Hartanah 101: Lokasi Lokasi Lokasi

      4 Comments on Hartanah 101: Lokasi Lokasi Lokasi
Share this..
  • 8
    Shares

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Masa nak parking kereta pegi solat terawih beberapa hari lepas, aku ternampak satu iklan yang dah jatuh atas tanah. Aku snap gambar iklan tu pasal aku seronok hehe.. pasal apa seronok pulak, sebabnya market value rumah aku sekarang dah naik lagi..wow!

Kalau masa tahun 1998, harga rumah yang aku beli tu RM169,000. Sekarang boleh dijual dalam lingkungan RM300,000 ke RM350,000 (kalau dah renovate lagi tinggi). Maka kenaikannya ialah dalam 207.10% untuk tempoh 13 tahun (1998 ~ 2011. Jadi secara purata, kadar kenaikan tahunan (pulangan kalau jual tahun 2011) ialah 15.93% setahun. Kalau nak refinance pun, kita akan dapat cash-back yang agak besar. That’s a very good investment yop 🙂

Aku beli rumah yang duduk ni dulu tahun 1998. Masa tu Pemaju buat promotion, diskaun 5% dari list price sebab sales slow. Deposit just bayar 5% masa sign S&P (booking fee tak silap aku dalam RM1K kot). Dia bagi masa 6 bulan untuk cari financing. Lama jugak tu tempoh dia bagi sebab masa tu ekonomi dah nak start gawat. Tak ramai orang boleh beli rumah dan dapat dapat financing dari bank. Kalau yang kerja sendiri, lagi la susah nak apply loan.

Alasan utama aku beli kat area tu sebab office wife aku dekat. Dalam 7km je jarak office dia ke rumah aku tu. Satu lagi, sebab nak beli kat dalam KL, harga dah melambung tinggi. Lagipun gaji kitorang masa tu cukup-cukup makan je. Nak menyewa kat KL pun mahal, so lebih baik cari rumah kat luar KL sikit, tukar duit sewa kepada bayaran balik pinjaman rumah (bertambah la sikit komitmen bulanan, tapi berbaloi sebab nanti rumah tu kita punya).

Kalau ikut lokasi perumahan tu, jarak dia 25KM dari KL, 15KM ke Putrajaya dan 30KM ke Petaling Jaya. So, kira ok la. Cuma jalan nak masuk ke area tu awal-awal dulu sedikit horror.

Masa aku dan wife gi survey tapak projek perumahan tu, jalanraya tak berapa rata. Lori besar keluar-masuk. Jalan selorong (2 hala), berlubang-lubang dan kalau hujan lebat, ada tempat akan banjir kilat. Dekat kiri kanan jalan pulak masih banyak semak samun dan ada macam-macam kedai “segera” ada. Ada kedai jual kereta potong, ada kedai beli besi buruk lah, ada workshop motor, dan yang paling popular ialah kedai jual jamban (kedai hardware).

Aku geram betul kat ada sorang kawan aku dulu tu, ade ke patut, bila aku cerita duduk dekat area mana, dia cakap “Ooooo… yang jalan banyak jual jamban tu ehh..” ampesss! huhu..

Lepas ekonomi dah mula OK dengan projek Putrajaya yang meletup!, baru lah ada ura-ura kerajaan nak bagi projek upgrade jalanraya sekitara Kajang. PM kita yang sebelum ni, kebetulan ada sebuah rumah dekat area MINES Wonderland (rumah singgah ke rumah apa aku tak sure) kiranya jalan utama dia sama dengan jalan nak ke rumah aku. Projek tu ialah lebuhraya SILK yang dah siap sekarang ni.

Lepas projek tu siap, jalan yang dulu selorong dah jadi 3 lorong yop. Boleh nampak la kereta yang suka buat zig-zag bermarajalela kat jalanraya. Itu sure yang nak balas dendam masa dulu hari-hari tempuh jem. Memang berubah terus la senario kawasan tu. Bila prasarana seperti jalanraya dah bagus, secara automatik pembangunan akan berkembang pesat kat kawasan tu.

Sekarang ni, dah susah dah nak nampak semak tepi jalan macam dulu-dulu. Pasaraya macam-macam ada kat area sini. Jusco, Carrefour, Giant, Econsave. Sekolah pun banyak. Baru-baru ni Columbia Hospital pun baru bukak. Kemudahan public transport pun bagus. Nak naik komuter dan LRT pun dah dekat. Pendek kata, memang lokasinya OK (paling tidak aku sendiri rasa selesa dan puas hati kalau dibanding dengan masa aku baru-baru duduk dulu).

Ditambah pulak, projek MRT yang baru diumumkan tu memang ada satu stesen dia dekat dengan area rumah aku. Lagi la meletup yop property area sini.

Apa yang aku nak tekankan dekat sini ialah, kadang-kadang kita tak tahu apa akan jadi dekat satu-satu tempat, terutama masa kita nak buat keputusan membeli hartanah kawasan tu. Seelok-eloknya, kita datang dan buat survey sikit dekat area tu. Tengok kemudahan asas, persekitaran, jalanraya, kemudahan awam, public transport dan landmark utama yang berdekatan. Ada orang kata, kalau kat kawasan tu ada restoran McDonalds, itu petanda kawasan tu akan BOOM. Hahaha.. taktaula iye ke tidak.

Yang penting bila kita bercita-cita untuk beli rumah samada untuk duduk sendiri atau untuk disewakan (atau nak simpan buat pelaburan), pastikan kita buat kajiselidik tentang lokasi hartanah yang kita minat tu. Kalau dapat tanya kawan-kawan yang kerja bahagian perancangan bandar, apa akan jadi dekat kawasan tu dalam tempoh 5 ke 10 tahun lagi best yop. Siang-siang kita dah membeli hehehe.

Sebab tu, salah satu tips penting bila kita nak buat pelaburan hartanah ialah pilihan lokasi yang tepat. Sampai 3 kali ditekankan – Lokasi, Lokasi dan Lokasi. OK yop, jumpa lagi nanti, selamat berpuasa 🙂

Terima Kasih

4 thoughts on “Hartanah 101: Lokasi Lokasi Lokasi

  1. Rumah.Net

    housing loan says
    Ya, macam Donald Trump juga cakap lokasi adalah yang amat penting. Tapi sekarang harga rumah telah naik banyak dan economi dunia semakin rusuk, mungkin harga rumah akan runtuh tak lama lagi.

  2. md

    @fizal & bri.. itula.. tapi tak semudah yang disangka nak beli dekat lokasi dengan harga yang kita nak hehe.. itu yang kena survey “luar” sikit dengan info2 berkaitan tempat tu… tuan2 ada info baeeek punya kasi kongsi la sini huhu..

Comments are closed.