Market Sebelum Cuti Hari Raya

      4 Comments on Market Sebelum Cuti Hari Raya
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Apa macam persiapan raya korang? Sure sakan nih, tiap-tiap minggu shopping complex sesak dengan manusia hahaha.. aku takleh pegi wei kalau dah ramai-ramai sangat ni. Nak cari parking pun susah. Nasib baik lah, mem pandai curi-curi masa sebelum ni pegi beli siang2 lagi baju budak-budak. Kalau tak, aiyo… tak sanggup weii berasak-asak masuk shopping complex.

OK, hari ni aku nak share sikit pasal market (bukan pasar jual ikan yop, ni pasaran saham) sebelum cuti raya minggu depan. Hari Jumaat lepas, Bursa Malaysia dah announce kenaikan margin untuk FCPO kepada RM8,500 satu lot bermula 25 Ogos 2011. Biasanya, kenaikan ni untuk elakkan “margin call” bagi traders yang ada overnight position. Bagi “intraday” traders, kalau keluar sebelum tamat setiap sesi dagangan, takde effect sangat.

Pagi tadi, seperti biasa, lepas check email, aku akan jenguk-jenguk website global news termasuklah economic review seperti Bloomberg, CNBC dan Reuters. Dari situ, kita boleh dapat berita market outset tentang apa yang bakal terjadi hari ini dan minggu ni pada local market. Macam aku cakap dulu, selain dari analisa teknikal, fundamental news jugak boleh memberi input kepada strategi trading kita. Jika dicampur kedua-dua teknik ini, trading plan kita akan lebih kemas dan ampuh.

Bagi pelabur emas, news pagi ni akan menyebabkan ramai yang menyeringai (senyum lebar) walaupun takde orang buat lawak kat depan mereka hehe.. Gold dah cecah melepasi paras USD1900 satu ounce. Satu paras tertinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ni.

Menurut laporan dari Bloomberg“Gold’s rally to a record above $1,900 an ounce has pushed the metal to overbought levels according to technical analysis tools, as economist Dennis Gartman said prices will go “parabolic.” Komen dalam laporan ni cakap harga emas sudah melepasi paras “terlebih beli” (overbought) atau harga yang melepasi tahap ketinggian yang munasabah.

Kalau kita tengok chart 1 jam (semasa artikel ini ditulis) kat bawah ni, boleh nampak candlestick pattern Emas yang sedang menaik dan berada di atas moving average (MA) line. Slow stochastic juga dah cecah area 75%, ada baki 25% lagi sebelum cecah 100% (level sangat overbought).

Spot Gold 1hour Chart

Kalau tengok daily chart ni pulak, Slow stochastic dah melepasi paras 88% (biasa harga normal dalam range 20% ~ 80%) menunjukkan harga sedang berada di paras “overbought territory” (sama seperti laporan berita Bloomberg pagi tadi). Trend harga dilihat dari candlestick pattern masih menaik – uptrend (new high (highest price done) is higher than previous high, new low (lowest price done) is higher than previous low) dan masih berada di atas MA line.

Gold Daily Chart

Namun, berapa tinggi lagi harga emas akan naik, siapa pun tak tahu. Cuma, kita boleh gunakan technical indicators seperti Moving Average, Stochastic, MACD, dan sebagainya digabungkan dengan candlestick patterns untuk menjangkakan bilakah reversal signal akan berlaku (harga bertukar arah – naik kepada turun, atau turun kepada naik).

Komoditi seperti emas, perak dan palladium amat sensitif kepada perubahan harga minyak mentah (Crude Oil), matawang USD dan juga indeks pasaran utama dunia (Dow Jones, S&P500, Nikkei, FTSE, Hang Seng dan sebagainya). Jadi, sebagai pelabur yang peka, kita harus tahu setiap perubahan kepada indeks dan harga di setiap pasaran-pasaran (market) ini, sebab ianya akan mempengaruhi secara langsung harga pasaran komoditi yang kita sedang pegang.

Bagi yang berminat nak tahu lebih lagi pasal market study and analysis, boleh dapatkan buku-buku berkaitan topik ni dekat kedai-kedai buku ternama. Ada juga blog dan website yang cerita basic knowledge dan tips untuk diguna pakai. Dekat kedai.rumah.net (kedai Online aku) pun ada jugak ebook pasal candlestick dan trader’s handbook yang aku share. Mungkin korang boleh download dan baca untuk dapat beberapa petua berguna.

Aku dan Don dalam perancangan untuk adakan kelas technical analysis untuk market FCPO dalam bulan September nanti. Module pun dah siap. Kalau dah confirm date nanti, aku akan warwarkan. First class kitorang maybe dekat Puri Pujangga, UKM. Pra-syarat kena ada basic knowledge pasal candlestick, technical indicators dan sedang trade FCPO market (minyak sawit mentah). Yang trade market selain FCPO, bukan takleh datang, tapi kena tau basic pasal derivatives market sikit lah.

Di kesempatan ni jugak, aku nak ucapkan Selamat hari raya idulfitri buat semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Kalau ada tulisan aku yang salah dan menyakitkan hati korang, aku susun jari sepuluh, mintak ampun dan maaf. Adatla kita manusia ni, sure ada buat silap kan. Salah silap korang pun kalau ada, aku maafkan dah hehehe..

Yang akan memandu pulang berhari-raya nanti, kawal emosi, tingkatkan tumpuan dan jangan gopoh-gapah. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin 🙂

Terima Kasih

4 thoughts on “Market Sebelum Cuti Hari Raya

  1. mohd

    Lepas UKM, ada plan utk tour msia ke? hehe.. saya kt JB..
    Blm start trading, tp dh pnh attend 1 day course utk CPO..
    Kalo blh nk tau rutin pesediaan otai2 sblm msk gelanggang tiap2 ari..

  2. shah

    salam tuan rumah,
    bln sept nie confirm sy nk join.dh confirm date email sy bro..minat sgt nie 🙂

    slmt hari raya

  3. eddy

    salam,saya minat utk course cpo tu,utk tmbah ilmu.skrg baru beberapa kali masuk market cpo. tlg email kat saya tarikh course nanti.wassalam.

Comments are closed.