Ekonomi US Kena Hentam Teruk

      3 Comments on Ekonomi US Kena Hentam Teruk
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Semalam aku tidur lewat sikit (actually, tiap2 malam pun haha). Kebetulan dok belek-belek posting lama sambil cari ilham nak buat ebook (huhu.. dah lama weh aku simpan azam nak tulis ebook, tak jadi-jadi) aku pun masuk website CNBC (http://www.cnbc.com/id/44017828). Nak jenguk apa berita ekonomi terkini dunia, cewahh..macam menteri kewangan la pulak huhu.

Terkejut beruk yop, Wallstreet punya pasaran saham jatuh almost 3% masa tu, then recover ke 2%. Semua saham utama Wallstreet macam DJIA, S&P 500 dan NASDAQ bedebuk jatuh. Hari Isnin lepas, lawmaker US dah setuju untuk naikkan had hutang (debt ceiling) kerajaan US untuk membendung masalah ekonomi mereka. Hari Selasa pulak, senat diaorang pulak vote bersetuju dengan cadangan naikkan had hutang tu (nak tambah hutang lagi banyak). Kononnya, nak bagi pelabur-pelabur relax dan focus kepada pemulihan ekonomi.

Semalam market macam tak suka yop, masing-masing pelabur macam tak confident aje dengan taktik kerajaan US tu. Semua macam realisedkan profit atau cut further losses dari market. Aku taktau la ke mana diaorang switch (pindahkan) dana saham mereka tu. Sebabnya, harga emas pun jatuh jugak masa tu, termasuk semua komoditi-komoditi lain. Kebiasaannya, emas, komoditi dan bond akan jadi pilihan pelabur-pelabur ni untuk pindahkan duit mereka bila pasaran saham tak stabil. Tapi bila bond yang mereka pegang pun macam tak boleh nak bagi pulangan yang diharapkan, apa lagi, kasi cabut la yop…

Kita tengok sehari dua ni, macam mana kesan dia ke atas ekonomi dunia (global). Sebabnya, masa Europe kena hari tu (tak setel-setel lagi), memang ada impak la jugak dekat Malaysia dan negara-negara lain. Ini US, lagi la bapak besar impak dia.

Nak tak nak yop, kita kena prepare jugak la sedikit sebanyak nak hadapi tempias kejatuhan ekonomi US ni. Memang kita tak boleh lari pun, tapi at least kita tahu akibat dan kesan kalau kita tak waspada dengan masalah yang bakal menimpa. Terutama sekali dari segi keupayaan kita untuk terus hidup tanpa beban hutang tak berbayar dan pendapatan yang tidak menentu.

Sapa-sapa yang main saham tu, tak kiralah KLCI ke, FKLI ke, FCPO ke, kena siap sedia dengan strategi peperangan masing-masing hehehe.. macam futures market, dia dua hala. Naik pun dia balun, jatuh pun dia balun huhu.. so kalau trading system/plan kita betul, insyaAllah ada peluang mana-mana direction market pergi.

Kita tengoklah nanti macam mana, cuma aku nak share news ni untuk alert kawan-kawan kat luar sana apa yang sedang berlaku kat dunia luar. Jumpa lagi yop.

Terima Kasih

3 thoughts on “Ekonomi US Kena Hentam Teruk

  1. md

    @mohd, aku baca dah news link ko tu, dia tak sebut switch ke cash directly, dia cakap investor macam dah takde tempat nak sorokkan duit diaorang tu. Nak beli gold, silver, crude oil ke, semua tu pun kena belasah sekarang nih..semua down.

    Dia nasihat, investor jangan panic hahaha.. sebab ramai dah tak tido malam.

    pada aku, cash pun vulnerable, tambah pulak kalau matawang tu kena hantam dengan speculator… hancus yop..

    errrr.. kalau beli ayam atau kambing OK dak?… huhu

Comments are closed.