Bila Loan dah Maximum, macam mana nak invest lagi?

Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Sebagai investor yang menggunakan kemudahan pinjaman dari bank, sampai satu tahap, kita dah tak boleh buat loan lagi. Ada juga keadaan di mana kita dah tak nak buat loan lagi. Tapi, sebagai investor, pantang nampak peluang baru, kita pasti teruja untuk mulakan langkah kembali, cuma dengan capital yang terhad atau hampir kering, sudah tentu hasrat kita tu terbantut.

Perkara ni dah jadi lumrah. Sebab tu, ramai yang dah lama berkecimpung dalam bidang pelaburan menggunakan pelbagai instrumen, teknik dan manipulasi sistem kewangan untuk membolehkan mereka terus berada dalam bidang ini dan terus maju ke depan.

Ada yang gunakan OD (overdraf), ada yang gunakan kaedah refinancing, ada yang guna kaedah supporting income evidence (tenancy agreement, bond, FD, deposit, etc), ada yang mencagarkan aset fizikal yang diterima oleh pihak pemberi pinjaman dan tak kurang juga yang mencari partner atau rakan JV.

Kalau aku pulak, sampai satu tahap, aku dah macam letih nak buat loan lagi. Letih layan proses2 dokumentasi perundangan (legal), mengadap pegawai bank, buat comparison kadar BLR/BFR, check package yang ditawarkan dan serik bila kena penalty sebab break lock-in period. Sebagai investor, decision kita juga dynamic.

Ada ketika, property asal yang dirancang untuk disewakan akan dijual bila ada peluang yang baik. Cuma, bila kita bergantung kepada loan dengan pihak bank, kita perlu ambil kira kos-kos penalti dan charges lain sebelum meletakkan harga jualan property kita. Silap perhitungan, nampak macam untung, bila kira balik, tak dapat apa-apa pun.

Yang paling ideal sekali untuk melabur ni, ialah kalau kita ada cukup cash fund/capital. Tapi tak semua orang ialah anak raja atau anak tokey balak kan. Kalau macam aku nih, yang harap duit gaji bulan-bulan untuk bayar installment loan, takde can la nak ada dana cash yang banyak. Sebab tu, mesti pikir macam-macam cara how to get the money to invest. Jangan ajak aku pinjam dari Ah Long, aku taknak hahaha..

Petang tadi, ada satu property aku gi tengok… jeng je jengggg… property nih macam best je, tapi aku tak finalise lagi nak beli ke tak. Aku tengah tunggu confirmation tentang maklumat-maklumat penting sebelum aku buat decision. InsyaAllah, kalau semuanya lengkap dan terbaik dari ladang, aku mungkin akan beranikan diri cari dana untuk beli property tu.

Kalau jadi, kena buat loan lagiiiii…… aduhaiii…kaya la bank, kita jugak yang dok bayar berganda-ganda untu kayakan diaorang kan.. hmmm…apa boleh buat, tak nampak cara lain lebih munasabah buat masa ni. Sementara ada payslip dan tenancy agreement sekeping dua, bulehlah pegi jaja dekat bank kot-kot diaorang nak terima lagi. Kalau tak laku, melepas la peluang nak tambah lauk huhuhu…

Jom kita minum duluuuu…. 🙂

Terima Kasih

6 thoughts on “Bila Loan dah Maximum, macam mana nak invest lagi?

  1. ren

    salam sdr.MD yang dihormati. terima kasih terus menulis artikel motivasi begini. saya mengikuti setiap perkongsian pengalaman yang sdr. kongsikan.

  2. md

    w’salam ren.. lama tak dengar khabar, tq sebab sudi singgah lagi :). apa perkembangan dunia penulisan saudara?

  3. hafizal

    salam bos.. kasi tengok betoi2 info tuu bos.. apa2 yang bole saya bantu.. bos bagi tau jee.. insyaallah pasti saya bantu.. no problem boss

    1. md Post author

      tq zal..tapi itu ejen lepas jumpa hari tu,sampai sekarang tak contact saya balik bagi info yg saya mau…macam tak nak bagi je…kita tengok dulu mcm mana…

  4. abangensem

    TQ for the story beb. Memang kengkadang tu rasa macam malas dah nak apply loan tapi disebabkan modal dah takde, nak tak nak kena mengadap jugak pegawai2 bank tu.. huhu.

    1. md Post author

      @abgensem… ye la bro.. sebab modal takde kita kena jugak buat loan… cuma cari loan yang baik lah 🙂

Comments are closed.