Kisah Pelabur Misteri Dari Luar Negara

      5 Comments on Kisah Pelabur Misteri Dari Luar Negara
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Bulan ramadhan ni kalau korang perasan, masjid-masjid dan surau-surau ramai umat Islam yang datang. Program yang diatur macam solat terawih, tadarrus Al-Quran dan tazkirah Ramadhan dapat sambutan menggalakkan. Ramai yang taknak lepaskan peluang untuk rebut ganjaran yang lumayan bila kita rajin beribadah di bulan yang mulia ni.

Kalau bulan-bulan biasa, setakat maghrib dan isyak aje lah sempat kita jenguk masjid atau surau. Waktu-waktu lain samada kita sedang bekerja atau pun tak bangun lagi (time subuh ler tu haha).

OK, ni aku nak cerita kisah dari seorang jiran aku. Lepas terawih semalam, dia datang dekat aku untuk tanya satu soalan. Lebih kurang gini soalan dia “Boleh tak kita nak tau sender email kita tu dekat mana, kalau boleh PC dia tu kat mana”. Wah macam serious je soalan jiran aku ni. Ada orang ugut dia buat kes tak senonoh dengan artis popular ke hahaha, otak aku dah fikir bukan-bukan.

Aku jawap, “Boleh. Kalau nak tahu kawasan geografi atau locality penghantar, kita boleh check dari IP address sender yang ada dekat “header” email yang kita dapat. Tapi kalau kita nak tahu alamat rumah atau lokasi sebenar PC penghantar tu di mana, kita kena mintak kerjasama dari ISP (Internet Service Provider) yang penghantar tu guna. Contoh, kalau IP address penghantar dalam network TMNet, maka TMNet boleh tahu alamat rumah/pejabat/cybercafe/dll penghantar tersebut. Biasa polis akan mintak ISP buat benda ni kalau ada kes jenayah.”

Panjang lebar jugaklah aku cerita dekat dia macam mana penghantar email boleh “tipu” alamat IP dan cara-cara penjenayah cyber lain boleh mengelak dari dijejaki bila nak buat kerja-kerja jenayah. Tapi yang dia berminat nak tahu tetap yang satu itu je, boleh atau tidak kita nak pastikan di mana lokasi penghantar email yang kita dapat.

Cerita dia macam ni, kawan aku ni dapat satu email dari London (kononnya). Penghantar email tu menawarkan dia satu job untuk membekalkan cecair kimia untuk mencuci batu permata (gemstone) sebanyak beratus-ratus tan. Jumlah pesanan dalam lingkungan USD400,000. Banyak tu. Pesanan tu perlu dihantar ke London, United Kingdom. Disebabkan pembekal cecair kimia tu berpengkalan di Sabah, Malaysia, maka dia nak member aku ni jadi middleman tolong supply untuk dia di London.

Dari berhubung dengan email, pembeli misteri tu dah mula call member aku ni untuk discuss over the phone. Dia cakap, nanti dia suruh contact kawan dia di Sabah untuk dapatkan cecair kimia tu.

Tapi member aku pelik, kalau betul orang tu kerja di UK dah lama, kenapa “slang” cakap dia tak macam orang duduk UK lama. Itu satu, lepas tu, dia bagi nombor kawan dia yang boleh bekalkan cecair kimia tu kat Sabah. Kenapa Sabah?, ada kemungkinan ke dia taknak langsung jumpa face-to-face, so kedua-dua orang ni kononnya duduk jauh. Ketiga, bila member aku check dekat Internet nama cecair kimia yang dia bagi tu, memang tak wujud. Nama yang dia bagi tu ialah nama batu permata, bukan cecair. Takkan orang yang nak order ratus-ratus ribu USD tak tau apa yang dia nak beli.

Untuk mengesahkan order dari pembeli misteri tu, member aku mintak dia keluarkan PO (purchase order). Pembeli tu bagi alasan, boss dia akan turun sendiri dari UK dan bayar CASH, so tak perlu lah PO. Hairan bin ajaib, mana ada orang order kuantiti banyak macam tu tak pakai PO. Lagipun, ini first time business antara kedua-dua belah pihak.

Hahaha, drama ni diteruskan lagi. Bila member aku tu call kawan pembeli misteri tu di Sabah untuk tanya macam mana dia nak order cecair kimia tu, orang kat Sabah tu mintak dia bayar 10% deposit dulu. Hahahaha… masa ni yang kawan aku tu rasa tak berapa sedap hati, macam ada yang tak kena aje ni. 10% dari USD400K banyak tu yop. Dah ler pembeli sebenar dan misteri tu langsung takde bagi jaminan yang order dia sah. Start dari situ, member aku ni sengaja lengah-lengahkan urusan sebab nak tanya kawan-kawan.

Aku cakap kat kawan aku tu, nasib baik ler ko tanya aku dulu. Ini orang panggil SCAM yop. Memang berleluasa dekat Internet. Scammer akan hantar email kepada beratus-ratus email address yang dia dapat dari laman web (sebab tu jangan pamer email address kita suka-suka), dari database yang dihack dan sebagainya, menggunakan program atau script automatik. Dia hanya akan menunggu “mangsa” yang “terkena” membalas email tersebut, sebelum memulakan “DRAMA” yang menawarkan offer yang membuatkan kita tak boleh tidur malam punya.

Biasanya, tawaran adalah dalam jumlah yang besar (ratus-ratus ribu atau main juta). Tapi dia akan mintak “mangsa” mendepositkan sejumlah wang (10% contohnya) sebagai tanda serious. Kalau 10% dari RM500,000 dia akan dapat RM50,000 senang-senang je.

Dia akan menyamar kononnya berada di luar negara. Dia akan buktikan dengan membuat panggilan ke handphone kita dan nombor yang tertera “Private Number”. Jadi kita pun akan percaya yang kita tak boleh jumpa dia face-to-face. Bila dia buat panggilan telefon tu, kadang-kadang dia guna SKYPE atau YM voice over IP ke phone kita. Itu yang kat telefon kita muncul nombor “pelik” atau “private number” bila panggilan tu dibuat.

Modus operandi orang menipu ni memang berubah-rubah dan makin canggih. Siap boleh buat filem. Kita pulak yang memang “mata duitan” atau menanti peluang “untung besar”, mungkin boleh terjebak dengan tipu-daya mereka ni tanpa disedari. Nasib baik, macam kes kawan aku ni dia tanya kawan lain. So, kita bolehlah share kes-kes lain yang hampir sama. Buatnya dia dah bayar deposit 10% tu, baru nak buka cerita kat kita, tak ke bengkak hati kalau tahu yang dia sudah ditipu.

Lepas dapat duit kita, sure minah atau mat yang berlakon jadi pembeli tu akan hilang terus tanpa dapat dijejaki. Sebab tu mereka ni akan cakap “KAMI PELABUR DARI LUAR NEGARA”, supaya kita rasa “best” dapat deal dengan pembeli dari oversea. Yang lagi haru ialah, kita akan setuju dengan syarat-syarat pelik bin ajaib mereka walaupun tak dapat tengok dan jumpa mereka secara bersemuka.

Pesan aku satu je, kalau tiba-tiba korang dapat email misteri dari orang yang kita tak kenal, menawarkan peluang perniagaan atau pelaburan yang sangat menarik, ingat perkataan tok guru silat pulut ni pesan “it’s too good to be true”. Macam mana dia boleh randomly dapat email kita cara macam tu. Kalau korang tengok, kadang tu, nama dan email kita pun tak appear dekat “recipient address” dalam email tu. Itu tandanya dia broadcast to thousands of email addresses (guna Bcc: field) menggunakan skrip atau program.

Ingat ye tuan-tuan, jangan biarkan diri anda dan keluarga anda diselubungi Misteri Pelabur Luar Negara hehehehe..salam ramadhan 🙂

Terima Kasih

5 thoughts on “Kisah Pelabur Misteri Dari Luar Negara

  1. mohd salfee

    mcm2 scam ada.. aku pn pnh dpt e-mail scam jgk cuma skripnya bebezalahh, mmg pyh nk pecaya.. agaknya scam mcm ni org jrg report, tu psl tak kena tangkap penyangak nye

  2. askrool

    aku penah dapat call dari Power Root kononnya menang 15k…… bila dia mintak no acc bank aku cakap aku nak keluar TV pegang cek besar …terus dia letak tpon…..scam jugak kot

  3. md

    @salfee .. yup, scam jenis dari email ni org jarang report. itu yang masih berleluasa..

    @askrool .. wow 15K dia nak bagi, tengok, kalau scam, reward dia mesti nilai besar punyaa

Comments are closed.