Analisa Teknikal Emas 06.09.2011 @ 12.27pm

      8 Comments on Analisa Teknikal Emas 06.09.2011 @ 12.27pm
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Mood raya masih membara ni. Balik dari beraya, terus tengok emas wakakaka.. support orang rumah yop. Dia dok semangat nak melabur dalam emas ni. So, aku tolong la tengok-tengokkan chart dan buat analisa mudah.

Ingat tak aritu, emas dah cecah harga USD1900 per ounce. Semalam dan hari ni, dia cecah lagi harga kat area situ. Kalau kita tengok chart, macam nak buat double top formation untuk daily chart masa aku dok tulis entry ni. Tapi daily chart ni tak abis lagi, kena tunggu dia complete market hari ni baru dapat confirmed pattern untuk hari ni.

Kalau body candle hari ni close area previous high (USD1900 area), kita boleh tengok candle esok pulak. Kalau candle esok (7/9) close bawah dari candle 6/9 (hari ni), so candle hari ni dah membentuk double top pattern. Dari segi teorinya, bila pattern macam ni muncul, itu petanda current trend dah exhausted (nak berehat), ada kemungkinan trend sekarang akan berubah arah (kalau tengah naik, dia akan turun balik sebelum jumpa signal baru untuk dia tukar arah atau stay sideway, begitu juga sebaliknya bila market tengah turun, muncul double bottom, trend akan tukar arah untuk naik.).

06 September 2011 - Daily Gold Chart @12.20PM

Kalau candle hari ni close higher than previous high (USD1900), so, double top pattern tak jadi. Dia akan naik lagi la yop dan cuba new high. Berapa tinggi dan bila dia nak berhenti, kena tengok confirmation dari indicator dan candlestick pattern.

Nampak tak candle “hammer” yang aku bulatkan hijau dekat chart tu. Itu antara indicator market nak berubah arah (market masa tu tengah turun, dan bila hammer candle muncul, itu pentanda dia nak ubah arah naik balik. Disahkan lagi dengan candle yang tak break MA line/support). Satu lagi, tengok jugak MACD dan Stochastic, bila cross, itu pun boleh dijadikan pengesahan trend semasa.

Kalau korang pakai cara lain untuk buat analisa, stick to your system. Aku share ni bukan untuk suruh orang ikut. Saja nak share kot-kot ada manfaat untuk dipelajari. Macam aku cakap sebelum ni, cara nak guna indicator dan analisa teknikal market ni boleh diguna pakai untuk semua market lain. Kebetulan sekarang ni aku dok tengok gold market, so aku share pasal chart gold. Next time, kalau aku rajin tengok FCPO market lak, kita pakat kaji market fcpo pulak.

Jumpa lagi yop!

UPDATE @ 07.09.2011 @11.03am:

Kalau kita tengok daily chart hari ni (7/9 @11.03am) candle semalam (6/9) body dia dah berada dekat area previous high (open=1897, hi=1920, lo=1857, close=1875). So nampak macam double top formation terbentuk. Market setakat pukul 11.00 pagi ni (7/9) candle semasa, price dok main dekat 1874 +/- so, dia start main bawah previous high (candle semalam). Stochastic pun dah mula cross ke negative territory.

Hari ni kita nak tengok betul tak teori cakap, price akan down bila double top formation muncul. Kalau betul, then kita tengok setakat mana dia akan turun (berapa hari/candle), sebelum muncul indicator baru untuk dia tukar arah atau main sideway (ranging – tak naik, tak turun)

Gold Chart Daily -07.09.2011 @ 11.03am

Terima Kasih

8 thoughts on “Analisa Teknikal Emas 06.09.2011 @ 12.27pm

Comments are closed.