Hidup untuk Duit atau Duit untuk Hidup

      Comments Off on Hidup untuk Duit atau Duit untuk Hidup
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Tu dia…. tajuk macam biasa dengar aje kan.. serupa dengan soalan hidup untuk makan, atau makan untuk hidup. Mat salleh cakap “catch 22” situation lah. Yang mana satu didahulukan, atau yang mana satu betul, dua-dua pun boleh jadi betul, dan boleh didahulukan.

Tak dinafikan, sekarang ni, semua benda nak pakai duit, ada duit baru boleh cerita nak buat apa. Tak ada duit, banyak benda tak boleh buat. Kadang tu, bila dah tak ada duit, sedara dan kawan pun lari (bini pun kadang2 lari tuan-tuan huhu..)

Benda ni dah jadi lumrah sebab persekitaran dan budaya hidup kita dah dibentuk sebegitu sejak kita kecil lagi. Zaman dulu-dulu, sebelum matawang diperkenalkan, mereka pakai sistem barter. Sistem di mana pertukaran barangan dibuat sebagai transaksi antara pembeli dan penjual tanpa menggunakan matawang atau sandaran nilai pada benda lain.

Sistem barter tak tengok kecik besar barangan, dia lebih kepada kepuasan dan persetujuan kedua-dua pihak yang nak berurusniaga. So, tak timbul tentang naik turun harga matawang. Tak timbul tentang kesan kekurangan stok minyak. Tak timbul soal perang atau gempa bumi. Semua takde kesan. Yang penting, pihak yang berurusniaga happy dengan apa yang mereka nak tukar. Katakan durian adalah barang yang susah diperolehi, kemungkinan ianya boleh ditukar dengan seekor lembu yang mudah diperolehi. Dari segi saiz, memang nampak tak logik, tapi dari segi nilainya mungkin ianya berbaloi bagi penjual dan pembeli.

Begitu juga kalau kita kaitkan dengan kehidupan hari ni. Masih ada lagi sistem barter yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya, kita serahkan tugas dan hasil kerja kita setiap hari untuk ganjaran gaji bulanan dari majikan. Atau bagi yang berniaga, mereka cari modal untuk jalankan operasi perniagaan untuk dapatkan keuntungan di penghujung projek atau kerja mereka. Semua itu akan bertukar dari usaha kepada duit. Adakah usaha kita setimpal dengan duit yang diperolehi, itu kita kena tanya kepada pihak yang berada dalam ‘transaksi’ urusan tersebut.

Bagi yang bekerja makan gaji, mereka boleh tanya diri sendiri atau majikan ketika mengukur prestasi kerja mereka dengan ganjaran yang diperolehi. Adakalanya, prestasi kerja saja tak cukup, ada majikan perlukan sijil dan kelulusan tertentu untuk memberi ganjaran kepada pekerja mereka. Kalau itu yang digunakan, maka “sistem barter” yang diguna pakai mungkin akan memberi kelebihan kepada pekerja yang berkelulusan dan mempunyai kemahiran tinggi.

Apa jugak sistem ganjaran yang digunakan dalam kerja kita. Semuanya mengarah kepada satu matlamat, iaitu imbuhan kewangan yang bakal diperolehi. Dari duit itu jugalah nanti, kita akan gunakan untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga yang bergantung dengan kita.

Persoalannya, siapa yang mengawal semua ini? kalau kita yang mengawalnya, jadi hidup kita tak terikat dengan beban memikirkan bagaimana nak cari duit untuk teruskan hidup. Kalau bukan kita yang mengawalnya pula, maksudnya, masih jauh perjalanan kita untuk menentukan nasib dan hidup kita sendiri, nampak gayanya, terus-terusanlah kita perlu bekerja gigih untuk mendapatkan imbuhan yang ditetapkan oleh orang yang mengawal sistem transaksi tersebut.

Pening ke? huhuhu… dalam maksudnya tuuuu tuan-tuan untuk sama-sama kita fikirkan. Saja nak kasi tuan-tuan exercise minda sikit pagi-pagi Isnin ni 🙂

Terima Kasih