Kisah RM1K dan RM20K

      4 Comments on Kisah RM1K dan RM20K
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Lama aku tak borak pasal FCPO or CPO atau dalam bahasa melayu pasaran hadapan minyak sawit mentah yang diniagakan di Bursa Derivatif Malaysia (MDEX).

Jangan salah paham, bila aku tak sentuh apa-apa pasal CPO, bukan bermaksud aku dah “lari” dari portfolio pelaburan ni, tapi lebih kepada takde apa nak cerita lagi sebab masih tak dapat memantapkan diri ke tahap yang aku harapkan, so baik berguru dan menimba ilmu lagi di samping mempertajamkan skill dan kemahiran untuk trade like a pro.

Dalam pada tu, banyak jugak lah cerita-cerita dari kawan-kawan seangkatan pasal suka duka traders CPO yang ada di market. Macam-macam cerita, ada yang membuatkan kita teruja, ada yang biasa-biasa saja (ada untung, ada rugi) dan ada juga yang membuatkan kita simpati, sebab loss.

Loss bukan sikit-sikit yop, kalau setakat ratus-ratus tu takde apa kalau dalam dunia CPO ni. Ini ada yang sampai ratus ribu loss dia. Mati akal dan mati segala benda yang boleh mati lah bila terkena macam tu. Itu belum kita ambik kira institutional traders macam syarikat-syarikat besar. Kalau diaorang ni loss, boleh makan juta-juta ringgit yop. Bagi traders anak bilis, setakat ribu-ribu tu memang biasa lah.

Sebab tu, dulu aku pernah sebut, sapa nak masuk melabur dalam pasaran saham, sila gunakan duit dari lebihan pendapatan, profit, bonus, dividen, jumpa dalam tempayan atau dalam bahasa mudah – “the money that you’re willing to lose”. Kalau takde duit dari sumber lebihan ni, janganlah beranikan diri untuk membuat pinjaman peribadi, pinjaman Ah Long, Ah Beng atau Ah-Ah-Ah mana tahan.. nanti berpinau bijik mata kena saiko dengan market dan kawan-kawan.

OK, itu cerita pedih ulu hati dari mereka yang kurang berjaya (buat masa ni, tapi satu hari, kalau cekal dan sanggup belajar memperbaiki kesilapan dan disiplin diri yang tinggi, tak mustahil boleh berjaya), kita tengok pulak cerita orang yang dah berjaya. Aku ambik contoh orang yang rapat dengan aku sendiri lah, sebab aku boleh tengok sendiri bukti dia.

Sorang ni, start trade dalam pasaran saham dah lama, aku rasa sejak 1995 gitu. Tapi dia tak pernah diperkenalkan pada CPO. Baru tahun lepas aku start share dengan dia pasal CPO. Sebabnya kami satu pejabat, so memang senang lah nak borak. Lepas setahun, dia dah kena macam-macam ujian. Dia ni kamikaze sikit, aku pun naik takut cara dia masuk market. Tapi kelebihan dia, dia kental dan cepat kaji kelemahan untuk perbaiki cara dia trade. Sekarang ni, alhamdulillah, mantap dia yop. Untuk 3 bulan pertama tahun ni saja, dia dah kaut 20K dari margin yang dia ada (margin dia 100K). Not bad kan, 20% dalam masa 3 bulan.

Sorang lagi pulak, kitaorang panggil “Mat 5 point”. Dia trader intraday tegar (istilah untuk trade yang tidak hold selepas market tutup). Bila volatility market cantik, dia akan tersenyum girang, sebab dia akan kerap keluar-masuk position untuk memukat. Bulan ni, dia dok capai average profit 1K daily dengan bermodal 1lot margin (sekarang margin Rm7250 per lot).

So, makin ramailah aku nampak orang berminat nak cari kelas belajar CPO bila tengok ada yang berjaya dapat untung ribu-ribu. Baguslah, sebab benda ni halal. Syariah compliance mengikut apa yang diwartakan oleh Panel Syariah suruhanjaya sekuriti Malaysia (SC). So, bila ada peluang, tak salah kita mencuba.

Cuma satu je pesanan ikhlas dari aku, jangan teruja sebab untung dia ribu-ribu, tapi teruja sebab cabaran dia pun bukan senang. Ada yang dah duduk dalam market ni berbelas tahun, baru nampak kejayaan. So, takde jalan pintas. Mesti sanggup belajar sabar, tahan emosi, fokus dan tak merungut. Mesti tahu buat risk management, dan banyak bertawakkal, bukan berjudi nasib macam tikam ekor.

Buku banyak, kelas pun dah banyak. Tapi nak tahu teknik terbaik dan indicator apa nak pakai, itu kena banyak-banyak mengkaji dan test. Tak semestinya indicator ada berpuluh-puluh, tapi bila nak baca pergerakan real-time market terkebil-kebil. Sistem trading biar simple, tapi ampuh dan jitu. Untung-rugi, itu kena assess setakat mana kita sanggup ambik.

OK tua-tuan, ada berani? 😀

Terima Kasih

4 thoughts on “Kisah RM1K dan RM20K

  1. syamoi

    salam sifu, saya amat setuju…hehee!!..jgn dgr yg best je..yg loss tu org kena tau gak…nk trade dlm cpo ni, mesti ada lebihan cash dan sanggup untuk dileburkan..hehe!!..saya pun dah start trade blk..kira comeback le ni…stakat ni memang dah rasa loss..huhuhu!!..anyway, study tu penting..uncle lagi terer kot pasal cpo ni.. 🙂

    p/s : mat 5 point tu mcm saya kenal je..hehehe!!

    1. md Post author

      @syamoi, good luck on the comeback! huhu.. trade ni kena tabah dan ada ilmu..takleh gelojoh 🙂

      p/s: awak kenal ke mat 5 point tu.. powerrrr

Comments are closed.