Analisa Teknikal Pasaran Emas Tengah Malam 24 Ogos 2011

Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Hehehe.. mimpi apa pulak ni buat analisa tengah malam. Takdelah yop, ada kawan-kawan interested nak tau, macam mana nak “baca” market guna teknik candlestick dan technical indicators. So, aku nak cakap banyak2 pun tak reti sangat kalau dalam telefon, itu yang aku rasa elok aku share guna gambarajah atau chart tu sendiri, senang kita nampak dan tengok sama-sama.

2 hari lepas aku dah pos chart masa harga emas melonjak ke paras USD1900. Masa tu keluar news dekat Bloomberg cakap emas dah masuk “overbought territory”, bahasa mudah dia, harga dah tinggi sangat dan mungkin akan mula jatuh ke satu paras sehingga ada minat membeli (buying interest) semula dari pelabur. Keadaan ni boleh juga dikenali sebagai correction atau “berehat” sebelum meneruskan major trend sekarang iaitu bullish.

Walaubagaimanapun, major trend boleh bertukar bila muncul reversal signal mengikut apa yang terhasil dekat chart dan juga fundamental news (market lain seluruh dunia, politik, dll). Kalau major trend masih kekal, bila market dah masuk tahap overbought atau oversold, akan ada correction stage. Masa ni, kalau market tengah naik, ada peluang untuk “ambil tiket” bagi yang nak naik kapal bersama. Begitu jugak, bagi yang nak “realise profit”, masa nampak reversal signal atau market dah mula exhausted, bolehlah execute untuk menjual position “Buy” sebelum ni.

So, sekarang orang tanya aku, kalau tengok dari teknikal, market Emas boleh naik lagi ke dah nak jatuh?. Macam aku cakap dalam posting sebelum ni, takde sapa pun tahu. Cuma kita boleh gunakan asas-asas dalam teknik membaca chart untuk membantu kita membuat anggaran ke mana market akan pegi.

Kalau ikut cara mudah, confirmation boleh dilihat dari beberapa faktor. Pertama candlestick pattern yang terhasil adakah telah muncul “bearish” pattern ataupun exhausted pattern (google pattern “bearish candlestick” untuk maklumat lanjut). Kedua, kedudukan candlestick terakhir (current) adakah masih berada di atas Moving Average (MA) line ataupun telah “cross” MA sepenuhnya. Ketiga, gabungan slow Stochastic dan MACD untuk melihat market direction.

Mungkin ada orang, lain cara dia baca market. Ada yang guna Trend Line, Fibonacci, Bolinger Band dan sebagainya. Apapun indicator yang korang nak pakai, terpulang ikut keserasian sistem trading (trading strategy) masing-masing yang terbukti berkesan dan berjaya hasilkan profit.

So, mari kita tengok dari chart yang aku “snap” awal tadi (lebih kurang pukul 11.45~11.55pm) untuk kita kaji sama-sama ke mana agaknya market Emas ni nak pegi. Aku “snap” 3 time frame – chart 8 Jam, chart harian (daily) dan chart mingguan (weekly).

Kenapa aku tengok 3 time frame ni? jawapan dia sama jugak, sebab ikut trading strategy masing-masing yang kita dah serasi. Time frame yang dekat biasanya memberi gambaran terhampir keadaan market semasa. Biasa kita guna kalau nak cari trigger point kalau nak masuk atau nak keluar dari market. Manakala time frame yang lebih lama memberi gambaran secara umum arah gerakan market dalam jangkamasa panjang, jadi kita boleh agak market sedang naik, mendatar (sideway/ranging) atau nak turun.

Gabungan beberapa time frame ini boleh memberikan kita lebih kefahaman tentang trend semasa market dan yang akan dilalui selepas ini.

Chart 8 Jam – black (red) candle berada di atas MA (support=$1784), Stoc dan MACD negative.
Gold Chart 8hours 24 August 2011

Chart Harian (daily) – black (red) candle, menuju ke arah MA (support=$1675), Stoc negative dan MACD belum cross.
Gold Chart Daily-24August2011

Chart Mingguan (weekly) – black (red) candle, masih jauh dari MA (support=$1492), Stoc dah cross (negative) dan MACD masih positive.
Gold Chart Weekly-24August2011

So, agak-agak ke mana harga akan pergi untuk jam berikutnya, esok dan minggu depan? hehehe..jangan tenung lama sangat Yop, nanti pitam 🙂

Update:
Ni ada video aku upload kat YouTube kot ada yang nak tahu macam mana aku dapat chart2 kat atas tu. Kena view fullscreen baru nampak kot tulisan kecik2 tu.

Terima Kasih

4 thoughts on “Analisa Teknikal Pasaran Emas Tengah Malam 24 Ogos 2011

  1. md Post author

    seperti dianalisa tengah malam semalam. price hari ni dah pecah support MA untuk chart 8Jam semalam (support=1784). Sekarang kita tengok kalau price akan “test” daily MA (support=1675). Kalau dia break, next ialah weekly MA. Kalau tak break, boleh confirmkan dengan candle samada price dah abis “correction phase” dan masuk “consolidating phase” sebelum menentukan arah baru (naik balik, atau turun lagi).

    paham kan hehehe 🙂

  2. aBu

    salam md dan tuan rumah.net,

    saye sangat tertarik dengan analisa teknikal dan term2 graph yang digunakan…harapan dapat berjumpa dan berguru dengan otai2…saye graduan 2 tahun lepas yang masih tercari2 haluan hidup menjadi pelabur seperti md dan tuan rumah.net…

    jika diberi peluang…boleh saye berkawan dengan otai2 semua ~ ^_^

    wassalam

    aBu
    017-3638560

Comments are closed.