kena accident, tapi insurans tetap kita ambik (selain dari terpaksa sebab nak renew road tax), kenapa pulak diri kita yang lebih penting ni kadang-kadang kita tak fikir pun pasal protection?

Fikir-fikirkan dan selamat berhari Jumaat 🙂

Terima Kasih

10 thoughts on “Penting ke ada Medical Card?

  1. zam

    Alhamdulillah, aku diberi kesedaran oleh agent insuran aku. Walaupun company cover full medical utk aku dan isteri, tapi medical card adalah utk future bila dan bersara. Sekarang ni, aku, isteri, mak dan ayah mertua semua dah ada medical card. bagi aku, Medical card lebih penting daripada duit perbelanjaan yg kita bagi tiap bulan. Sebabnya diorang dah berumur dan lebih mudah utk sakit. Lagipun mak dan ayah mertua aku keje sendiri, dan company anak-beranak tak cover medical mak ayah.

    Baru je bulan lepas ayah mertua aku sakit tenat sampai tak leh bangun. Sebab ada medical card, boleh masuk specialist hospital. Semua pakcik-pakcik mcm tak percaya kami mampu. Yer laaa, masuk 7 hari, bil RM22k. lepas tu ada follow up setiap 2 minggu. sekali pegi, RM500++ kene byr. Kalau aku nak bayar sendiri, boleh bankrupt. Legaaaa sebab ada medical card, semuanya ditanggung.. Kami boleh masuk dan keluar hospital dengan tersenyum. Lagi tersenyum bila ayah mertua semakin pulih sekarang ni. Alhamdulillah..

    Pengajaran, kene ada medical card dalam perbelanjaan bulanan. Kalau kita muda lagi, medical card dalam RM150 jer. insya-ALLAH kita mampu.. Pemerhatian aku bile kat specialist hospital ari tu, kebanyakan bangsa lain semua masuk pakai medical card. Diorang dah lama sedar dan kita ramai lagi yang masih belum sedarr.. huuuhuhuhuuhuu…

    1. md Post author

      @zam… wow.. nasib baik tu.. RM22K banyak gak kalau nak pakai duit sendiri..
      itu la aku pun setuju, kita penat cari passive income, tapi protection yang boleh “leburkan” pasif income kita, tak dibuat sebaiknya. bahaya gak tu kan..

  2. carl_zafran

    betul..aku setuju.wlaupun aku dan sefamili dah ada medic card dr comp still aku buat utk diri sendiri n famili.bkn ape in case comp punye smpi limit buleh guna sndri punye. Generasi skrg dh mula sedar x mcm sebelumnye. aku cuba mengingtkan geng2 muda yg bru nak mula keje yg sebok modify kete x tentu hala..priority kpd kesihatan tp ye la blh bgtau je la nk ikut terpulangla..bkn budak2 lg..blh jd pak budak dah..

  3. 2bz4money

    Bagi pekerja gomen cam aku ni rely pada hospital awam je. Kemudahan hospital awam pun dah tip top mcm Serdang dan Putrajaya. Walaupun x pakai medic card, aku pastikan juga ada takaful nyawa/perubatan utk seisi keluarga. Sama berlindung, Sama beruntung..

  4. putra78

    bg kawe, medical card sgt penting.. kawe satu family pun ada.. so far amat baloi, kini dan akan datang..

  5. md

    bagus2.. ramai yang dah ada dan sedar pentingnya ada medical card.. jangan penat cari duit je, kena jugak jaga kebajikan “si pencari duit” baru lengkap kombinasinya 🙂

  6. ikhwan gold trading

    hmmm..memang pun sekarang ada sesetengah hospital kerajaan yang mencapai standard memuaskan. Tapi bagi aku medical card ni penting untuk penyakit2 yang agak serius, masa tu nak harapkan hospital kerajaan kurang sikitlah. Kalau ada medical card kita tak payah nak keluarkan duit sendiri pun. Ada jugak insurans untuk critical illness etc., tapi yang tu rasanya kita cuma boleh claim pembayaran yang telah kita buat, berbeza dengan medical card yang mana kita tidak perlu mengeluarkan wang sendiri dahulu. Entah betul ker tak pemahaman aku ni…

  7. emaN

    Itulah herannya, kalau kereta, mesti kita akan make sure jangan kena accident, tapi insurans tetap kita ambik (selain dari terpaksa sebab nak renew road tax), kenapa pulak diri kita yang lebih penting ni kadang-kadang kita tak fikir pun pasal protection?

    sbb terpaksa kerajaan wajibkan.. life insuran xde sape2 pun yg paksa.. cuba kerajaan wajibkan cam insuran kereta.. mesti org amik walaupun tahu taklah menguntungkan sgt.. yg untung hanyalah kerajaan je melalui cukainye..

    cam insuran kereta klu tak kena paksa org tak beli pun sbb nya bkn berbaloi pun.. amik first party tp klu keta lebih dr 3thn klu acc bukan cover penuh pun.. cam jgak roadtak byr utk setahun tp klu accdnt claim dkt 8bulan baru dpat.. ade sstgh keta tggu claim tersadar je kt bengkel sbb xde duit sendiri nak cepatkan.. terpaksalah tuggu duit claim baru dpt repair keta.. last last roadtax byr utk setahun buang camtu je.. bkn dpt guna utk setahun pun.. ade kerajaan bg rebet ke berkenaan masa keta tersadai kt bengkel tu.. roadtax byr setahun 8 bulan tersadai 4 bulan je dpt jln kt jln raya.. patutnye byr cukai jln utk 4 bulan jelah… tp roadtax ni klu terlewat byr sangkut ngan polis ttp kena saman walaupun lewat sehari..

  8. megat2

    kawan rase medical card mmg penting….tp yg paling penting kite kene mintak agen insurans tu bukti yg syarikat die represent tu mmg penah bayar bil perubatan yg mahal2…

    ni citer benar, isteri kawan agen insurans “P” tp ade satu syarikat nak amek die promote insurans “A”, die beriye2 nak ajak wife i…

    last2 wife i cakap, die percaye dgn company yg die represent skarang sbb ade bukti depan mate die mmg company die bayar bile client die masuk hospital tp bile wife i mintak bukti dari company “A” die terus cakap yg die suro wife i look as business opportunity instead sbb alasan die insurans die murah n baru lagi kat malaysia.

    Siap agen “A” tu mengaku mmg produk insurans “P” bagus, lepas tu agen tu terus senyap. Dah xde call2 n message nak ajak masuk.

    so moral of the story mintak bukti pembayaran kes2 medical card, mintak yg kos tinggi yg lebih 10K sbb xbanyak company yg ade bukti tuh. Kenape? Haaa kite renung2 kan….

  9. megat2

    2bz4money…
    anda bernasib baik dapat kerje dengan gomen dimana gome cover most of the medical bill…tp i nak citer satu lagi kes ni pon kes benar..

    my friend adik die kerje gomen, so bile mak die kene diagnose diebetes die relek lagi sbb gomen leh cover. tp lepas selalu cucuk insulin buah pinggang die da rosak. the worst part hospital gomen kat johor da penuh nak buat dialysis…

    siap ade listing name lagi…xsilap i kawan i cakap mak die listing ke 51..tp rasenye semue orang tau kalau da kne buat dialysis, mmg sampai mati la kite kn buat dialysis ataupun buat pembedahan tukar buah pinggang.

    so kawan i tuh die keluarkan la epf akaun 2 die tuk kos dylisis kat private..die dapat jaminan epf akan tangung 22k..(re-imbursement basis)
    i buat breakdown kos dialysis.

    dialysis = 210 (seminggu 3 kali) = 630
    ubat = 50 = 150
    so sebulan = 260 * 3 kali seminggu kali 4 minggu/bulan = 3000 sebulan

    22k tu bolh tahan xsampai 10bulan…

    so that is where medical card boleh tolong…

    pastikan medical card tu xde limit dialysis and rawatan kimoterapi..

Comments are closed.