Analisa Teknikal FCPO 14.09.2011 @11.00 AM

      15 Comments on Analisa Teknikal FCPO 14.09.2011 @11.00 AM
Share this..
  • 2
    Shares

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Assalamualaikum yop dan yong. Hari ni aku nak share pulak pasal analisa teknikal pasaran hadapan minyak sawit mentah (future crude palm oil – fcpo) atau CPO untuk traders dan bakal traders fcpo. Asyik share pasal analisa emas, kang korang boring pulak.

Market FCPO ni pun sama macam komoditi-komoditi lain. Ada naik, ada turun. Tujuan kita nak buat analisa atau bacaan market semasa ialah untuk membantu kita buat order yang betul. Samada order baru (buy or sell), order untuk ambik profit (close position) atau pun order untuk “cut loss” (elakkan kerugian besar).

Membuat analisa market dapat beri gambaran awal, ke mana market akan pegi. Kita nak tengok chart pattern, indicators dan reversal signal yang terhasil. Dari situ, kita boleh tentukan keputusan yang kita nak buat ke atas position baru atau position semasa yang kita sedang “hold”.

Mari kita tengok sama-sama chart-chart berikut (ni aku capture masa pukul 11.00 pagi 14 September 2011) untuk buat analisa mudah apa sedang berlaku dalam market FCPO. Cara baca dia sama jugak macam korang tengok chart emas, cuma application chart dia je berbeza.

60 Minutes chart – 14 September 2011 @11.00am
FCPO 60minutes chart - 14SEP2011
60 minutes chart dah menampakkan harga menurun dari semalam (gap) dan candle telah cross MA line. Stochastic dan MACD dalam negative territory. Awas dengan reversal trend untuk intraday traders.

Daily Chart – 13 September 2011
FCPO Chart - Daily - 13SEP2011
Daily chart juga menampakkan candle hari sebelum (12/9) tidak berjaya “break” resistance / MA line, dan pada 13/9 candle pertama mula berada sedikit jauh di bawah MA line. Stochastic dan MACD mula nampak nak cross ke negative territory.

Weekly Chart – September 2011
FCPO Chart - Weekly - September 2011
Weekly chart sejak beberapa minggu yang lepas, candlestick menunjukkan market nampak sideway (ranging). Harga masih berada di bawah resistance / MA line. Stochastic dan MACD menampakkan market mendatar dan cuba untuk reverse ke atas. Once pecah immediate resistance atau support, market akan ikut arah tu.

Kalau kita tengok di kesemua time frame, trend semasa market menurun atau masih berada di bawah resistance line (MA). Maknanya, sapa yang hold sell/short position sedang dalam profit. Long term (weekly), market masih lagi sideway, so kena tengok dia break immediate support or resistance untuk confirm trend sebenar. Tapi bagi intraday traders (yang masuk market ikut sesi harian – pagi dan petang), dua-dua position (buy or sell) boleh bagi peluang yang sama rata selagi ada swing atau volatility dalam market. Yang pandai teknik scalping, ada chance cari 4-10 points per trade ikut trading plan masing-masing.

Mungkin ada yang nak komen cakap “teori” semua cantik, praktikal hampes hehehe.. biasa la yop, macam kita bawak kereta kat jalanraya, walau cekap macam mana sekalipun, kalau nak jadi accident, dia jadi jugak kan. Bezanya, kita dah cuba berwaspada dan bersiap sedia dengan teori yang digunapakai.

Sama jugakla masuk market ni, kalau teori takde, macam mana kita nak trade. Tapi kalau teori berbakul-bakul, trade tak pernah pun tak jadi jugak. Untung atau rugi tu, rezeki Allah tentukan yang sebaiknya bagi kita. Aku malas nak debat pasal ni, masing-masing buat la andaian masing-masing, yang penting kita happy 🙂

OK yop, jumpa lagi kalau ada kesempatan 🙂

Terima Kasih

15 thoughts on “Analisa Teknikal FCPO 14.09.2011 @11.00 AM

  1. Rumah.Net

    托福補習班 says
    I hope other folks consider your post listed here as helpful as I have. I manage a blog site myself and would be delighted for you or the visitors on your web site to visit. Please feel free to look through my website like I have with your own and post a remark or two if you find anything interesting. Thanks again.

  2. aBu

    salam tuan rumah,

    online website mane yang ade graph candlestick nih?

    harap tuan rumah dapat berkongsi bersame.

    1. md Post author

      @paklang aBu, chart tu bukan dari website, dari application OSK188. Dapat kalau bukak account dengan OSK (broker company). Ada banyak lag broker lain macam Apex, AMFutures, CIMB Futures dia akan bagi software untuk tengok realtime chart.

  3. mohd salfee

    OK je tuan umah utk share apa yg anda nmpk dari graph ni.. mgkin skrg ni org dok tunggu berita2 lain plak.. dlm kata lain, faktor fundamental analisis yg memeningkan kepala hehe.. ekonomi negara luar(pengimport) dok goyang je.. kejap naik kejap turun.. tu yg jadi sideway tu kt CPO

  4. Abu

    As salam Tuan Tanah…..nampaknya mcm ada 2 nama serupa…..saya baru ajer nak komen……hehehee….Anyway tq for the info…

  5. Fauzi

    Salam Tuan Tanah…boleh saya tau brapa modal utk trade FCPO?…Tuan ada buat ajar skill trade FCPO?…Sblm ni saya main fx…stakat ni ada la skit rezeki…boleh la buat bayar bill streamyx…tapi sejak pembacaan saya kat web UZAR, fx ni ehem..ehem…saya nak withdraw dari main fx…lagipun dah lama tringin nak trade FCPO ni…cuma xde sumber je…kalau bleh guide saya ..alhamdulillah….

    1. md Post author

      @fauzi, 1 lot berubah2 ikut Bursa MDEX punya announcement. sekarang margin RM7K per lot. Yup, panel syariah SE kategorikan FCPO syariah compliance (halal). FKLI, Forex tak termasuk setahu saya.

  6. aBu

    maafkan saye paklang abu sbb name tersame plak…name sebenar saye memang mohd abu yazid bin abu bakar…kalau paklang gune name abu saye tukar yazid je, hehe…md geng2 pie2020 gk kn? ade rezeki nnti nk gk lepak2 same jumpe otai2, saye org muda baru belajar bertatih lg, huhu..

    1. Tuan Rumah Post author

      @Fauzi, source dekat Internet banyak, baca dari situ dulu. Ada satu course teknikal analisis FCPO (market minyak sawit) 27 Oktober ni dekat KL. Kalau dah ada asas serba sikit, seminar ni cantik untuk yang nak belajar pasal tengok indicator dan analisa signal2 dekat chart.

  7. hafeez

    Assalamualaikum En. TT, sy newbie n ingin bertanya..stock apa yg ad dlm fcpo nie?n apakah perisian yg sesuai utk melihat indikator fcpo?
    Terima kasih.

Comments are closed.