Kisah Beri Taklimat Bidan Terjun pasal Futures Market

Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Minggu sebelum puasa bermula (akhir bulan 7), aku dan Don (trader fcpo yang dah berbelas tahun trade fulltime) berkesempatan melawat rakan-rakan traders lain di JB. Don cakap, jemputan dibuat last minute oleh sorang member dia, so dia taktau nak ajak sapa sebab nak pegi hari Jumaat masa market live (diaorang suruh Don share tips realtime).

So, Don ajak aku temankan dia pasal tuan Jai (pie) sure akan buat alasan nak kena ambik anak pukul 5pm hehehe. Kitorang naik flight lepas subuh dari LCCT ke Senai dan dijemput ala menteri hal ehwal dalam negeri oleh Farhan, Akmal dan Rahman huhu.. lepas salam-salam serba sedikit, kami macam dah kena culik, terus di bawa dengan kereta sport super-pantas Rahman ke satu hotel di Skudai untuk memberi taklimat pada geng-geng mangsa-mangsa lain.

Sampai je kat lobby hotel, kami berdua rasa “cuak” semacam. Wei Don, diaorang ni kata nak borak kedai mamak je! ini jemput ke hotel ni apa kehei nye yop. Masuk je ke lobby dah terpampang “Welcome to Mr DON” hahahaha… gelak besar aku ngan Don tengok hasil pertukangan minda diaorang nih.. ampeh! kalau ye pun nak buat surprise, tunggu la masa birthday ke hari ulangtahun masuk jawi ke ape ke weh..

Don siap ambik gambar dekat notice board event schedule dekat lobby hotel, sebab terharu dan hampir menitiskan air mata (aku tokok tambah yang ni) bukan sebab happy, tapi terkesima taktau nak cakap apa. Naik je ke tingkat 1, kami dibawa ke bilik seminar yang sekali lagi buatkan usus besar kitorang bersimpul. Siap ada 20 orang dok tunggu dalam bilik seminar nak dengar Don bagi ceramah.

Nasib baik tok guru silat pulut kitorang pernah pesan, “Kalau rasa geram sangat kat orang, jangan pukul tengkuk diaorang, cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembus kat ubun-ubun sendiri“. Aku tengok Don cuba amalkan petua tu (aku agak la, sebab nampak dada dia turun naik dan bibir dia sedikit terjuih menghala ke atas). Sementara tu, si MOHA (tok ketua delegasi 20 orang peserta) beri ucapan pembukaan dan siap bagi agenda seminar dari pagi sampai pukul 6pm. Hahaha.. berpeluh kitorang yop, sebab tak ready ape benda. Laptop ada la bawak, tapi slide ke ape ke, yilek, takde. Mana tau expectation diaorang gitu.

Dipendekkan cerita, dengan hebatnya ucapan sulung Don berjaya memukau semua mata yang ada dalam bilik seminar tu, termasuklah yang pura-pura melihat takut Don kecik hati. Don cakap, “nak cerita apa? semua dah tau kan” hahahaha.. spot on!. Memang takyah cerita apa-apa pun kat diaorang ni, kalau dah tahu trade dalam futures market, sure dah tau apa nak dibuat, ye tak? huhu…

Memandangkan tak sampai hati nak hampakan peminat-peminat Don yang begitu harapkan secebis kasih sayang ilmu dari trader sejati macam Don, sesi diskusi tentang teknik-teknik nak “baca” market dibuat secara impromptu. Takde silibus dan takde nota. Main hentam gitu-gitu aje. Dah tu, bukan kitorang diberitahu yang sesi bertemu peminat kawan2 JB ni nak kena buat macam kursus pulak. Kalau tahu, siang-siang lagi kitorang tak jadi datang hahahaha..(pandai korang ye tak cakap)

Apa pun, aku tengok sesi yang pada mulanya nampak slow, bertukar jadi aktif bila para peserta dan tuan penceramah berbincang tentang macam-macam topik berkaitan market, indicators, signal, chart patterns dan candlestick. Rasa seronok jugak bila dapat berinteraksi dan share sedikit experience dan ilmu (yang mengarut pun ada) dengan kawan-kawan. Aku rasa macam bagus pulak tak buat proper planning. Baru keluar aura sebenar real trader hahaha..

Yang hadir rata-rata part time trader. Mungkin ada la few people yang dah fulltime, sebab kitorang takde lah interview sorang-sorang. Tapi ada juga di kalangan peserta tu yang dah biasa buat formal course dan coaching pasal FCPO kat public (berbayar lak tu beb, ada service bagi tips pakai phone dan SMS). Rasa janggal jugak nak bagi tips pada orang yang kerja bagi tips kat orang lain huhu.. Harap jangan tension kalau indicator yang kitorang share semuanya tak boleh pakai atau boleh ditong-sampahkan.. hahahaha.

Oh terlupa, “seminar poyo” yang diadakan tu takde bayaran pun. Peserta-peserta seminar tu, aku rasa ada la kot share duit untuk bayar booking bilik seminar dan makan-makan. Kitorang pun takde check-in hotel untuk stayback, terus je balik malam tu jugak lepas dinner sama-sama. Terima kasih banyak la tuan-tuan dan puan (sorang je pompuan hadir) di JB. Lain kali turun JB, kita buat formal seminar, kita buat lebih tersusun dan lebih ummpphh gitu. Harap jangan serik ye 🙂

OKlah, bagi yang teringin nak belajar sikit sebanyak pasal futures market, apa kata korang selak-selak website ni. Aku dah baca, bagus jugak info yang dia bagi untuk beginners dan yang nak buat ulangkaji. Korang kena click dekat kotak drop-down menu untuk tukar ke page-page lain bila dah habis baca satu-satu topik.

http://www.oilngold.com/tutorials/futures-trading-guide/introduction-20080719141/

Kalau tak paham English, cuba bukak guna Google translate. Boleh tahan jugak translation dia, ada la sikit-sikit yang dia translate jadi merapu, secara keseluruhan OK.

Kalau tak paham jugak, hantuk dahi ke lutut cari lagi la website lain untuk penerangan lanjut. Seronok belajar pasal technical analysis dalam futures market ni, sebab kalau dah pandai boleh apply kat market lain macam gold ke, silver ke, crude oil ke atau di stock market biasa macam Bursa KL. Aku tak nampak lagi orang guna technical analysis dan chart pattern untuk pasaran hadapan Ayam kat pasar. Kalau itu haiwan ekor berpintal, memang ada market untuk dia, ramai betul orang makan itu haiwan muncung.

Lepas kitorang turun JB aritu, ada jugak permintaan dari orang lain untuk kitorang buat CPO seminar. Tengok la macam mana. Nak kena discuss dengan Don dulu, dia tu sibuk mengalahkan artis yop!. Hari tu pun sakan orang mintak nak bergambar. Kalau kitorang buat pun, lebih kepada knowledge sharing session pasal technical analysis for intermediate dan traders yang nak tahu macam mana nak manage risk and protect equity in the long term. Yang beginners course, ada kawan lain yang dah nak buat. Nanti kalau ada apa-apa news, akan diwarwarkan insyaAllah.

Terima Kasih

4 thoughts on “Kisah Beri Taklimat Bidan Terjun pasal Futures Market

  1. shah

    salam bro,
    teringin sgt nk join nie…nnt kalo buat dekat lembah klang roger2 laa..”saya mesti pilih” 😀

Comments are closed.