Macam Mana Nak Gunakan Duit Raya Anak-Anak?

      2 Comments on Macam Mana Nak Gunakan Duit Raya Anak-Anak?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Hehehe.. korang yang ada anak-anak sure suka kan kalau time-time raya ni. Nak pulak, kalau anak-anak yang bawah umur 6 tahun. Sebab apa aku cakap macam tu? biasa budak2 yang belum reti nak menilai pasal duit ni, bila dapat duit raya, kita yang pegangkan (atau mak dia lah). Kena kita berjaya round rumah orang sampai 100 buah darab RM2 hengget (standard la tu) dah RM200 yop.

Kalau ada yang dapat lebih tu, lagi la masyuuuk. Aku ingat dulu, masa aku kecik-kecik, biasa dapat duit raya 10 sen, 20 sen dan abis tinggi pun 50 sen. Collection keseluruhan untuk satu musim perayaan, tak akan lebih RM30. Dapat duit tu, boleh buat beli mercun, mainan dan makanan ringan puas-puas hahaha.. memang takde wawasan la nak menyimpan ke apa.

Budak-budak sekarang ni beruntung, collection duit raya dah main ratus-ratus ringgit. Itu kalau sorang anak. Kalau ada 5 orang anak, dah ribu-ribu weh kalau campurkan semua. Tradisi kita pulak sekarang memang suka bagi angpow raya kat budak-budak (terutama kalau ahli keluarga dan sahabat-sahabat rapat).

Tengok saja la orang dok beratur panjang dekat bank-bank bila nak raya. Semua nak tukar duit raya nak masuk angpow. RM2, RM5, RM10. Macam nak beli tiket tengok Final Piala Dunia yop. Yang untung sapa? bapak dan emak budak-budak jugak hehehe.

Kalau kita tengok dari satu sudut. Duit-duit raya budak-budak ni boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Kita wujudkan satu sistem mudah buat diaorang. Semua anak-anak yang layak “meminta” duit raya, diberikan satu “business plan” hahaha. Business plan ni untuk pastikan mereka dapat memanfaatkan duit raya yang bakal mereka pungut tu semaksima mungkin.

Kita nak terapkan disiplin kewangan paling asas iaitu menabung. Time-time raya macam ni lah kita nak mulakan. Bukak account bank mereka siang-siang. Boleh buat akaun bersama kalau nak, so senang kita sebagai Penjaga nak manage sampai umur budak-budak tu cukup dewasa untuk manage akaun mereka sendiri.

Katakan purata collection duit raya diaorang ialah RM100. Bagi “upah” (reward) untuk diaorang buat atau beli apa dia orang suka sebanyak 20% (RM20 hengget jer? sure muncung budak-budak tu haha). Selebihnya (RM80) kita suruh dia masuk account simpanan diaorang. Kita kena jelaskan, kenapa mereka perlu simpan duit raya tu walaupun hak mereka untuk buat apa yang mereka suka.

Kaitkan dengan diri kita. Duit gaji yang kita dapat setiap bulan, semua kena diuruskan dengan bijak, kalau tak keluarga tak dapat penjagaan yang baik. So, dari kecik lagi kita kena ajar anak-anak belajar untuk sayang dan faham pentingnya untuk ada perancangan yang baik untuk menguruskan duit.

Untuk create “excitement”, buat macam satu pertandingan antara adik-beradik mereka, tengok account simpanan sapa yang lebih banyak. Budak-budak ni memang suka kalau ada “game”. Kalau bukak akaun dengan Bank Rakyat (akaun NURI), dia akan bagi hadiah macam-macam bila kita menyimpan dalam satu had (contoh simpan lebih RM100 sekali bank-in, dapat hadiah). Bila budak-budak dapat hadiah, lagi la diaorang happy nak menyimpan dari tak dapat apa-apa.

Bagi yang baru nak mula, memang tak akan nampak hasilnya dalam jangkamasa singkat. Tapi bagi yang dah 10 tahun buat macam ni, cuba korang check saving account anak-anak, silap-silap lagi banyak jumlah dia dari saving account kita yop hahahaha. Itu belum dicampur dengan sumbangan tetap dari pendapatan kita tiap-tiap bulan ke account mereka.

Cara simple macam ni banyak faedah dia pada masa depan. Kita mungkin tak buat dah macam atuk nenek kita buat dulu-dulu. Simpan baki duit hasil jualan atau upah bertani ke, jual kambing ke, jual kayu api ke, dia akan masukkan tabung atau letak bawah bantal. Bila anak cucu balik sekali sekala, duit-duit ni lah dia akan sedekahkan (hadiahkan) buat mereka. Berkat yop duit mereka ni. Jadi, kita “modify” cara dulu untuk sesuaikan dengan cara sekarang. Bantal tu kita ganti dengan account simpanan di bank.

Bila dah cukup masanya nanti, banyak benda kita boleh buat dengan duit tu. Ada yang nak beli emas ke, nak beli rumah ke, nak masuk universiti ke dan macam-macam lagi boleh kita buat dengan duit simpanan dari kecik.

Janganla pulak kita ambik kesempatan dengan duit raya budak-budak tu hehehe..siap tukar sport rim, beli beg tangan baru, tukar jam dan macam-macam lagi hasil “pendapatan” segera dari anak-anak huhu..

Errr.. tapi kalau sapa salam dengan aku time raya, tangan kosong la jawabnya sebab semua duit raya Mem yang uruskan huhuhu…

Selamat Hari Raya yop, pandu kereta tu elok-elok sikit 🙂

Terima Kasih

2 thoughts on “Macam Mana Nak Gunakan Duit Raya Anak-Anak?

  1. Rumah.Net

    Xochitl says
    We would like to thank you again for the stunning ideas you gave Janet when preparing her own post-graduate research in addition to, most importantly, regarding providing all of the ideas within a blog post. In case we had been aware of your web page a year ago, we had have been saved the unwanted measures we were employing. Thanks to you.

  2. Rumah.Net

    Tuan says
    We would like to thank you again for the stunning ideas you gave Janet when preparing her own post-graduate research in addition to, most importantly, regarding providing all of the ideas within a blog post. In case we had been aware of your web page a year ago, we had have been saved the unwanted measures we were employing. Thanks to you.

Comments are closed.