Bekerja dari Rumah

      4 Comments on Bekerja dari Rumah
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku rasa ramai yang simpan impian nak bekerja dari rumah (work from home) atau pun istilah formal dia panggil teleworking atau SOHO (small office home office). Dalam takrifan lebih dalam lagi, lebih seronok kalau bekerja dari rumah tu, untuk diri sendiri. Maknanya kita boss, kita jugak kuli (pekerja). One-man-show.

Aku rasa dulu-dulu pernah aku cerita pasal keperluan macam mana kalau nak buat kerja dari rumah, iaitu kena ada komputer, talian telefon, Internet, mesin faks dan printer (all-in-one lagi bagus).

Kali ni aku nak share pasal perkara yang patut difikir-fikirkan kalau kita bercita-cita nak bekerja dari rumah, iaitu kerisauan utama bagi pemilik perniagaan yang bekerja dari rumah:

1. Tidak cukup duit untuk meneruskan perniagaan.

2. Menghidap penyakit kritikal (diri sendiri atau pekerja utama).

3. Hilang pelanggan kepada syarikat lebih besar dan teguh.

4. Kemungkinan akan kembali bekerja setelah tidak berjaya.

Faktor kerisauan pertama, iaitu risau tak cukup duit untuk teruskan perniagaan. Bagi mengelakkan risiko ini, kita perlu mengenalpasti jenis perniagaan yang betul-betul memberi pendapatan tunai secara berterusan (cash-cow). Ianya mungkin juga passive income yang kita telah bina sejak dari dulu lagi. Seperkara lagi, kita harus ada disiplin pengurusan aliran tunai (cash-flow) yang sangat tinggi. Disamping itu, dana kecemasan (backup fund) 2+1 aliran modal tunai perlu ada untuk digunakan di saat-saat kecemasan (paling tidak 3 bulan).

Faktor kedua, iaitu kemungkinan menghidapi penyakit kritikal yang menggangu operasi perniagaan persendirian. Cara mengurangkan risiko ini ialah dengan mengambil pelan perlindungan perubatan (medical card/insurance), perlindungan insurans hayat dan sebagainya. Kita juga perlu mengenalpasti sumber-sumber lain dari segi pekerja dan rakan niaga yang dapat membantu menguruskan perniagaan kita ketika kecemasan.

Faktor ketiga, iaitu kemungkinan hilang pelanggan kepada syarikat lebih besar. Kita perlu lebih peka kepada perubahan kos dalam produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Disamping itu, kajian mendalam untuk mempertingkatkan produk dan perkhidmatan perlu dibuat secara berterusan untuk mempastikan perniagaan kita mempunyai nilai tambah dan lebih menarik di hati pelanggan.

Meneroka bidang baru dan perkongsian pintar juga boleh membantu kita mengelakkan dari tersisih terus dari perniagaan utama jika pelanggan beralih arah. Antara perniagaan lain yang boleh diceburi ialah seperti francais, value-chain business dan perniagaan yang memberikan royalti atau komisen untuk setiap jualan produk dan perkhidmatan.

Faktor keempat ialah, kerisauan apabila semuanya gagal dan kita terpaksa memohon kerja kembali seperti dahulu kala. Untuk itu, kita perlu fokus dengan apa yang kita usahakan, mempunyai model perniagaan yang jitu dan kita juga seharusnya kreatif dengan idea perniagaan kita.

Kajian menunjukkan sebab utama mengapa orang suka bekerja sendiri di rumah ialah kerana Kebebasan (30%), Fleksibel (25%), Seronok(12%) dan Ganjaran kewangan (12%).

Apa pun yang kita nak buat bila bekerja sendiri dari rumah, perlu ada perancangan yang teliti dari segi pengurusan perniagaan dan pelan kecemasan (backup plan) yang bagus sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga.

Terima Kasih

4 thoughts on “Bekerja dari Rumah

  1. nmtarmizi

    apa yang dikongsi memang tepat, izinkan saya kongsikan sedikit pengalaman SOHO yang saya usahakan masa ini, Mula mula memang rasa takut nak bukak SOHO, modal banyak jugak la yang saya gunakan, walaubagaimana saya yakin boleh berjaya, kadang2 xyakin pun ada…dia ada sindrom coco cola…tapi saya gagahkan jugak keinginan untuk buat, kena berani, jihad kerana allah, yakin allah bersama saya itulah kekuantan saya….almadurillah baru bukak sebulan lebih percapian tertinggi sehari RM372/day….biasa sekitar RM80-120/day…pendapatan saya lebih baik dari gaji bersih saya RM1600/sebulan…saya ada kebebasan, seronok. ada lebihan wang..allah sahaja yang tahu….berniaga ni sunnah nabi…SOHO mmg best, pengunaan minyak kereta pun sekitar RM100- 120 jah sebulan..jimat bykk….

    1. md Post author

      @nik .. alhamdulillah, tuan dah dapat apa yang dihajati, teruskan usaha semoga berkat dan beroleh kejayaan selamanya, insyaAllah 🙂

  2. azuwairy80

    saya masih lagi tercari2 cara-cara nak bisnes dari rumah…masalahnya ialah saya nak jumpa mentor yang boleh tunjuk ajar saya dari saya urus website hingga dapat income…belum jumpa, saya kat kluang. klu ada lah saya mmg nak belajar dan dapat income hari2 rm100 sehari pun dah ok utk newbie macam saya.

Comments are closed.