Kenapa Nak Jadi Kaya?

      10 Comments on Kenapa Nak Jadi Kaya?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Apa khabar kawan-kawan, macam mana dengan hidup dan matlamat financial freedom masing-masing? Hehehe.. soalan pertama tu, sure ramai yang akan jawab “macam biasa je” atau pun “I’m doing great, how about you?” tapi soalan kedua pasal matlamat financial freedom, sure tak ramai boleh jawab “I did it!” kan huhu..

Aku pun masih tak sampai-sampai lagi matlamat tu, masih berkejar sana-sini, cuba itu dan ini, dok kaji macam-macam benda yang sempat, dan tak jemu-jemu berusaha untuk tingkatkan pengetahuan, kematangan dan kebijaksanaan dalam merencana kehidupan yang bebas dari cengkaman hutang dan buntu wang (hidup tak cukup duit..)

Semua orang pun sure ada cita-cita yang sama. Nak kerja senang, tapi duit banyak huhuhu..

Percaya atau tidak, memang ada pun orang yang hidup senang, tapi duit banyak. Cuma peratusan dia sangat kecil berbanding yang kais pagi, makan pagi. Cukup bulan bayar hutang, boleh lah belanja anak bini makan special sekali dua, then balance gaji cukup-cukup untuk ulang-alik pergi kerja, balik kerja. Itu hakikat dan lumrah bagi middle-class and lower-class income workers.

Kalau kat sekolah, masa kita masuk tadika dulu-dulu (ada yang tak masuk pun, terus lompat darjah satu), kita lebih banyak main dari belajar. Kalau belajar pun, kejap-kejap je, selebihnya main, nyanyi dan makan. Lepas tu boleh balik rumah huhu.. best betul jadi budak tadika.

Bila makin besar, kita akan duduk lagi lama dalam bilik darjah. Subjek yang kita belajar pun makin banyak dan makin mencabar. Kalau masa tadika, takde homework (tapi sekarang ada tadika dah suruh budak-budak bawak balik homework! apa hal?) tapi di sekolah, tiap-tiap hari mesti ada homework. Kalau yang balik rumah bila mak ayah tanya “ada kerja rumah?”, dan jika jawapannya “takde”, itu pembohong la tu.. sah-sah tidur dalam kelas atau pun ponteng lepak dalam tandas.

Lepas tu, bagi yang result SPM atau STPM atau apa-apa periksa besar yang kita ambik tu bagus sikit, dapatlah lanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti. Bagi yang super brilliant, biasanya kena sambar awal-awal oleh penaja untuk dihantar ke luar negara. Masa ni, kembang lubang hidung sebab berjaya melangkah ke menara gading. Tak tau, bila dalam tu boleh lepas ke tidak lagi, yang penting rasa best sebab jadi budak “U” huhu..

Bergantung pada kursus, kelancaran (kepandaian atau kebengapan) pelajaran kita, kita akan grad. Ada yang grad dapat 4.0 flat (biasa boleh kira dengan sebelah jari tangan je satu sesi konvo), ada yang dapat first class honor, second class dan ada jugak dapat third class. Untuk celebrate apa jua “kelas” yang kita dapat, kita attend convocation dan lambung mortar board ramai-ramai sebab nak tiru orang lain yang dalam TV atau surat khabar tu. Padahal takde rasa apa-apa pun masa buat cenggitu, menyesal aku tiru hahaha..

Masa tahun aku grad degree dulu, kerja senang dapat. Aku ingat lagi, siap ada 3 offer aku boleh pilih. Tapi aku pilih yang gaji paling banyak hahahaha.. materialistik. Masa tu, bidang yang aku ambik tu tengah “hot” kata orang. Kalau tak puas hati kerja satu tempat, boleh lompat-lompat macam katak. Tapi aku heran jugak, aku jenis tak melompat, stay put sampai ke hari ni dengan satu syarikat. Macam tak caya!

OK, apa ke halnya aku dok flash back jauh sangat sejak dari tadika sampai Universiti?

Aku nak cerita kat sini, apsal tak ramai orang yang dapat status financially free? Pada pendapat aku, sebabnya sepanjang kehidupan kita sebagai student, tak pernah diajar perkara ni secara khusus. Mungkin ada la sipi-sipi disentuh dalam beberapa subjek ekonomi (kalau ambik), tapi rata-rata lebih fokus kepada core subject jurusan yang diambil.

Kesannya, bila masing-masing dah bekerja, semua orang akan berlumba-lumba untuk mencapai tingkat yang lebih tinggi dari segi pangkat, gaji dan rewards. Macam-macam usaha kita akan buat untuk dapat lebih imbuhan, supaya dengan imbuhan tu, kita boleh penuhi segala keperluan dan kehendak hidup kita dengan senang.

Hakikatnya, sebanyak mana pun kita berusaha, selagi kita digelar makan gaji, quantum kenaikan gaji dan imbuhan biasanya tidaklah sebesar mana berbanding dengan perbelanjaan yang kita perlukan untuk mendapatkan “quality of life” yang diidam-idamkan. Sebab tu, kita kena banyak belajar bersabar, berjimat cermat, merancang setiap sen perbelanjaan bulanan, menyimpan untuk hari tua, tidak membazir atas benda yang bukan-bukan, mencari peluang menambah pendapatan dan macam-macam lagi gigihnya usaha kita. Syabas.. kita sebenarnya masih dalam “rat race”!

Namun, bagi mereka yang telah mencapai status financial freedom, mereka tidak buat apa yang kita biasa buat. Mereka tergolong dalam “insan seni” yang kreatif. Mereka bijak dan cekap. Mereka tidak bergantung kepada orang, malah orang lain yang biasanya bergantung kepada mereka. Mereka mempunyai lebih banyak masa terluang, dan sedikit sahaja diperlukan untuk bekerja. Mereke ada banyak masa untuk “bermain” namun pendapatan mereka terus bertambah secara exponential. Mereka macam budak tadika yang sentiasa happy dan tiada masalah. Semua kerja dibereskan oleh orang lain, mereka hanya perlu enjoy their life!. Best kan 🙂

Aku percaya ramai yang nak capai status ni kan. Cuma, aku nak ingatkan, matlamat dan sasaran harus jelas. Ikut panduan dan pedoman yang betul. Jangan main tangkap muat dan redah ikut suka hati saja. Yang penting ialah kita berjaya dengan cara jujur, halal dan bersih di sisi hukum syarak. Bukan berjaya dengan jalan pintas yang tidak betul.

Seandainya kita berjaya nanti, janganlah takbur dan riak dengan pemberian yang kita perolehi. Ambil hak kita yang secukupnya, infaqkan yang selebihnya, kita akan jadi orang yang paling happy sekali di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Akhir sekali, untuk mencapai matlamat financially free, cuba renungkan apa yang Prof. Dr. Muhaya pesan dalam satu rancangan di radio Ikim.fm, “Jangan cakap wang tidak penting, sebab biasanya orang yang berkata demikian sering dalam kesempitan wang. Cakap, wang penting bagi saya, saya ingin berusaha untuk dapatkan 10 kali ganda lebih banyak wang (gaji) dari apa yang ada sekarang, supaya saya boleh tolong orang 10 kali ganda dari kemampuan saya sekarang”.

Terima Kasih

10 thoughts on “Kenapa Nak Jadi Kaya?

    1. md Post author

      @kakct.. usaha mesti mau lebih, baru hasilnya nampak, once dah berjaya, baru kita tau macam mana nak melangkah seterusnya dengan lebih mantap 🙂

  1. syamoi

    uikss..mana ada mantap..still lumba tikus lagi la sifu…mcm biasa mkn gaji lagi..hhuhuu!! 🙂

  2. k.aida

    wow… sudah jd peminat prof muhaya ke… ada 2 persamaan saya dgn beliau, dua2 pun manis dan menawan, haha… mari kita carik duit byk2!!

  3. Carlfadly

    wah dah mcm cerita aku la plak..hehehe..sanggup berhenti cikgu n buka syarikat sendiri..aku salah seorang financial freedom..terima kasih Tuhan 😀

Comments are closed.