Kenapa Harga Emas Naik Mendadak?

      1 Comment on Kenapa Harga Emas Naik Mendadak?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Orang dok kecoh (sibuk) pasal harga emas naik gila-gila sekarang ni, yang nak kawin sure seram sejuk nak pegi kedai emas. Aku pun nak share sikit lah komen peribadi sekadar apa yang aku baca dan dengar pasal emas ni. Kalau ada fakta atau cerita yang tak berapa betul, korang pegi lah tanya yang lebih arif. Sebabnya, aku sendiri belum sempat lagi nak invest dalam pasaran emas secara serius (mungkin satu hari bila dah bersedia), jadi ada banyak benda yang aku tak leh komen sebab tak tau.

Wife aku pun dah mula tunjuk minat nak berkecimpung dalam pelaburan emas. Dah macam-macam group di FB dia join hehehe. Tambahan pulak, orang pompuan ni memang naluri dia dekat dengan emas. Si suami je buat2 tak paham. Nak harap kita pegi kedai emas beli dia seutas rantai ke, gelang ke, cincin ke…huh! jangan harap la yop. Puas ngajak baru pegi, itu pun duduk luar kedai hahaha.

Bukan apa, aku tak reti bab-bab emas perhiasan ni, satu lagi handbag, jangan suruh aku beli, sure tak berkenan. Serik dah aku beli handbag pompuan kalau ada peluang out station kat luar negara (alah 2 kali aje pun aku beli hahaha), bawak balik dengan hati berbunga2 nak bagi present, last2 kena komen “Apa ni bang beg awak beli..” luntur hati yop…aku ingat kalau handbag besar tu practical, pasal boleh taruk botol susu anak, batu-bata alat make-up, telefon dan macam-macam lagi. Bukan gitu yop, pompuan ni taste dia lain macam. Aku surrender!

Sekarang ni ramai betul orang buat group promote melabur dalam emas, ada yang jual jongkong, ada yang jual syiling, ada yang jual emas perhiasan, ada yang jual emas dalam bentuk buku simpanan dan macam-macam lagi. Ikut hukum mudah supply and demand, bila permintaan tinggi, harga akan naik, begitu juga sebaliknya bila harga turun, maknanya permintaan dah berkurangan.

Ditokok tambah pulak dengan krisis ekonomi dunia yang bersandarkan matawang kertas tengah merudum (Eropah dan USA), bila matawang kertas dan pasaran saham yang berorientasikan aliran modal tunai susut nilai, para pelabur akan mula beralih arah memindahkan dana pelaburan mereka kepada pasaran yang terbukti lebih stabil sejak zaman berzaman, iaitu emas.

Dalam zaman pemerintah khalifah Islam lagi, emas dan perak sudah digunakan sebagai matawang atau sandaran nilai kepada barangan. Sifatnya yang kalis ekonomi (naik atau turunnya ekonomi, tidak mempengaruhi sangat harga emas) menyebabkan ianya menjadi pilihan terbaik. Akhir kurun ke 18 (tak silap aku), negara Barat mula mengubah persepsi dunia terhadap penggunaan emas kepada menggunakan matawang kertas.

Pada mulanya, setiap wang kertas yang dicetak masih disandarkan kepada nilai emas yang disimpan di bank pusat. Namun, lama kelamaan, ada negara yang tidak lagi menggunakan nilai emas sebagai sandaran, tetapi merujuk kepada keadaan ekonomi negara mereka (GDP) sebagai sandaran wajar terhadap nilai matawang mereka.

Secara umumnya, sekarang ni pelaburan emas memang nampak lucrative. Tapi kena ingat, setiap apa jenis pelaburan pun mesti ada peluang dan risiko. Jadi kita kena ada ilmu, kemahiran dan fundamental theory yang patut kita kuasai dulu kalau nak pergi jauh dalam bidang ni. Jangan main ikut-ikut saja. Bak kata sorang kawan aku tu, “Kalau semua orang dah mula bercakap pasal benda yang sama, mungkin agak terlambat untuk kita ikut serta pada masa tu“.

Tapi kalau tengok dari chart harga emas ni, dia naik tak reti-reti turun hahaha. Bila credit rating negara USA diturunkan dari tahap AAA kepada AA+ sahaja, kelam kabut yop pasaran saham dunia. Semua orang berebut transfer dana mereka ke emas sebelum lagi rugi. Market pun meletup la.

Paul Krugman, MIT economics professor cakap – “because of the mass mentality of the trendy, short-term shareholder, investors pull in and out of the latest and hottest stocks. This results in stock prices being distorted and the market being inefficient. So prices no longer reflect all available information in the market. Prices are instead being manipulated by profit seekers.

Korang paham ke statement professor tu cakap? hehehe.. dia cakap, kenaikan harga pasaran (tak kira la saham ke, minyak ke, emas ke) biasanya dimanipulasi oleh orang yang nak cari keuntungan, bukan keadaan sebenar pasaran masa tu. Jadi, kita jangan pulak terjebak dalam perangkap manipulasi harga. Sebab bila panic-mode ni habis, takut kita tertinggal dalam bakul sorang-sorang. Sebab tu aku cakap, penting untuk kita tahu pasal market, kena ada ilmu dan kemahiran untuk baca market. Baru best yop..

Since aku memang open (dan suka) pada apa-apa jenis instrumen pelaburan yang halal dan tidak ponzy (bukan skim menipu), aku positif pada hakikat pelaburan emas adalah satu medium pelaburan yang baik. Cuma nasihat aku sekali lagi, ambik tahu sedikit sebanyak pasal istrumen pelaburan yang korang nak masuk tu sebelum buat keputusan bijak untuk melabur. Jangan main ikut-ikut saja macam unta padang pasir hehehehe.. selamat berpuasa yop 🙂

Terima Kasih

One thought on “Kenapa Harga Emas Naik Mendadak?

  1. mohd

    setuju sesgt.. jgn melabur sbb org lain melabur.. nanti org lain dpt hasil, kita nganga.. itu jam, start nak salahkn org lain plak..

Comments are closed.