Apa pasal kita susah nak Berjaya?

      Comments Off on Apa pasal kita susah nak Berjaya?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum yop dan yong! apa khabar korang semua. Harapnya semua OK dan bertambah sukses. Pada yang tak berapa nak OK tu, mudah-mudahan cepat-cepatlah jadi OK dan sentiasa ceria dan happy sokmo.

Dah masuk bulan Jun dah yop wei sedar tak sedar. Kiranya dah hampir separuh tahun kita dah tempuhi. Bagi yang kerja makan gaji nih, macam tak perasan je masa berlalu. Cukup bulan, pakat terkam mesin ATM cucuk duit nak bayar itu ini, bawak anak bini pegi makan besar sebulan sekali dan tak lupa nak hantar duit kat adik-adik dan mak bapak kat kampung. Itulah rutin kebiasaan orang yang kerja makan gaji.

Aku pun sama la weii.. tak dapat lagi nak bebas 100% dari rutin camtu. Pendek kata, kena usaha keras lagi la untuk cari jalan bebas kewangan 100% ni. Kalau hati kering (bak kata bini aku), boleh je redah duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa (suri rumah lelaki pun dah ramai sekarang weii), tapi mengenangkan muka anak-anak aku yang comel kat rumah tu, kelat jugak aku telan air liur nak buat keputusan.

Ya lah, sapa taknak kerja sendiri dan enjoy masa dengan family disamping dapat buat apa saja tanpa batasan. Dah la dapat kebebasan macam tu, duit pun ada. Seronok weii…

Cumanya, berapa kerat je dari kita sanggup dan dapat peluang untuk berani buat keputusan dan berjaya dalam usaha mereka. Ramai yang tersungkur dan terlingkup. Tapi ramai juga yang bangun selepas tersungkur dan terus maju sampai ke puncak. Wow, macam program realiti la pulak kan huhu..

Aku tengok, orang Melayu kita ni, memang skeptik sikit bila nak kerja sendiri. Aku tak cakap orang lain, keluarga aku sendiri pun macam tu. Kalau boleh, semua adik beradik aku disyorkan untuk cari profesyen makan gaji. Baik jadi cikgu, pegawai gomen atau pegawai swasta. Janji, cukup bulan ada duit dan tak “miss soru”.

Kaum lain terutama bangsa Cina, mereka lebih berani untuk ambil risiko buat kerja sendiri. Mereka ni, memang dah dari dulu lagi suka pada risiko dan peluang. Di samping tu, mereka jenis yang ada support atau sokongan dari rakan-rakan dan persatuan peniaga mereka. Bila ada yang baru nak ceburi perniagaan, kawan-kawan dan persatuan peniaga mereka akan bantu dan beri tunjuk ajar. Bila dan mula berjaya, mereka akan lepaskan dan minta kawan mereka tu tadi bantu pulak yang lain.

Konsep berniaga dan tolong menolong cara bangsa Cina ni dah lama kita tau. Tapi bila nak implemen dalam masyarakat kita, selalunya tak berapa nak jadi. Ada saja halangan dan sikap iri hati dan hasad dengki yang membatasi setiap usaha dan perancangan. Macam mana buat pun, sure tak berapa nak menjadi. Bukan aku tak caya, tapi susah, betul tak?.

Apa pasal jadi camtu, sendiri mau ingat lah. Tapi selagi kita duduk percaya pada orang kita tak boleh berjaya untuk buat kerja sendiri, selagi tu kita tak nak berubah. Otak dan pancaindera kita ni hebat tuan-tuan syeikh sekalian. Tak caya? cuba tengok, orang kita kalau berbual kat kedai kopi, bukak la topik apa pun, sure boleh cerita panjang lebar hehehe.. kalah menteri kabinet bermesyuarat.

Lagi satu, kalau bab menyokong kelab atau kumpulan dari luar, kita pun champion.. semua kelab sukan kita ada penyokong tegar kat sini. Kalau buat collection duit RM1 seorang, sure berjuta-juta kita dapat kutip buat dana untuk bagi bantuan orang-orang kita nak berniaga hehe.. tapi kang ada pulak yang songlap duit tu, tipu nak meniaga.

Jadi macam ni je lah tuan-tuan dan puan-puan, aku ngomel pasal benda ni bukan nak mengata sesama kita. Cuma nak suruh kita sama-sama kuat berusaha untuk berjaya dalam apa saja bidang yang kita suka. Kalau kita tak suka dengan situasi yang kita berada sekarang, kita kena buat perubahan.

Kalau kita dah mula rasai dan kecapi kejayaan atas apa yang kita usahakan, jangan abaikan untuk lahirkan rasa syukur alhamdulillah atas rahmat dan nikmat kejayaan yang dilimpahkan oleh Allah kepada kita. Macam-macam cara kita boleh buat, bayar zakat, bersedekah atau menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan kepada golongan yang berhak.

Best woo dapat buat camni, cari duit banyak-banyak, untuk infaqkan balik pada masyarakat. Sebabnya, duit banyak mana sekalipun, kita akan kenyang dengan makan sepinggan je, abis kuat pun 2 pinggan. Yang boleh makan sampai 3-4 pinggan sekali hadap tu dah kira ada kuasa ghaib…kena cepat-cepat pegi berubat.. hahaha. Ini masalahnya, gaji dahla ciput, nak bersedekah pun takat “5 hengget” je seminggu, camne tu yop… hehehe..

InsyaAllah, dengan cara ini, ikatan persaudaraan dan pertolongan yang kita berikan akan jadi lebih kuat dan berkat dibandingkan melalui konsep amalan oleh persatuan peniaga-peniaga biasa.

Terima Kasih